Saturday, February 28, 2009

DOA PENAWAR BARAH (CANCER)

Atas permintaan k Nurdaniella, erisya berkongsi dua petua untuk sakit barah ie dari Dr Fatma azzahra dan Dtk Haron Din.

Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.

1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq

22. an Naas

Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja. Kemudian bacalah doa2 di bawah ni.

[ sebaiknya ulangi bacaan ayat2 di atas seminggu sekali...jangan gusar, ayat2 ni pendek2 jer!]

Satu lagi doa (Datuk Haron Din)


Papepun, yang penting ada keyakinan dan keazaman...jangan lemah semangat. Bagi teman2 yang sama bidang pekerjaan dengan erisya....kenalah kita amalkan ayat2 ni dari sekarang....maklum, kita terdedah dengan penyakit kanser ni...kena jaga pemakanan dan ketenangan minda. Rata2 kaki tangan disini dapat kanser paru2 (maklum....banyak guna bahan pelarut seperti Klorofom , Fenol , Ethidum Bromide dsbnya)...kemudian...pelan2 merebak ke kepala! Kebetulan ? Hmm...papepun....jagalah diri kita tak sape peduli kesihatan kita selain diri kita! Kanser adalah penyakit jahat....tiada simtom....bila dah teruk baru terasa sakit!

Hmmm...teringat masa study dulu...erisya punya sahabat yang amat erisya sayangi...selalu sakit kepala. Suatu hari, erisya mengikutnya bertemu doktor....maklum risaukan kesihatannya. Dr memaklumkan sahabat tuh sakit kanser otak! Lepas tuh kami berdua termenung depan tasik sambil pegang tangan . sedih! keciwa! dan ntah2 apa2 perasaan yang berbaur2....erisya benar2 tak mau kehilangannya. Kemudian erisya bertemu dengan seorang lagi doktor panel...bertanyakan hal tuh....doktor tersebut ketawa berdekah2 ! Menurutnya mana mungkin sahabat erisya menghidap penyakit seserius itu...masih muda belia! Haaaah???? Tak puas hati, erisya ajak sahabat erisya bertemu semula doktor pertama tadi.....ternyata rupanya doktor tu nak pekenakan kami berdua! urrrgggghhhh! geram betul....namun kami bersyukur kerana sahabat erisya sihat dan .......kini telah berkhidmat sebagai seorang doktor di kampung halamannya. ( sebetulnya doktor yang pertama tuh memang suka bergurau ngan erisya....kami selalu bertekak tentang agama dsbnya....selalu pekenakan erisya...cuma kalini gurauannya agak melampau!)



Sunday, February 22, 2009

SAYONARA MY NEW BABY

First night without his biological mother



First time I feed him


He doesn't want to leave his new 'brother'

syoklah tuh atas riba anak dara!


Last day on my lap


"Dont leave me!"


a few minutes before we hand over to the vet of the malacca zoo




gigit-gigit sayang
"tingin nak dukung!" wah..practice nampak!
anak dara ni dah booking anak erisya buat menantu ;)

Sayonara...kenit
Tak taulah naper asyik terbayang wajah kenit jer...rindukan teriakan manjanya bila lapar susu juga teriakan marahnya bila tak sape nak dukung! Kenit memandang wajah kita dan teriak ....tapi bila kita nyorok kenit kurangkan volumenya....nampak jer muka kita, sambung teriakan balik! Kelakar main nyorok2 ngan kenit....Paling seronok bila berbaring nonton tv....kenit pun sibuklah mencelah di ketiak nak nonton bersama...sambil hisap ibu jari nya....
Hmmm...cuma 3 hari jaga dah rindu...apatah lagi ibu kandungnya yang kehilangannya! Pasti sedih giler! sebetulnya Dr B suruh kami ronda2 belakang UKM kotlah nampak ibunya....hmmm....manalah kami kenal....lainlah jika pakai name tag!
Papepun, kami sekeluarga rasai kehilangannya....bukan susah nak menjaganya...minum susupun tak lah banyak...habis minum dia tidur jer dalam buaian yang suami buatkan....terpaksa sediakan buaian dari bantal busuk lama anak erisya...kalau tak kenit merengek nak tidur atas riba...! Lepas masukkan ke dalam buaian, urut2kan ubun2 kepalanya....voila! terus lena hingga waktu menyusu yang seterusnya pada jam 5 am.
Bagaimanapun, kami terpaksa serahkannya kepada pihak yang lebih arif menjaganya.... itulah yang terbaik buat kenit...cuma sedih tak dapat bertemunya lagi kerana bila dia dah boleh berdikari, dia akan dilepaskan oleh pihak zoo. Kenit akan habiskan hidupnya di atas pokok2 yang tinggi....dan tak dapat mengenali kami lagi :(

p/s: I'm sorry! erisya sangka tuh klon Dr Y....rupanya yang asli ...hepi anniversary yang ke 25, moga bertambah mesra dan bahagia :)

Saturday, February 21, 2009

Doa buat teman

video

sesape yang tengah sedih, tension apa ker....tontonlah video ini....insyaAllah....ceria kembali.....juga ada doa buat teman pembaca semua....

bagi yang minat nasyid elaika nih....erisya tuliskan terjemahan liriknya yang indah....

********************************************

Elaika (For You)

to You, the Creator, i raise my longing

even if i am an evildoer, a criminal

O Possess of kindness and generosity

when my heart became constricted

and my path became narrow

i took my hope in Your pardon and forgiveness as an escape

You're still remain the only One who can forgive sins

You grant and forgive out of Your benevolence and generosity

are You not the One who has provide for me and guided me

and You have not ceased being gracious to me and full of favours?

wishing that the Beneficient one will forgive my mistakes

and cover up my crime and what has gone forth

so if You forgive me, You would have forgiven a sinner

a rebellious,opposive tyrant still sinning

and if You have to seek revenge from me, i would not despair

even if they entered my soul into jahannum due to my sins

eloquent when he makes mention of his Lord

and in the mention of others than Him he is not (eloquent)

he says "my beloved (o God), You are what i requested to desire

You are enough of a longing and benefit from those who have hope

i protect my love, lest my desires should spoil it

i preserve the contract of love, lest it be defiled

in my wakefulness is yearning and in my slumber is destiny

thats pursuing my footsteps in ecstasy

my sin are great, past and present

but Your forgiveness comes to the servant

more exalted and more great

p/s: Dr Y....syukur doa kita dimakbulkan....dan kita semakin hampir. Selamat Berhijrah ;).....

Friday, February 20, 2009

5 PETUA

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-وجه جميل

1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak

3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan



سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat


(dipetik dari emel)

Thursday, February 19, 2009

TAG LAGI!

Terlebih dulu erisya ucapkan terima kasih atas keprihatinan teman2 semua.....sebetulnya down sikit sebab dapat berita rakan sekerja sedang sakit ...hari2 teman2 lama sms memaklumkan perkembangannya......tu yang resah gelisah takketahuan....kami taklah rapat sangat...tapi ntahlah....sedih sangat! semalam baru confirm kanser tulang :(

LOL dan LIN......sori ya....tak update blog sebab busy ngan baby erisya yang baru. ada orang jumpa dan serahkan pada erisya.....ni pun tengah meriba baby....lena! Maklum dah lama tak jaga baby...kelam-kabut nak nyusukan bila balik kerja....ansib baik jenis kuat tidur . bangun sekitar jam 5 am untuk menyusu....seronok main2 ngan baby.....

Wokeiii utang tag lak......

Alamak kak nurdaniella....ingatkan dapat hadiah ...rupanya soklan maut....hmm..untuk tak menghampakan....erisya jawab ya kak Nurdaniella (tag ini dijawab pada 11.30 malam tadi..)


TANDA21.



TANDA2 KAMU BAD MOOD.

~ suka ketawa yang bukan2.....dan tidur tidur tidur



2. TANDA2 KAMU MARAH.

~ Hmm ikut keadaan. Jika di ofis erisya kurung diri dalam bilik.....elakkan bertembung ngan manusia.



3. TANDA2 KAMU SINTING.

~ ....ehhh masih waras dan siumanlahhhh (kalau bahasa erisya, sinting maknanya sikit gila....tak tahulah maksud si penanya)



4. TANDA2 KAMU MALU.


~ tak sanggup menatap mata...tunduk dan pipi memerah.....



5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.


~ hmmm...tak pernah cemburu .....bukan sebab terlalu cayakan suami tapi jika hatinya dah beralih arah...buat apa pun tak guna ...baik lepaskan ajer ...suami berhak bahagia dengan pilihan hati...tak dok pekdoh merayu orang yang tak sudi ...



6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.


~ tidur tidur tidur



7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.


~ muka berseri2 dan bercakap tanpa henti huhuhuhu



APA?1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?



~ baju purple



2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?

~ yezzzaaaaa.. terapi tension...tapi kena tgk kemampuan lah gak



3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?


~ sudah semestinya...paling indah sebab sama2 love at first sight.......tapi tak de jodoh nak wat camno....



4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?


~ taip secepat mungkin sebab nak titon



5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?


~ nak cepat ke kamar tidur sebelum suami panggil



BILA1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA



hmmmm...21 disember ...tapi celebrate 05 januari...errrr ni kira kelahiran semula ka ?



2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?



~bila bergembira bersama suami dan anak.....suka lihat gelak ketawa mereka



3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?



~ hmmm....bila ya? tak ingat dah..



4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?



~ ehemm.. ehem? ish! soklan samar...takut tersilap jawab lak!



5. BILA KAMU AKAN MARRIED?~ hmmm.....boleh tambah lagi ka???



BAGAIMANA1.



BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?



~ ikut keadaan...jika org tuh buat andaian salah....erisya perbetulkan..kalau dia nak terimalah....kalau jenis yang susah....jauhkan diri darinya agar tidak disakiti lagi



2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?


~ syukur kepada Yang Mencipta! tapi bila suami yang puji....senyum meleret ke telinga...suka lah tuh!



..3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?



~ sedih tapi nak buat camno....dah itu pilihannya kerana dia sudah punya teman yang lebih baik

(tapi meraung lah gak )



4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?



~ alahhh biasalah tuh....nabi yang maksum pun ada yang tak suka....



5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?



~ terkejut ...camner lak boleh ada api!



6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.~ nonton filem kegemaranlah apa lagi...tapi sudah pasti bukan filem seram

Hmmmmm TAG DARI RDHANZ LAK.....


) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa-apa yang berkunci.
Kegunaan sampingan - Garu tapak kaki yang gatal....maklum..guna kuku tak lut!

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, tak nak dakwat kering.
Kegunaan sampingan - errr tutup jari ...bila ketuk2 meja boleh buat lagu hehehehe

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - tempat simpan air.
Kegunaan sampingan - bila potong bahagian atas boleh dibuat gayung untuk cedok air....tak yah beli kat kedai lagi

4) Paper lama
Kegunaan asal - digunakan untuk membungkus makanan dan barang-barang lain.
kegunaan sampingan - basahkan sedikit untuk lap cermin...kalau guna kain cermin tak berkilat...

5) Seluar 'D' lama
Kegunaan asal - pakai di dalam bukan di luar.
Kegunaan sampingan - hmmm....dulu heboh kes penjual laksa masukkan benda tuh dalam kuah....konon untuk sedapkan lagi...tapi rasanya tu fitnah jer hehehe...

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb.
Kegunaan sampingan - alunya boleh buat alat untuk pecahkan ketul ais batu

7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan rumah/keceriaan rumah.
Kegunaan sampingan - tempat kucing main nyorok2 huhuhuhu

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - buat keja rasmi.
Kegunaan sampingan - hmmm...tempat keje erisya diorang block sumer ...nak blogging masa lunch break pun tak leh! guna emel pun tak leh....apatah lagi YM

9) Duit syiling
Kegunaan asal - untuk beli air degang (air tin/kotak dalam mesin).
Kegunaan sampingan - hmmm ada orang guna agar polis tak leh kesan dadah dalam urine mereka...

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru dan untuk tukar-tukar pendapat.
Kegunaan sampingan - hmmmm.....apa ya? blur jap....

Next person:
LOL
kak Nurdaniella
acusayang

AJAA...(good!good!)


ERISYA: akhir2 ni banyak pulak dapat ayat penyembuh kanser

Tuesday, February 17, 2009

AYAT MOTIVASI

Sehari dua ni jiwa rasa begitu lemah. Tidak bersemangat. Ntah naper. Malah supervisor sempat antar emel....risau kerana semangat erisya yang semakin luntur... Rasa keseorangan tanpa sahabat2...tetiba jer rindukan mereka ...dan ntah apa2 perasaan yang negatif....mujurlah si teman rajin sms...terhibur juga hati ini...masih boleh tersenyum biarpun tak manis!

Astaghfirullah al azim...Entah kenapa erisya begitu leka....terlupa bahawa bukan insan pengubat jiwa tapi Maha Pencipta.....yang tahu segala keresahan hati dan segala punca....sedangkan empunya diri gagal mengerti di manakah silapnya hingga diburu resah begini.


Syukur, teman baik di ofis telah diilhamkan untuk berkongsi pesanan Dr Fatma az-Zahra.....hafallah ayat surah al Imran : 133 - 136....ayat motivasi yang amat mustajab. Malah beliau menganjurkan agar membacanya ketika solat taubat. Iya, solat taubatlah penawarnya...di samping mohon agar diberi rezeki ketenangan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat....


Erisya suka dengan ayat ini....mengisahkan sifat2 bakal ahli syurga (mendapat pengampunan yang besar dari Allah):



Pertama: bersedekah ketika senang dan susah. Alhamdulillah amalan bersedekah ketika susah benar2 menjanjikan rezeki berlipat ganda dari Allah.



Kedua: menahan marah . Seperti kisah saiyidina Ali yang bertemu musuhnya. Di saat ingin menghunuskan pedang..tetiba wajahnya diludahi musuh! segera saiyidina Ali menyimpan semula pedang yang terhunus.... takut membunuh kerana marah...bukan kerana dia tuh musuh Allah!



Ketiga:Memaafkan kesalahan...hmmm....jangan pulak nanti semasa bergaduh-gaduh sayang ngan suami...beritahu suami " bang....saya tahu ni sumer salah abang....tapi tak per...saya maafkan segala kesalahan! " ...lain macam bunyinya tuh!



Keempat: jika buat kesalahan, bersegera bertaubat dan jangan diulangi kesalahan tersebut.

SURAH aL IMRAN : 133-136
(FAMILY OF IMRAN )


133. And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as are the heavens and the earth, prepared for Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).
134. Those who spend [in Allah's Cause - deeds of charity, alms, etc.] in prosperity and in adversity, who repress anger, and who pardon men; verily, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers).

135. And those who, when they have committed Fahishah (illegal sexual intercourse etc.) or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; - and none can forgive sins but Allah - And do not persist in what (wrong) they have done, while they know.



136. For such, the reward is Forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath (Paradise), wherein they shall abide forever. How excellent is this reward for the doers (who do righteous deeds according to Allah's Orders).






Sunday, February 15, 2009

BUAT ANAK

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah.
Terserahlah kepada kamu
samada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya."
(HR Ahmad, al-Tarmidzi dan Ibn Majah)
Suatu ketika Umar al -Khattab ra dan beberapa orang sahabat melihat seorang wanita mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau pun bertanya," kamu buat apa ni?". Jawab wanita itu," yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah nyanyuk dan mahu bermain denganku". Umar al-Khatab ra sangat teruja dan memberitahu para sahabat bahawa wanita itu telah menunaikan hak ayahnya ke atas dirinya. Lalu wanita itu membalas, "Tidak ya Amirul Mukinin! Aku belum lagi menunaikan hak ayahku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa kumenjaganya ketika dia dah tua, kutertanya-tanya, bilakah ayahku kanmati...."




Saturday, February 14, 2009

MAHKOTA WANITA


Masa kecik2 dulu, erisya rajin buatkan pencuci rambut untuk opah..kebetulan segala bahan yang diperlukan boleh dipetik depan rumah jer. Setiap minggu erisya kisar daun lidah buaya yang dipotong2 (jangan lupa buang duri di tepi daun tuh)..bagi yang alergik....ambil lendirnya saja campurkan daun bunga raya ....kalau boleh bunga raya putih. Naper? Kerana daunnya tidak ada bulu2 halus. Erisya pernah ambil daun bunga raya jingga di tepi tesco kajang (alahhhh hak kerajaan hak bersama! ) ...suami ngadu kepalanya gatal2...rupanya daun bunga raya tuh ada bulu2 halus! Jadi pastikan daunnya cantik dan licin .Campurkan sedikit air dan kisar. Pastuh ambil sedikit sintok dan ramas2kannya dalam air kisaran tadi. (sintok boleh keluarkan buih semulajadi...tak yah guna paraben yang karsinogenik tuh!)Jika nak wangi, campurkanlah sikir air limau nipis.....wokei! siap! Boleh cuci rambut sekarang.



Petua tuh tadi, sesuai untuk rambut berminyak macam opah. Bagi rambut kering, gunalah pati santan sebagai kondisioner. Sahabat baik erisya yang ajar. Mudah jer. Beli santan pekat di pasar. Simpan dalam freezer semalaman. Sebelum guna, biarkan santan beku pada suhu bilik ....bila mencair, ambil kepala santan yang terapung di bahagian atas saja. Lumurkan pada kulit kepala dan rambut....pakai shower cap dan relaks selama sejam...pastuh baru cuci rambut.
Tapi suami erisya tak suka erisya guna kondisioner ini....rambut busuk katanya. Hmm..ntahlah hidung lelaki ni lebih sensitif kot...nak isteri sentiasa eangi jer huhuhuhu . Jadi erisya ubah suai kedua2 petua tuh...Kisar lidah buaya dan bunga raya bersama santan pekat....pastikan kisar pada kelajuan yang maksimum (agar rambut tak busuk lepas cuci). Pastuh lumur atas kepala (gunalah shower cap) dan lepas sejam baru gosok2 kulit kepala dan bilas.
Sebetulnya ada banyak lagi petua2 yang baik untuk menjaga seluruh tubuh....cuma tu lah kan...renyah sikit! Seperti kata seseorang tuh...tiada wanita yang tak cantik...cuma malas jer! Haaa....kakyong, tambahlah petua kat sini ya...agar semua petua tu tak luput dek zaman...sekarang ni ntah apa2 bahan kimia yang kita guna sebab tulah ramai kena kanser!

Cantiknya wanita:


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar paras rupanya
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya
dan
hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya



Friday, February 13, 2009

SMILE AND TAGS










TAGS FROM KAKYONG AND ALAKAY


Erisya tak de idea nak jawab tag dari kengkawan....namun terselit juga rasa bangga kerana itu bermakna mereka ingin mengenali diri ini....wokei...ni erisya jawab tag dari kakyong dulu...


Here you go mommies - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!

Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Errr by accident...right after our first honeymoon..anyway we really happy with the gift...just shocked!

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?

of course I did!

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

shock and excited

4. HOW OLD WERE YOU?

old enough to be a mother ;)

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Did the pregnancy test at the government hospital ..err after my hubby complaining of morning sickness....and 'mengidam' !

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

hubby , of course!he's sooooo happy and keep calling everyone to break the news! can you believe that? urrrggghhh

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

not really but did the ultrasound anyway so that I can prepare the outfits :)

8. DUE DATE?

16 september

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

No.. my hubby had it...I'm very lucky! ;)

10. WHAT DID YOU CRAVE?

nothing ..sigh! but my hubby craved for limau bali

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST

hmmm can't remember..my hubby I guess..cant stand his odour!

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

Boy

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?

...actually I love boys more...dont know why

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

hmmm cant remembe.....
15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

No.

16. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?

NA

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Alhamdulillah.. everything ok.

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Hospital Besar, Pulau Pinang

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

12 hours! they made a mistake..they thought I had had my contraction ..so they dot..dot...they did apologise to me though ....

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

my hubby

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

2 midwives...then 3 doctors came by..urgghhh four of them 'attacking' me on both sides (left and right) try to make my baby come out naturally

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

natural alhamdulillah!

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

No , I dont feel any pain...just tired coz I dont have any food for the last 14 hours...I wish they just take me to the OT and let me have a good sleep!

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

4 kg....urggghh..after his father...big size!

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?

16 september 1997. ....punctual huh?

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Wan Muhamad Afiq

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

12 years old

haaaa yang ni bayar utang erisya pada alakay lak....

Link or tell a bit about the person who gave you award


1)Masih terlalu awal untuk citer tapi yang eirsya tahu, alakay suka temgok filem yang sama ngan anak erisya :)

2)Pandai menulis...seronok baca blognya...tak jemu!

3) suka mengembara, sayangkan keluarga....suka minum milo (my favourite too! )

4) susah nak ngorat sebab susah sayangkan orang ;)

5)nakal.....hmmmm....tak per asal jangan mainkan perasaan orang ;)

10 perkara tentang diri?

Hmmmm dah tulis dah arituh (dapat tag yang sama)...nak tambah apa lagi ya?

1) Suka dengar bunyi air.....tak kiralah hujan ke, ombak ka...sebab tu suka ke pantai :)

2) Suka window shopping ngan suami.....sambil kami angan2 nak beli itu ini menghiasi mahligai cinta kami
3) Suka tengok citer seram dan cinta....tapi tak nak yang sedih2.....takut tak cukup tisu!

4) Suka jalan2 tengok pemandangan indah di negara luar....kalau ada tempat shopping lagi bagus!

5)Tingin nak ke Korea dan Canada...errrr agak2 ada yang nak sponsor ka?

6) suka menari....tapi tak suka menyanyi takut hujan turun lak nanti!

7) suka makan carrot cake dan banana cheese cake....alamak tingat lak starbuck kat Tokyo! sedap betul kek kat sana! oishi desuyooooo

8) tingin nak makan malam sambil diiringi lagu intstrumental....eeerrrrr piano...hmmm...romantisnya!

9) tingin nak baby.....tapi yang ready made punya !

10) suka makan durian.....terpikat ngan suami sebab dia selalu belanja makan durian!

THANK YOU UNCLE AND LEE












The valentine gifts from Lee.......ehem! always my valentine *wink*



Orchids from uncle Mountdweller


Thank you for the gift,

but most importantly,

thank you for the gift of knowing you.


Akhirnya erisya selamat tiba ke KL......selepas 3 hari berada di PP...tempat di mana sebahagian hati erisya bersemadi. Seronok juga bertemu dengan pelanggan2 lama....paling mengujakan ASP tuh tanya , " puan dah hajah ka? nampak berseri-seri!" mudah2an masinlah mulutnya...dapat menjadi tamu agung di Mekah!
Semasa berada di Penang, sempat terima panggilan telefon Lin ....juga berSMSan ngan 'jurnalis dari Sabah Times'.....fuh! rasa macam artis ngetop! banyak ditanya soklan maut! seronok buat seseorang tuh panasaran huhuhuhu ...bukan apa....sesekali kenalah memistrikan diri...nanti orang ilang minat lak ;)
Selasa nanti sekali kali erisya akan pergi ke PP....adusss penat kemaren pun blom ilang lagi! Sehingga bulan mac nanti erisya kena berulang-alik ke PP. Nampaknya perancangan ke Bandung/Jakarta tergendala lagi. Ntahlah ...banyak betul aral nak ke sana....agaknya kena bawa LOL sama kot *wink*
Dalam perjalanan pulang erisya teringat kepada seseorang:
Terima kasih purnama
dari kejauhan
kau sinari gelap malam
jalanku yang berliku

Tuesday, February 10, 2009

MERAH

Akhirnya pencarian membeli baju untuk dinner pada 14 feb berakhir juga....berkat bantuan sahabat baik dari PP yang kebetulan bercuti Thaipusam di KL ni. Dazzling red , elegant black...adalah warna tema majlis makan malam. Sebagai seorang yang tak vogue....pencarian itu benar2 menyusahkan! Kena meghelit2 di bawah sinar lampu , kena pakai kasut dan handbag yang sepadan serta tudung yang anggun....urrrghhhh! Jujur erisya tak pandai ! Malah sebelum kawin, bedak pun tak suka pakai apatah lagi lipstik! Namun selepas berkahwin, suami selalu merungut...wajah kusam lah, pucat lah....teringat masa mula2 kawin, rakan2 sekerja ketawa kerana sebelum pulang terkocoh2 kenakan lipstik sedangkan datang kerja tanpa sebarang calitan warna di bibir! Hmm..kenalah ikut selera suami, tak gitu?

Namun begitu, suami tak suka erisya berbaju merah...tak tahu naper. Sebab erisya tak cantik kot dengan warna merah...sebagai isteri kenalah ikut ...maklum, dia juga yang nak tengok kan?....tapi ada sekali tuh erisya pernah buat sesuatu di luar jangkaannya....beli baju merah? bukan! erisya inai rambut warna merah! Masa di salun tuh suami tak de....seperti biasa dia antar ke depan pintu kemudian blah....Entah angin apa....tetiba ajer erisya nak tukar imej nak jadi macam wanita Mesir. Niat asal nak cuci rambut jer.


Tengah sedap nikmati rasa sejuk inai di kepala...tetiba black-out! Kelam-kabut lah pendandan rambut menyambung kabel ke kedai runcit di sebelah.....tak pernah berlaku dalam sejarah erisya keringkan rambut dalam stor! Bayangkanlah dalam ruangan yang sempit erisya terpaksa memusingkan badan bagi memudahkan mereka mengeringkan rambut erisya....ish! nyusahkan betul...dalam hati mulalah merungut...padan muka aku! Akhirnya erisya dapat diskaun ...tak yah bayar penuh...(cayalah walau dapat diskaun, tak berbaloi!)


Dalam perjalanan pulang, suami ketawa besar....sakit betul hati. Namun selepas dua tiga hari, erisya pula meraung besar....rambut telah rosak! Suami pun risau...takut nak belai rambut ! Sebetulnya erisya jenis sensitif ngan bahan2 kimia ni. Tak sangka inai juga punya bahan kimia yang kuat! Berbulan jugaklah erisya ambil masa nak pulihkan rambut (alami keguguran yang serius ....nasib baik tak botak! ) Kak A telah bersusah-payah mengumpul bahan2 tradisional untuk membaikpulih....sambil cuci rambut sempat gak dia berceramah .....di penghujung ceramah...kak A sempat komen..." betoilah tukaq imej..nampak macam pompuan Belanda"....sambil tersenyum ......adusss nampak sinis....tu yang tak tahan tuh! Papepun, syukur berkat bantuannya rambut telah pulih...kini tak berani dah nak inai rambut di salun....walaupun percuma! (Tapi dari sudut positifnya, erisya dapat petua baru untuk menyihatkan dan melebatkan rambut :) )

Teringat kata2 dalam emel :

Whatever you give a woman, she will make greater

If you give her sperm, she'll give you a baby

If you give her house, she'll give you home

If you give her groceries, she'll give you meal

If you give her smile, she'll give you heart

She multiplies and enlarges what is given to her

So if you give her crap, be ready to receive a ton of shit!

Hmmm.....Adakah erisya juga begitu? Tiada niat nak nyusahkan suami!

p/s: menurut aunty di capetown dulu, inai elok untuk buang angin meroyan dari kepala (masa dalam pantang)





Monday, February 9, 2009

APA NAK JADI?

Di mana2 saja orang bercerita isu MB Perak...sebagai anak perak, erisya juga ditanya persoalan yang sama (rasa malu teramat2!)....papepun, syukur bukan erisya yang mengundi mereka kerana sejak merantau erisya tak pernah mengundi di Perak....maka rasanya tak perlulah erisya memberi banyak komen kerana tak tahu hujung pangkal cerita....cuma tertanya2 jika MB kami bertukar ganti...dapat balikkah tanah melayu yang dah bertukar tangan tuh?

Jujur, erisya lebih berminat dengan usaha2 kerajaan negeri PP untuk menangani masalah pengangguran di PP ...maklum, banyak kilang telah berpindah ke negara lain. Ramailah warga PP yang menganggur kelak (tak tahulah samada semua akan menerima VSS atau tidak). Salah satu usaha adalah dengan memberi arahan kepada agensi2 berkanun agar menerima 500 orang pekerja baru secara kontrak; di mana 50% daripada gaji mereka dibayar oleh kerajaan negeri PP....suatu usaha yang menarik. Tapi tak tahulah negeri teman tercinta tuh, tidak terlibat ngan kegawatan ekonomi kot....masing2 sibuk berebut kerusi panas MB jer.

Sebelum pilihanraya dulu, macam2 janji tapi lepas dapat kerusi kalut tentang jenama kereta rasmi, main lompat2, pindahmilik tanah dsbnya....ish ! pernah terfikirkah masalah rakyat yang mengundi dema semua?

penat...memang penat!...tapi nak komen bebanyakpun, erisya pun kurang cerdik pasal politik ni cuma sekadar lihat lagak YB-YB yang dah menang pilihanraya dan apa yang mereka sibukkan selama memegang kuasa....

errr.....jangan lupa tangan yang mengundi boleh menggoncang dunia YB ! Tu pun kalau ada pilihanraya....gawat-gawat ni, ada duit ka nak buat pilihanraya tuh? Tapi tak adil kan jika rakyat tidak diberi pilihan?

p/s: tak suka ngan budaya lompat2 ni...sistem pilihanraya kita tak sama ngan US atau Indonesia....kita pangkah parti bukan individu...wajarkah mereka memegang jawatan jika tidak lagi mewakili parti asal mereka? Boleh kah parti pemerintah ditukar2 tanpa mandat dari rakyat? Hmm...musykil!




