Friday, November 26, 2010

LEGA!

Alhamdulillah, detik yang paling digeruni telah berlalu. Erisya telah lulus namun tertakluk dengan pembetulan tesis yang harus diserahkan dalam masa 3 bulan. Berkat doa semua yang tersayang, semua berjalan lancar. Malah rakan sekerja juga sempat SMS mendoakan kejayaan. Ketika di luar kamar ujian lisan, seorang pelajar Iran turut mengucapkan perkataan yang sama. Malah sempat berpesan agar membaca ayat2 Quran sebelum masuk ke dalam.

Semua ahli panel adalah peramah dan santai...membuat Erisya kurang gementar. Suasana ini membuatkan Erisya selesa  seolah Erisya sedang membuat pembentangan di depan lembaga pengarah. Tak terasa langsung diri ini sedang dinilai. Setiap soalan yang diutarakan Erisya jawab dari hati...menjawab mengikut pengetahuan yang ada. Tidak berbelit2...segala teguran Erisya terima dengan hati terbuka. Maklum, teguran dari yang pakar dalam bidang ini.

Erisya benar2 hepi ketika mereka semua mengucapkan tahniah...terasa kesusahan yang dilalui selama ini amat berbaloi-baloi! Tetiba sahaja seorang teman menelefon, menurutnya ada yang sanggup sponsor sekiranya berminat untuk sambung belajar lagi....mak oiii....larat kah lagi kepala ini nak belajar ke peringkat yang lebih tinggi? Nak habiskan yang ini pun rasa nak putus nyawa!

Namun perasaan habiskan pengajian memang indah...seolah nak alaminya sekali lagi. Perasaan yang sama dirasai ketika berjaya mendaki Gunung Jerai dulu....walau penat dan letih namun kepuasan jiwa ketika di puncak memang tiada tandingannya...takkan serik walau tahu kepayahan menanti dalam perjalanan!

Ya hidup lebih bermakna bila kita ada sasaran. Ada sesuatu yang ingin kita kejar. Ada sesuatu yang kita dambakan. Dan yang penting...ada seseorang yang sentiasa di sisi kita dalam mencapai impian tersebut. Yang sanggup berkorban wang dan masa demi melihat kita bahagia mencapai impian kita. Yang tidak pernah menghalang walau setinggi mana kita terbang...kerana dia menghormati diri kita sebagai wanita yang punya cita-cita, punya impian yang ingin dilaksana.

Syukur, Erisya mempunyai seseorang untuk berkongsi kebahagiaan yang sebegini!

Wednesday, November 24, 2010

GEMENTAR

Entah naper sekarang Erisya amat gerun buat public speaking. Tak seperti zaman belajar dulu...main redah jer. Walau dah pergi kursus tapi masih gagal kawal emosi . Walau dah berkali ke PTK. masih lagi gagal menjadi pembentang yang baik. Ex-boss berpesan tentang 3 C - Converse, Confident , Convince yang menurutnya amat penting sebagai seorang pegawai. Dan banyak lagi petua yang diberinya....kerana menurutnya penulisan sahaja tidak mencukupi jika tak boleh mengeluarkannya secara lisan dengan baik dan berkesan....sesungguhnya ciri ini amat penting dalam karier kami!

Hmm...mungkin ini adalah sebabnya Erisya tidak memilih bidang pendidikan. Walau semua kengkawan rapat dalam bidang yang sama menjadi guru dan pensyarah...Erisya memilih karier ini.....yang pada sangkaan Erisya tak perlu bercakap di khalayak ramai!

Sejujurnya Erisya iri dengan orang yang petah berkata2....juga pada yang cukup berani melontar kata2 di khalayak. Seperti teman Erisya tuh...pantang pegang mikrofon..tak boleh nak berhenti bercakap! Sedangkan Erisya belum pegang mikrofon dah ketaq lutut! dan semua ide hilang begitu sahaja bila terpandang mata penonton....yang pastinya bukan orang awam.

Benar2 keciwa dengan diri sendiri dan buntu...

Monday, November 22, 2010

DUA HARI DI KUANTAN, PAHANG

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sama melangkah ke dunia baru dengan seribu harapan dan impian

KAMPUNG PELINDUNG PANTAI




Berjalan-jalan di sekitar kampung teman lama....Erisya berasa iri dengan kehidupannya yang nyaman di sini. Serba sederhana tak serabut kepala dengan hiruk-pikuk kotaraya. Kami takut ke pantai lain kerana banyak kes pasir jerlus....niat untuk menginap di Teluk Cempedak dibatalkan. Pantai di sini lebih landai dan redup. Memang privacy kerana tak ramai orang luar datang ke mari. Walaupun di Kuantan cuaca amat panas membahang namun heran....di tepi pantai amat nyaman dengan dengan hembusan bayu yang tak henti bertiup. Hmm..kalau dulu2, pastinya suasana begini banyak memberikan ilham untuk Erisya berpuisi...namun kini tidak lagi...yang tinggal kini hanyalah hati  yang kosong tanpa apa2 rasa lagi.

MASJID 

Masjis amat 'manis' dengan warna biru dan putih...malangnya tiada papan tanda nama masjid tersebut.

SUNGAI KUANTAN



 DUTA VILLAGE








Pantai Balok



Dulu kami sekeluarga menginap di Swiss Garden, namun kini nak cuba hotel yang berjiran dengannya pula....lagipun berkongsi pantai yang sama..tak yah lah bayar lebih!  Lanskap lebih kurang dengan Swiss Garden ...cuma ada tambahan chalet. Selesa? Bolehlah...sesuai dengan harganya yang murah. Tiada lif...jadi pastikan bercuti bersama seseorang yang gagah perkasa!

MI CALONG

Erisya memang suka mencuba makanan tempatan. Tak pernah dengar nama mi ini...tak mengecewakan....memang sedap...

IKAN PARI YANG DIKERINGKAN

Tertarik dengan keindahan ikan kering ini....macam kipas!

 BUAH KERANJI
masa kecil dulu selalu dengar pantun...sekarang baru berpeluang melihat buah keranji...kecil jer! 
Rasanya lebih kurang buah asam jawa tapi dengan darjah kemasaman yang rendah.

DALAM PERJALANAN PULANG KE KL

Akhirnya kami pulang dengan berat hati..tak puas bercuti! Oleh kerana ada kerosakan dengan sistem touch n go dan smart tag....maka berlaku kesesakan jalanraya....tapi kata org setiap kali raya korban, beginilah keadaannya...sesak! harap tahun depan dapat bercuti ke Terengganu atau Kelantan pula...



Saturday, November 20, 2010

KE KUANTAN

Dah dekat pukul 12 malam. tetiba dapat SMS dari teman lama...berpesan agar lepas kenduri esok Erisya hubunginya untuk bertemu. Ya esok merupakan hari yang menggembirakan.

Pertama kerana teman semakmal akan menikah di rumahnya di Kuantan. Teman yang dah dianggap bagai adik sendiri. Sibuk atau tidak harus luangkan masa meraikan hari bahagianya. Oleh kerana hubungan baik kami, Erisya sukar nak memilih hadiah....maklum mahukan yang terbaik buat teman tersayang. Suami cadangkan alat penimbang...agar mudah memantau berat badan ..maklum dah kahwin badan akan bertambah kembang bagai dipam2! Sebetulnya teman ni mmg mesra dengan suami .... saja nak pekena lah tuh! Anak pulak cadangkan hadiahkan nano ipod....ish!ish!ish! tak pernah dibuat orang! Akhirnya Erisya beli sesuatu yang praktikal buat wanita yang baru bergelar isteri.

Kegembiraan kedua adalah akan bertemu dengan teman baik semasa di U dulu....lepas konvo kami terpisah membawa haluan masing2. Hanya kad raya penghubung kasih. Ish! rindu benar ingin bertemu. Sekarang dah anak enam! Sebetulnya teman yang sorang ni berkahwin awal...masa kami tahun tiga lagi. Tiap kali suaminya outstation pasti  'pos' isterinya ke asrama kami.....lebih2 lagi masa mengandung sulung. Oleh kerana tiada pengalaman, teruk juga lah kami 'menjaga' nya.....tak boleh meniarap takut baby tersepit, tak boleh ke tandas takut terbersalin...pada hal dia memulas perut kerana cirit! Ntah apa-apa lagi lah pantang larang yang kami cipta sendiri....semua serba tak kena. Yang paling seronok bila nampak tapak kaki anaknya di perutnya....! Masa tu masing2 tak sabar ingin punya baby sendiri!

Hmm....Tak boleh nak bayangkan....selepas terputus hubungan sekian lama....apa ya reaksi kami berdua bila bertemu esok? Jerit gembira sambil berpelukan? Atau hanya memandang wajah masing2 tanpa sepatah kata...maklum ada suami masing2...kena lah control ayu! Gimanapun....betul2 tak sabar nak ke Kuantan esok! Eh bukan esok...harini sebab dah kul 1 pagi rupanya!


p/s: Teringat dulu teman sepejabat mengadu isterinya merajuk bila dia beri hadiah ulangtahun kelahiran isteri....dia kecewa kerana isteri tidak menghargai....terus Erisya tanya...hadiah apa? Dengan selamba dia menjawab, " oven...mahal tuh!!"....ish!ish!ish!  besdei hadiahkan oven.....patutlah merajuk!

Friday, November 19, 2010

THE HAPPY DUCK



The duck looks smooth and calm on top of the water 
   
But underneath there is restless peddling.
  
 In life nothing worthwhile comes without struggle.



