Friday, October 31, 2008

SYAITAN KURUS vs SYAITAN GEMUK


Tadi pagi ustaz bercerita tentang si syaitan gemuk dan si syaitan kurus. Si syaitan kurus heran, macamana sahabatnya itu gemuk dan ceria sentiasa. Lalu si syaitan kurus pun mulalah mengorek rahsia...

"SG, you nampak sihatlah! Dulu you kurus kering macam I...ada apa-apa ka?"

"SK, I tak de apa-apa rahsia...cuma I sukalah tinggal di rumah baru tu...tuan rumah tu tak suka mengaji al Quran. Zikir pun tak pernah. Malah doa harianpun tak hafal..sebab tu I gemuk , dapat menumpang makan rezeki tuan rumah. Hmmm you pula, apasal semakin kurus? Diet ka?"

"Eh? tak lah...tuan rumah I tu, suka membaca al Quran. Mulut basah dengan zikrullah. Leceh lah..nak makan pun susah..tak pernah lupa doa. Nanti I nak duduk serumah dengan you, boleh ka?".

Sebab itulah rasulullah saw amat menganjurkan kita membaca al Quran. Malah orang yang membaca al Quran dijanjikan 10 pahala bagi satu huruf. Itu bagi yang pandai baca...bagi orang yang tak berapa pandai dan merangkak baca ( terketaq-ketaq), dijanjikan pahala tambahan iaitu pahala insentif kerana berusaha membaca walau tak pandai (dapat dua pahala).

Kalau tak larat baca satu al Quran, bacalah surah al Baqarah.
Sabda rasulullah saw, " Sesungguhnya setiap sesuatu ada sendi; dan sendi al Quran adalah al Baqarah. Sesiapa yang membacanya di rumahnya pada satu malam, maka syaitan tidak akan memasukinya selama 3 malam, dan sesiapa yang membacanya pada waktu siang hari maka syaitan tidak akan memasukinya selama 3 hari (HR Ibn Hibban).

Expiry date adalah 3 hari . Jika takut dalam 3 hari tak dan juga nak habiskan surah al Baqarah...(maklum 3 juzuk!)..dua ayat pun OK juga...seperti sabda rasulullah saw, "Sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah pada satu malam, mencukupilah akan ia (pada malam itu)". (HR al Bukhari)

Tapi kita kenalah baca tiap malam sebab expiry date satu malam jer.

InsyaAllah, jika diamalkan secara istiqamah...syaitan tak masuk dalam rumah. Masa mula-mula dok KL...ish ish ish macam-macam erisya jumpa. Tak sangka kat bandar besar, jin dsbnya lebih ramai! Alhamdulillah kini rumah erisya dah ok...lebih selesa untuk didiami. Dulu, rasa nak lari malam!



THANKS FOR BEING WITH ME

Thursday, October 30, 2008

MENANTI AWANG


Ada berita yang menggembirakan erisya. InsyaAllah pada bulan depan Awang (alahhh slow loris tuh) akan bertandang ke rumah erisya beberapa hari. Bolehlah kami sekeluarga melepas rindu...Siaplah si awang tuh...kena posing sepanjang waktu! Dengar citer, si awang bukan main nakal lagi. Ada sekali dia cuba membuka mulutnya di hujung jari kaki anak tuannya....baru si Awang nak ngggaaaappppp, tuannya tersedar lalu bertanya," Ep! hang buat apa tuh?" Apa jawapan di Awang???
Dia pusing kepala dan pura-pura tidur! Begitulah perangai si Awang..kalau ada yang tak kena terus pejamkan mata buat dek jerrr. Bila kita mengalih pandangan, bulat matanya memandang!
Nampaknya kenalah erisya sediakan makanan kegemarannya...pulut sekaya, talam muka, buah rambutan, kek pisang....ehhh macam nak menyambut anak pulang pula!
Lagi satu berita yang mengujakan, bulan depan juga erisya akan menziarahi anak-anak landak yang kami pelihara...tak sangka semua landak yang kami kahwinkan beranak serentak! Masing-masing ada baby kembar! Eeee cute nyer..tak sabar erisya nak tengok! InsyaAllah nanti erisya akan ambil gambar mereka sepuas-puasnya!
Buat bunga 01235...jemputlah datang bermain ngan Awang!

Wednesday, October 29, 2008

LIPAT BAJU DALAM 2 SAAT

Bila menonton video ini, teringat ketika di Cape Town dulu. Erisya membantu tuan rumah melipat kain. Tak sampai hati pula melihat anak lelakinya menggulung-gulung kain masuk ke dalam bakul. Kebetulan ketika itu, ada dua orang tamu datang berziarah. Kami berbual mesra sambil mereka melihat erisya lipat baju. Mereka heran bagaimana erisya boleh lipat pakaian dengan kemas....seolah-olah telah diseterika. Mereka bertanya, tak perlu sterika ka selepas ini? Erisya jawab, akan seterika kemudian.

Mereka pelik. Rupa-rupanya telah jadi kebiasaan mereka menggulung-gulung sahaja kain ampaian sebelum disimpan dalam laci. Tak putus-putus mereka memuji lipatan pakaian erisya...hehehe mereka tak tahu satu Malaysia lipat pakaian camtu..! :)

Oh ya...teringat pula peristiwa ketika melawat sebuah institusi kesihatan di Kyoto dulu. Entah macamana , semasa menuju ke dewan seminar, erisya terlihat seorang lelaki sedang mengemas katil di dalam sebuah bilik. Ish! bukan niat nak intai, tau...erisya ternampak! Kemudian erisya tanyalah kat pegawai Jepun tuh...bilik apa ya? Erisya pelik. Bilik itu bukan wad orang sakit! Jawapannya membuatkan erisya terkejut beruk! ish! beruk pun tak terkejut camtu. Rupa-rupanya, bilik itu khusus untuk rawatan terapi kepada lelaki-lelaki bujang yang tidak tahan hidup bersendiri! Salah satu masalah di sana ialah peningkatan LELAKI BUJANG yang membunuh diri ! Antara terapi yang dijalankan ialah mengajar lelaki-lelaki tersebut cara berdikari..lipat baju sendiri, kemas katil sendiri, memasak dsbnya. Ehhh jangan silap faham! Itu bukan bermakna wanita Jepun kejam suka nak mematahkan harapan kaum lelaki di sana...Taraf hidup yang tinggi dan mas kahwin yang mahal (di sana mas kawin adalah standard bagi semua orang) membuatkan ramai pasangan kekasih yang tak mampu berkawin.

Bagaimanapun, kaum wanita yang bujang TIDAK menghadapi masalah sedemikian. Mereka fokus kepada karier, mengambil anak angkat serta hidup bahagia selama-lamanya. [Di sana, hanya wanita bujang sahaja yang bekerja. Para isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak kira sebesar manapun pangkat mereka, bila berkahwin mereka tumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak].

Aneh bukan? Situasi yang sama tapi pendekatan yang berlainan. Lelaki dan wanita buat pilihan yang berbeza....dan natijahnya juga tidak sama!

Tuesday, October 28, 2008

VENUS vs MARS


Tadi pagi ada ceramah menarik. Rupanya semasa kita masih dalam bentuk fetus, otak lelaki lebih besar sebanyak 20% dari otak kita. 'Jambatan' antara otak kanan dan kiri kita lebih tebal jika dibandingkan dengan 'jambatan' otak kanan dan kiri lelaki. Kita menggunakan kedua-dua otak untuk berfikir, sedangkan lelaki menggunakan otak kiri/kanan satu-satu. Justeru mereka lebih fokus dan selesaikan masalah satu demi satu....taklah macam kita semua masalah nak fikir..sebab tu serabut! Malah kita memandang sesuatu secara keseluruhan tidak seperti lelaki. Misalnya kita memandang keseluruhan wajah, tapi lelaki zooming pada hidung , mulut dll. Kalau memuji, pasti menyebut secara spesifik, misalnya mata kita cantiklah, hidung kita mancunglah dll.
Tapi jangan lupa, kerana perbezaan ini jugalah kita lebih mudah menyesuaikan diri. Pandai suaikan diri dalam apa jua keadaan. Tak hairanlah ramai wanita yang berjaya selepas hidup sendiri! Dugaan yang menimpa buat ibu tunggal lebih kuat demi anak-anak setelah ditinggal suami.


Walau apapun, pasti ada hikmahnya Allah jadikan otak kita sedemikian rupa..agar saling melengkapi kelemahan masing-masing. Sebab itulah kita dijodohkan dengan orang yang berbeza karektor. Seperti kata TTM dulu, perkahwinan adalah penyatuan kepada dua perbezaan. Perbezaan ini seharusnya menjadi asas yang kuat dalam penyatuan jiwa ..bukan alasan untuk kita bertegang urat agar tidak tercalar ego..akhirnya membazirlah wang beribu ketika berkahwin dulu!

Monday, October 27, 2008

POLIGAMI




Teman baik erisya meminta pandangan tentang POLIGAMI. Isu yang boleh membuat mana-mana isteri berkipas kerana kepanasan! Bagi erisya, jika seseorang gadis sanggup menjadi isteri kedua, dia harus berhadapan dengan isteri tua, anak-anak , penyakit si suami (maklum, dah berusia!) dan kedudukan kewangan si suami (jika masih ada anak yang belum lepas). Sanggupkah? Jika sanggup, pertimbangkan pula pengorbanan rasa bila suami tiada di sisi di saat kita memerlukan. Lagi satu, sesuatu yang paling penting, kita berkahwin untuk berkongsi kasih..bukan merampas! Besar dosanya jika kita membuatkan suami tidak adil terhadap isteri tua dan anak-anak. Harus menasihati suami jika dia hanya melebihkan kita sebagai isteri muda...bolehkah kita dan suami berlaku adil??
Sanggupkah kita terjun bersama suami ke lembah neraka di atas ketidakadilan dan kezaliman ke atas isteri tua dan anak-anak?

Kejayaan sesuatu rumahtangga bergantung kepada si suami..tak kiralah monogamy atau poligamy! Jika si suami betul-betul jalankan hak dan tanggungjawabnya selaku ketua rumahtangga...insyaAllah..bahagia bagaikan di syurga. Anak saudara juga punya tiga isteri...bila balik kampung beraya kesemua isteri dibawa bersama...okay jerrr! Kesemua isteri tinggal di bangunan yang sama. apartmen paling atas, didiami oleh isteri pertama. Ditingkat bawah, isteri kedua dan di bawah nya pula, isteri ketiga. Yang seronoknya bila waktu makan, salah seorang isteri memasak dan panggil kesemua madu dan anak-anak untuk makan bersama! Memang menjimatkan!

Terpulanglah kepada teman baik erisya untuk membuat pilihan. Biar apapun pilihannya, erisya pasti menyokong dari belakang! Yang penting dia bahagia, tak kiralah berdua atau bertiga! Cuma yang pasti, tak semua isteri bahagia..adakala sendirian lebih baik. Namun jika Allah nak menguji, takdir siapakah nak kita dustai? Segalanya telah tertulis sejak azali...



Sunday, October 26, 2008

RELATIONSHIP

NOW I REALISED, RELATIONSHIPS ARE LIKE GLASS.
SOMETIMES ITS BETTER TO LEAVE THEM BROKEN
THAN TRY TO HURT YOURSELF
PUTTING IT BACK TOGETHER..


Esok deepavali. Tiada rancangan nak ke mana-mana. Hasrat nak bertandang ke kpg M bersama bunga 012345xxxx terpaksa dipadamkan kerana tuan rumah nak beraya ke Tanjung Karang.

Biasanya, tiap kali sebelum deepavali, erisya pasti terima hadiah satu tin marukku dari V. Walau jarak usia jauh berbeza, kami boleh berkawan baik. Sekarang V telahpun bersara. Marukku V adalah yang paling sedap pernah erisya makan! Sebelum erisya berpindah ke KL, V ada memberi resepi marukku istimewanya itu..namun erisya hanya mencubanya sekali...walau dipuji oleh kakak tapi erisya tak puas hati kerana tak sesedap hasil tangan V!

Bila dikenang semula, sejak sekolah lagi teman-teman rajin memberi erisya kuih nyonya pada tahun baru dan kuih marukku pada deepavali. Tiap kali erisya mengusung pulang kuih-kuih tu semua...opah pasti marah. Opah tak boleh terima alasan erisya bahawa semua teman erisya adalah vegetarian dan mereka amat menghormati pegangan agama erisya. Sebetulnya, opah agak alergik dengan makanan orang bukan melayu....inilah yang mengherankan erisya. Padahal opah berketurunan cina. Entah kenapa tekaknya loya jika bukan orang melayu yang masak. Pernah suami makcik yang baru masuk Islam masak kari...opah termuntah!

Suatu hari, opah nak makan pisang yang dibeli papa, erisya mengusik..." opah..jangan makan.." opah terkejut ,"haaa ngaper?" erisya jawab,"tu pisang cina!"...dan opah ketawa sambil marah-marah sayang!

Saturday, October 25, 2008

AT A DISTANCE

I always knew looking back on the tears would make me laugh, but I never knew looking back on the laughs would make me cry...

You will always be my true friend,
You know too much!!
p/s: I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.

Thursday, October 23, 2008

PENYAKIT HAIWAN

Sekarang manusia mudah dijangkiti penyakit haiwan. Selsema burunglah, penyakit anjing gila lah dan ntah apa-apa penyakit haiwan yang pelik. Sekarang heboh dengan penyakit prion pula. (sila rujuk http://www.hypro.cz/prione.htm ). Masih ingat kes penyakit Kuru di New Guinea? Amalan tradisi puak kanibal di sana adalah memakan otak sedara-mara yang telah meninggal.. Tak tahulah apa rasionalnya..tak kisahlah...tanda kasih sayang, mungkin! Akibatnya penyakit aneh telah menular.

Sebuah NGO di Jerman telah mengesahkan satu jenama makanan haiwan (animal feed) ada bahan daging binatang. Negara jiran juga mengharamkan jenama tersebut. Faham-faham ajerlah...andainya makanan itu berasaskan haiwan, siapa boleh beri jaminan haiwan tersebut sihat walafiat semasa hayatnya? Misalnya, kita beri ayam kita makan produk tersebut. Tup-tup ayam kita dijangkiti penyakit dari protin haiwan yang terkandung dalam makanan tersebut. Kemudian kita pula sembelih ayam untuk masak rendang. Kita makan. Anak kita makan. Apa akan jadi? Erisya rasa sebal kerana dah setahun produk tu dilambakkan dalam pasaran negara kita! Mereka siap upah YB Kay tut tut sebagai penasihat undang-undang!

Awatlah kita tak reject ajer produk tu dari pasaran tu macam LionCity jiran kita tuh? Mentang-mentang kita ni negara ketiga...jadi tempat buangan produk sampah negara maju kah? Fuhhhh...jap... nak berkipas sat. Panas! Walau produk itu tiada bahan lembu seperti yang ditakuti oleh FDA tapi ia ada bahan haiwan lain..termasuk BABI! Umum sudah tahu babi ni binatang tegar. Susah nak dapat penyakit biar pun banyak ntah apa-apa kuman dalam badannya. Maklum lah, sistem imunitinya kuat...tapi bagaimana dengan kita?

Maaf, erisya tak boleh nak sembang panjang2. Nanti YB Kay tut tut saman erisya pulak. Tapi sebagai muslim, erisya nak syorkan cara yang paling selamat dan mudah...marilah kita cari ayam kampung organik buat santapan. Eh! erisya tak ada share ngan Dr tuh ...sekadar nak berkongsi 'open secret' kes lambakan produk 'sampah' di negara kita ni. Itu ajer.

Di mana nak cari ayam organik? Kita bermula dengan klik
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/ dan banyak lagi website tentang ayam organik ni yang kita boleh cari.

Tepuk dada tanya selera!


p/s: ...terikat kaki dan tangan! apakan daya, erisya cuma kuli!

NIKKO, JEPUN







Kali ini erisya paparkan foto pemandangan musim luruh di Nikko, Jepun. Foto ini dirakam oleh anak dara S yang baru berusia 13 tahun. Wahhh Kecil-kecil dah pandai menghargai alam ciptaan Tuhan..bolehlah geng ngan aunty nanti !