Friday, February 6, 2009

KEBEBASAN

Ikatlah dua ekor burung,
mereka pasti tak bisa terbang
meski telah punya empat sayap
Jalaludin Rumi


Wednesday, February 4, 2009

DOA MURAH REZEKI


"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Dulu erisya menghadapi masalah kewangan yang kritikal...pelbagai konflik berlaku bila poket kosong....gaji yang masuk akaun beri salam jer sebelum berpindah ke bank lain untuk membayar hutang. Pelbagai buku kewangan erisya beli....buku omputih , buku melayu , semua erisya beli jika ada tulis RM. Namun segala teori yang ada amat sukar untuk dipraktikkan. Akhirnya, erisya mengadu pada ar Razaq...tiada upaya lagi ...syukur dapat mengadu pada-Nya...tak perlu gantung diri atau terjun laut untuk lari dari masalah yang melanda hidup...yang menyesakkan jiwa...dan memeningkan kepala.

Nasib erisya berubah selepas menerima satu penggilan telefon seorang wanita. Ibu itu mengadu tiada wang untuk membayar yuran pengajian anaknya...walhal itu adalah tahun akhir. Sanak- sedara menghalaunya cara hormat bila dia nak pinjam wang. Adussss sedih! Erisya tak punya wang. Lagian takkanlah dia tak tahu kemelut yang menghimpit erisya ketika itu? Menurutnya, hatinya tergerak menelefon erisya selepas solat sunat hajat dan dhuha......ya Allah! dugaan apakah ini...sedangkan erisya benar2 tak punya uang! Baru semalam tekan ATM tapi duit tak masuk lagi! Sewa rumahpun belum berbayar lagi.

Selepas mengambil no akaun , erisya solat dan berdoa panjang....kemudian erisya ke ATM lagi....benar2 bertawakkal....syukur duit dalam akaun bank ada RM1510...ngam2 boleh kuarkan RM1500 untuk memenuhi permintaan ibu tersebut. Bagi erisya itu adalah rezeki anak ibu itu...Terus erisya pindahkan uang ke akaun ibu itu.
Tak lama kemudian tuan rumah menagih sewa rumah. Rasa sedih sangat sebab macam2 kata2 yang tak sedap didengar dihamburkan ke telinga....Dengan keciwa yang teramat sangat erisya tebalkan muka ke rumah kakak....tanpa banyak tanya kakak serahkan kad ATMnya pada erisya. Entah macam mana, erisya tergerak semak akaun bank erisya.....sebolehnya erisya tak mahu nyusahkan kakak!
Hampir luruh jantung erisya...ish! betul ka ni? Jelas tertera baki akaun adalah RM4,000.00 ! Erisya menangis sepuas-puasnya....rasa syukur teramat2 melihat kebesaran-Nya.
Sejak itu, erisya tak pernah putus rezeki lagi....meski cukup2 tapi tak pernah putus....malah boleh beli apa saja tanpa memikirkan cukupkah wang hingga hujung bulan.....anehnya wang sentiasa ada!
Wang yang erisya pinjamkan? Sesuatu berlaku (tak molek dikongsikan di sini)......namun erisya berlapang dada kerana Allah telah menggantikannya berkali-ganda! Benar kata orang, jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah pasti memudahkan urusan kita pula!


DOA PENYEMBUH BATU KARANG

Kalini erisya nak berkongsi doa yang boleh diamalkan oleh pesakit batu karang. Dibaca pada air dan minum.

1. Baca al Fatihah
2.surah al Hasyr ayat 21-24





3. selawat syifa



Teringat seorang yang tak pernah erisya kenali berpesan, doa yang paling afdhal adalah yang dibaca sendiri oleh pesakit / ibu ayah pesakit. Di kala kita kesakitan...siapakah yang boleh menyembuhkan kita? Ubat2an adalah ikhtiar kita sahaja tapi penyembuh kita adalah Allah yang mencipta segalanya.