Monday, September 22, 2008

LAILATUL QADAR

MALAM YANG GANJIL
TURUN HUJAN GERIMIS
TERANGI RUMAH
SAMBUT TETAMU LANGIT
BAWA SERIBU RAHMAT


Sepuluh malam yang akhir menjadi rebutan para mukmin. Mega pahala ditawarkan kepada orang yang beramal. Setiap kali bulan ramadhan, erisya akan teringat dengan seorang nenek yang tinggal di KL ini.Walau sudah lama berlalu namun erisya takkan melupakan kisah ini. Nenek ini seorang yang kuat beramal. Pendekata amalan sunat dah menjadi kewajibannya. Suatu pagi, jirannya seorang lelaki beragama Hindu bertanya, "semalam siapa datang rumah aci?" Nenek tu jawab tiada tetamu. Jiran tersebut tak puas hati," malam tadi saya nampak rumah aci banyak terang. Ada ramai orang pakai baju putih dalam rumah". nenek itu hanya tersenyum; dia sibuk bertahajud malam tadi, tak mungkin dia melayani tetamu yang bertandang!

2 comments:

  1. erisya kita sama2 rebut peluang ini...

    ReplyDelete
  2. semoga diterimaNya segala amal kita...sedih lak ramadhan nak berlalu pergi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah