Di setiap penjuru kuil ada patung dewa. Malah atas bumbung juga ada dewa khusus yang menjaganya! Bila mendengar cerita tourist guide tentang dewa dan fungsi mereka...erisya rasa penat kerana banyak perkara yang perlu mereka lakukan untuk membuat persembahan bagi dewa yang berlainan. Namun erisya juga berasa kagum dengan ketaatan penduduk Bali...buat erisya rasa malu kerana tak setaat mereka walaupun agama kita lebih mudah!
Si gadis Bali manis berkebaya pendek berposing depan pintu gerbang kuil
Tempat pemujaan di hadapan restoran. Cara mudah untuk mengenali kedai makan Hindu atau Muslim adalah dengan melihat persembahan bunga. Setiap kedai makan Hindu ada persembahan bunga di pintu hadapan. Manakala restoran muslim ada surau untuk solat.
Air dari Gunung Berapi ini dikatakan baik untuk menjaga kecantikan wajah. Airnya yang jernih buat erisya teringin nak mandi di situ. Namun, biar bagaimana jernihpun air tersebut, erisya tak berani nak minum atau basuh muka walau dijamin awet muda!
erisya sakura lum kesempatan lagi sampai ke Bali teringin juga satu hari nanti ke sana
ReplyDeletekak sakura, nanti kalau nak pergi, baritahu erisya. tak yah gi ngan agensi...erisya beri contact no tourist guide erisya yang dulu. perkhidmatannya memuaskan. sekarang dia dan suami buat perniagaan pelancungan.Dah ramai teman erisya yang huungi dia..alhamdulillah semua puas hati!
ReplyDelete