Thursday, September 11, 2008

BUKU BARU


Semasa ke MPH baru-baru ini, erisya telah terjumpa buku ini. Ibarat cinta pandang pertama, erisya terus membelinya. Harga asalnya RM18 dan dapat 20 % diskaun. Di awal bab, penulis bercerita tentang bukti al Quran dari segi saintifik.

Misalnya, ketika pakar geologi menganalisis kulis manusia, mereka mendapati bahawa kulit manusia terdiri dari 16 unsur yang dimulai oleh oksigen dan diakhiri dengan mangenes yakni unsur-unsur yang sama yang boleh ditemui pada tanah yang subur.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah"
(Surah al-Mu'minun:12)

Para saintis juga telah menetapkan bahawa sarang labah-labah dibuat oleh labah-labah betina. sedangkan Allah telah tetapkan hakikat ini dalam al Quran dalam surah al-Ankabut:41 yang mafhumnya:
"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang yang paling reput adalah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang yang berpengetahuan."

Firman Allah yang menambahkan ta'al-ta'nits (huruf ta' yang menunjukkan kata kerja untuk perempuan) merupakan bukti bahawa labah-labah betinalah yang membuat sarang.

Dan banyak lagilah bukti-bukti dari pakar embriologi dsbnya. Selain dari itu, keistimewaan buku ini adalah penceritaan yang terperinci mengenai anatomi manusia, bagaimana gerakan solat boleh menjadi senaman yang baik untuk tubuh badan kita, apa hikmahnya semua pergerakan tersebut, kenapa ada pergerakan yang berbeza antara wanita dan lelaki...dan bermacam-macam lagi. Pendekata tak rugi kita membacanya. Selamat membaca!

1 comment:

  1. The Power Of Solat bagus ler buku banyak ilmu boleh kita timba, tq erisya berkongsi maklumat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah