Monday, September 29, 2008

TEACHER


The mediocre teacher tells;


the good teacher explains;


the superior teacher demonstrates;


the great teacher inspires


(William Arthur Ward)

Dulu semasa mula tinggal di asrama, erisya hadapi masalah besar kerana EQ yang lemah. Erisya tak betah bersama teman-teman sekolah yang 100% melayu. Sebelum itu, sekolah erisya tak ramai melayu. semasa remaja, ramai yang tidak sangka erisya adalah orang melayu..maklum zaman tuh, manalah erisya suka pakai baju kurung!

Tak silap erisya, ketika di asrama tiga orang teman yang lari dari asrama. Ada yang menyambung pelajaran ke US, ada juga ke UM dan ITM (sekarang UiTM). Bila mendengar kejayaan mereka , erisya pun mulalah memasang angan-angan nak lari! Tak tahan tinggal di sekolah itu. Satu-satunya tempat erisya mengadu hal adalah cikgu O. Tak tahu macam mana, cikgu O dapat mengesan hasrat erisya mahu larikan diri. Apa lagi, terus erisya dipanggil mengadap. Antara katanya yang erisya ingat hingga kini, adalah " Jika orang yang telah putus asa pun Allah bantu , apa lagi orang yang tidak berputus asa!"

Kata-kata itu tersemat di lubuk hati erisya sehingga kini. Namun selepas tamat matriks, tiada lagi khabar berita dari cikgu O. erisya begitu rindu nak bertemu cikgu O. Ingin erisya nyatakan padanya bahawa erisya telah berjaya berkat nasihatnya dulu. Moga di suatu hari nanti kami akan dipertemukan semula. erisya yakin cikgu O tak pernah lupakan anak muridnya yang nakal ini!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah