Monday, September 8, 2008

MAHA2008




Pada 18hb Ogos yang lalu, berkesempatan melawat MAHA 2008. Kebetulan sempat mengambil foto anak kambing yang baru sahaja dilahirkan. Anak kambing tersenyum girang selepas ibunya membersihkan kesan darah dari tubuhnya. Inilah kali pertama Erisya melihat anak kambing tersenyum depan lensa kamera; dan barulah erisya tahu rupanya kambing yang berjanggut tak semestinya jantan!








Kambing ini pula agak pemalu. Tak sudi memandang lensa kamera...atau kami yang datang salah masa??? Wrong time, wrong place kata orang putih.





Kambing ini juga unik. Lihatlah bulunya seperti fesyen rambut di US.
Sayangnya tak sempat nak melihat-lihat seluruh kawasan pameran.Terlalu luas! Nampaknya kenalah tunggu tahun depan untuk melihat haiwan ternakan yang lain pula.

1 comment:

  1. aaa tersenyum anak kambing tu ek, momot sakura tak pernah nampak dia tersenyum walaupun sakura sentiasa senyum kat momot....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah