Ini adalah salah satu buku yang menjadi kegemaran erisya. Ia memuatkan kumpulan haiku yang dihasilkan oleh tiga orang pengkarya (dalam bahasa jepun disebut haijin) berbangsa melayu. erisya memang mengkagumi mereka ini yang boleh menguasai puisi jepun. Haiku-haiku yang dimuatkan di sini berbahasa Melayu dan Jepun; disertakan dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Haijin terdiri daripada Lelahiro, Tabir Alam dan Dipinggiran. Bagi peminat puisi, mereka bukanlah suatu nama yang asing dalam dunia sastera tanah air.
Kali ini, erisya ingin berkongsi beberapa haiku yang erisya minat dari karya Dipinggiran (kerana telah mendapat keizinan beliau). Bagi yang meminati puisi jepun ie haiku, dan juga yang ingin mempelajari selok-belok haiku, buku inilah yang anda nanti-nantikan. Julung kalinya buku haiku bahasa melayu diterbitkan di Malaysia, dan pastinya ia bukanlah yang terakhir. Bagi yang berminat, sila tinggalkan nama dan no tel di kotak komen. InsyaAllah akan erisya panjangkan tempahan/pertanyaan kepada pihak yang berkenaan. Jangan bimbang! erisya tak ambil komisyen (ehem! anda mungkin boleh dapat harga diskaun)
Karya sdr Dipinggiran:
Haiku 1
HUJAN MENCURAH
SIPUT NAIK DAN TURUN
DAUN BERLUBANG
translation:
HEAVY POURING RAIN
SNAILS CLAMBERING UP AND DOWN
LEAVES DOTTED WITH HOLES
Haiku 2
SENJA TENGKUJUH
OMBAK MELANDA GANAS
PERAHU KOSONG
translation:
A MONSOON SUNSET
TURBULENT WAVES HURLING IN
EMPTY FISHING BOATS
Haiku merupakan puisi yang menggunakan perkataan yang sangat minima. Tidak seperti tanka (yang selalu erisya paparkan) , ia hanya ada 3 baris di mana baris pertama ada 5 sukukata, baris dua ada 7 suku kata manakala baris ketiga ada 5 suku kata. Perlu ada kigo atau perkataan musim. Memang mencabar minda untuk menghasilkan haiku ini. erisya sendiri mengangkat bendera putih!
Seperkara yang menarik tentang haiku, pelbagai tafsiran boleh kita gambarkan dari sebuah haiku. Terpulanglah kepada pembaca untuk memaparkan apa yang tersirat.
SELAMAT MEMBELI!
kalau berminat sekarang ble lagi tak?
ReplyDeletebolehhhhh LOL, nak baper naskah ? :) emel erisya0501@gmail.com beri add rumah
ReplyDeleteok ok.. i will..
ReplyDelete