SELAMAT PENGANTIN BARU
Sama melangkah ke dunia baru dengan seribu harapan dan impian
KAMPUNG PELINDUNG PANTAI
Berjalan-jalan di sekitar kampung teman lama....Erisya berasa iri dengan kehidupannya yang nyaman di sini. Serba sederhana tak serabut kepala dengan hiruk-pikuk kotaraya. Kami takut ke pantai lain kerana banyak kes pasir jerlus....niat untuk menginap di Teluk Cempedak dibatalkan. Pantai di sini lebih landai dan redup. Memang privacy kerana tak ramai orang luar datang ke mari. Walaupun di Kuantan cuaca amat panas membahang namun heran....di tepi pantai amat nyaman dengan dengan hembusan bayu yang tak henti bertiup. Hmm..kalau dulu2, pastinya suasana begini banyak memberikan ilham untuk Erisya berpuisi...namun kini tidak lagi...yang tinggal kini hanyalah hati yang kosong tanpa apa2 rasa lagi.
MASJID
Masjis amat 'manis' dengan warna biru dan putih...malangnya tiada papan tanda nama masjid tersebut.
SUNGAI KUANTAN
DUTA VILLAGE
Pantai Balok
Dulu kami sekeluarga menginap di Swiss Garden, namun kini nak cuba hotel yang berjiran dengannya pula....lagipun berkongsi pantai yang sama..tak yah lah bayar lebih! Lanskap lebih kurang dengan Swiss Garden ...cuma ada tambahan chalet. Selesa? Bolehlah...sesuai dengan harganya yang murah. Tiada lif...jadi pastikan bercuti bersama seseorang yang gagah perkasa!
MI CALONG
Erisya memang suka mencuba makanan tempatan. Tak pernah dengar nama mi ini...tak mengecewakan....memang sedap...
IKAN PARI YANG DIKERINGKAN
Tertarik dengan keindahan ikan kering ini....macam kipas!
BUAH KERANJI
masa kecil dulu selalu dengar pantun...sekarang baru berpeluang melihat buah keranji...kecil jer!
Rasanya lebih kurang buah asam jawa tapi dengan darjah kemasaman yang rendah.
DALAM PERJALANAN PULANG KE KL
Akhirnya kami pulang dengan berat hati..tak puas bercuti! Oleh kerana ada kerosakan dengan sistem touch n go dan smart tag....maka berlaku kesesakan jalanraya....tapi kata org setiap kali raya korban, beginilah keadaannya...sesak! harap tahun depan dapat bercuti ke Terengganu atau Kelantan pula...
mak mertua saya di kuantan, jadi tak berpeluang merasa tidur di hotel2 di sana.... ke pantai pun cuma ke teluk cempedak je... menarik juga pantai yang erisya pergi ni kan...
ReplyDeletenampak damai je tgk pantai tu..
ReplyDeletetetiba terasa nak bercuti ke pantai pulak...
owh
ReplyDeleteitu ker buah keranji?
adess
baru tahu
P/S : Jom Jalan - Jalan Cari Makan Di Kedai DENAI dekat Menara UOA Bangsar
salam
ReplyDeletecantik tempatnya...buat aku lapao
bila lak akunak kawen nih
KL citizen...sebetulnya kami rindu laut maklum dah lama dok penang! jadi ambil peluang yang ada ronda beberapa pantai...nanti pegilah ke kampung pelindung pantai pula...
ReplyDeleteacu...pegilah...kawan akak akan rasmikan homestay disember ni...ada 3 bilik ada aircond...bagi kak erisya...lebih suka bercuti di kawasan kampung....kalau kat hotel tu, sama jer kat manapun...
hans, nanti cuba lah makan :)
brutalsolo....kalau dah ada calon...jgn tunggu lama2...
sedap ker?
ReplyDeleteP/S : Wow! 10 Buffered Earnings? Blogger Kedah Nak Buat Reunion? Tahniah Team Hoki Malaysia! Video Kelakar Kalau Berpacaran Buat Aku Sakit Perut Sebab Ketawa!
Hans...bagi yang suka tentu rasa sedap..tapi kami sekeluarga tak berapa suka...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt..
ReplyDeleteNama masjid yg "manis' tu ialah Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Sungai Karang Pantai..
wanalhafeez.wy....TQ for the info...fuh! panjangnya nama...:)
ReplyDeletemaaflah sbb tiada signboard nama masjid..sbnrnya masjid tu baru je lepas renovate, tanah mendap dan dinding retak..sebelum ni d tadbir baik oleh "org2 masjid", tapi dh terlepas kepada "org2 1 Malaysia"..agaknya mereka sibuk mendahulukan rakyat, sampai tiada masa nk order signboard baru..wallahua'lam..
ReplyDeleteoo gitu citernyer...sayang x der signboard...cantik masjid tuh..pasti ramai org luar singgah
ReplyDeleteoo, terima kasih sgt2.. baru2 ni dapat anugerah tempat ketiga masjid terbersih daerah Kuantan. dan mmg jadi tumpuan orang singgah, terutamanya Jumaat, Sabtu dan Ahad..selalu jgk ada yg tumpang bermalam d sini sbb hotel,resort dah penuh..waktu malam ada security yg bertugas, so x la risau sgt..sambil2 sembang d sini, doakan spy masjid ini terselamat dari tgn2 org yg tak mahu lihat agama berkembang..masjid ini byk yg istimewa dan berpotensi besar untk jadi pusat tarbiyah masyarakat yg baik dan bukan sekadar tempat solat..
ReplyDeletewalalhafeez,
ReplyDeletewahhh hebat! tahniah di atas kemenangan. Sekarang ni susah nak cari mesjid yang boleh ditumpang waktu malam....habis jer waktu solat, mangga sebesar penumbuk dah hiasi pintu! Alhamdulillah masjid benar2 makmur!