Adakala kita sesali pilihan yang telah dibuat. Adakala kita ingin kembali ke masa lalu...membuat pilihan yang lain. Ingin keluar dari jaringan kehidupan yang menyesak dada...Sejujurnya Erisya ingin keluar dari tempat ini...meski dia menunjukkan perubahan yang positif  namun kami tetap ternanti2 tsunami yang mungkin melanda lagi...dia begitu emosional, tak berani berterus-terang dan ntah apa2 lagi perangainya yang buat kami muak. Stress ? Tidak lagi....kehidupan harus diteruskan...hanya kita yang beri izin untuk terus disakiti....Kami telah puas berusaha untuk mengikut rentaknya...menjaga hati dan emosinya...mengajar diri mengasihani nasib malangnya...seorang wanita yang tidak punya apa2 kecuali wang ringgit yang makin menjauhkan diri dari Pemberi Rezeki. Segala tohmahan dan penghinaan kami telan dalam senyum tawa. Ish!ish!ish! tidak berbaloi membiarkan diri stress dan murung hanya kerana sikapnya...buat rakan sekerja...siapa dia yang boleh mengawal emosi kami ? Siapa dia yang merasakan rezeki kami di hujung pena nya? Siapa dia yang selalu ugut untuk membalas dendam bila dia tinggi di puncak? Tersenyum sendiri melihat keyakinannya itu...sudah pastikah nyawa  tidak akan terpisah dari jasad...benar2 pasti akan menggenggam gelaran itu? Sempatkah?


Dua orang rakan sekerja berkira2 ingin kembali ke tempat kami yang lama. Ex bos juga meminta Erisya buat surat rayuan kembali ke tempat lama. Kebetulan masih ada jawatan yang belum terisi.  Entah naper Erisya keberatan ...bukan tak rindu tempat lama...tapi malas nak terima surat biru lagi. Kembali ke sana bermakna Erisya akan terima surat biru paling sedikit setiap minggu! Sanggupkah diri menerima surat biru meskipun telah bersara kelak? 


Jumaat ini adalah detik yang dinanti....Erisya akan bebas dari gelaran pelajar. Adakah ianya juga akan membebaskan Erisya dari tempat ini? Erisya tak tahu...namun berkat doa sahabat2 yang prihatin...Erisya yakin Erisya akan bebas dari tempat ini....meskipun masih belum ketemu kunci namun Erisya yakin pintu pasti akan terbuka suatu masa nanti....yang penting Erisya dan rakan2 sekerja harus kuatkan semangat juang dan pastikan tampak tenang sentiasa...biarkanlah si luncai dengan labu2 nya.....syukur, segala yang berlaku telah mengeratkan ukhuwah kami...membuatkan kami lebih dekat dengan Nya...sesuatu yang lebih berharga dari seisi dunia!

Sunday, November 14, 2010

KUCING OH KUCING


Kelakar betul video ni....betullah kata orang, haiwan kesayangan boleh menceriakan hidup kita...malah menurut orang lagi...boleh hilangkan stress. Namun ada juga kucing yang boleh tinggikan tekanan  darah kita...seperti si TAM kucing kesayangan teman baik Erisya....tiap kali tidur di rumah tuannya...suka benar masuk dalam kain! akibatnyer...ringan ajer kaki ini berikan satu tendangan.....kejam?suatu tindakan spontan bila ketenteraman diganggu gugat! Tapi kini Tam dah tak de....udah bertahun Tam pergi....bukan sebab kena tendangan maut ...tapi sakit kerna makan chickadees tiap hari....itulah makanan kesukaannya tak kira siang atau malam.....

Hmmm....tak semestinya kita harus tunaikan segala permintaan yang tersayang....

Friday, November 12, 2010

RISKS

To laugh is to risk
appearing to be a fool,
To weep is to risk
appearing to be sentimental,
To reach out for another is to
risk involvement,
To expose feelings is to
risk exposing your true self,
To place your ideas and your dreams,
Before a crowd is to risk their loss,
To love is to risk not being loved in return,
To live is  to risk dying,
To hope is to risk despair,
To try is to risk failure


~~ author unknown~~

Thursday, November 11, 2010

EMAIL FROM A FRIEND


I like you because of 
Who you are to me... 
A true friend.  









A true friend will 
Be sitting next to you 
Saying WE screwed 
Up, but we had fun!' 





 Proud 
To Be 
Your Friend! 





I've learned...
That under everyone's 
Hard shell is someone 
Who wants to be 
Appreciated 
And loved. 



 I've learned...... 
That money doesn't 
Buy class. 



I've learned...that it's those small daily happenings that make life so spectacular. 


I've learned...
That to ignore the 
Facts does not 
Change the facts



Show your friends 
How much you care. 

.


I've learned.....
That the less time 
I have to work, 
The more things 
I get done. 







Show your friends 
How much you care. 




I've learned..
That life is like a 
Roll of toilet paper. 
The closer it gets  
To the end, the 
Faster it goes. 




 I've learned....
That we should be 
Glad God doesn't 
Give us everything 
We ask for 


 YOU ARE MY FRIEND 
AND I AM HONORED.