Untuk maklumat lanjut, sudi-sudilah layari


Erisya juga sukakan pemandangan musim luruh. Semasa di Tokyo dulu, musim luruh baru nak bermula. Tak semua dedaun bertukar warna..masa tu brrrrrr ..sejuk betul. ..nasib baiklah H menghadiahkan jaket tebal..kalau tak..pasti lari malam ke Okinawa! Tak tahan sejuk!
Sebetulnya erisya tidak begitu sihat ketika itu. Batuk tak berhenti. Puas ke klinik dan hospital namun semua ubat tak serasi. Malah H telah memberi ubat yang dibawanya dari Indonesia...habis sebotol, tak sembuh juga. Hampir saja erisya menarik diri dari rombongan ke Tokyo/Kyoto. Syukur, erisya akur dengan pujukan mereka..kalau tidak, tak dapatlah erisya ke Disneyland!


p/s: teringat lagi betapa terperanjatnya erisya bila membaca arahan di botol ubat: "minum satu senduk " ..haaaa? satu senduk? rupanya senduk = sudu dalam bahasa kita hehehe. Syukur mempunyai adik yang prihatin di sana..meski bukan satu negara!

Wednesday, October 22, 2008

Pulau pandan jauh ke tengah
pokok kelapa bercabang dua
hancur badan dimamah tanah
nama yang baik dikenang jua


Dua batang pokok kelapa. Sama tapi tak serupa





Warna-warna daun kehidupan.


Erisya suka ambil foto alam semulajadi. Foto bisu yang boleh bercerita seribu kisah. Foto-foto ini erisya ambil ketika berjalan-jalan di sekitar BBB. Tanpa sengaja erisya terlihat pokok kelapa bercabang dua. Mungkin bagi pokok kelapa itu suatu kecacatan, namun bagi insan ianya sesuatu yang amat istimewa.
p/s: tak pandai berpantun

Tuesday, October 21, 2008

PENGGALI KUBUR

Erisya ingin berkongsi cerita tentang seorang penggali kubur di kampung. Ooopps! kisah ini tiada kaitan dengan penggali kubur di blogdrive yang tidak sukakan sajak (peminat pantun no1) tuh.

Penggali kubur ini bukan orang melayu. Telah berpuluh tahun menggali kubur saudara seagamanya yang terletak bersebelahan dengan perkuburan orang Islam. Suatu hari, penggali perkuburan Islam meminta bantuannya menggali kubur jenazah Islam. Kerana kesihatannya tidak mengizinkannya menggali kubur.

Tidak lama kemudian, penggali kubur bukan Islam tadi mengucap dua kalimah syahadat! Gempar! Angin tidak, ribut tidak dia bertukar akidah. Bila ditanya, dia menceritakan bahawa dia mendapat hidayah ketika membantu kawannya menggali kubur. Terbau wangian di dalam tanah yang digali. Malah ada angin sejuk keluar dicelah-celah lubang di dinding kubur tersebut (seperti air-cond.). Tak pernah dia merasakan begitu nyaman dan tenang menggali kubur!

Kata orang jika jenazah adalah orang yang baik, semua urusan pengkebumian akan dipermudahkan. Erisya kagum, Allah telah memberi hidayah kepada seseorang berkat amalannya meski selepas kematiannya!

Abu Rafi' meriwayatkan sabda rasulullah saw: "Sesiapa yang memandikan mayat dan menyembunyikan aibnya, maka Allah akan mengampuni sebanyak 40 dosa besar daripadanya dan sesiapa yang menggali kubur bagi saudaranya, sehingga dia turun menimbusnya, maka seolah-olah dia membuat rumah baginya, yang tahan sehingga saudaranya dibangkitkan".

p/s: kisah ini telah berlaku berpuluh tahun dahulu. Diceritakan kepada erisya oleh seseorang yang bertanggungjawab ke atas kes ini. Terdapat masalah 'teknikal' ketika penggali kubur itu ingin menukar status agama anak-anaknya. Bagaimanapun, kes itu telah selesai dengan baik.

FRIENDS


FRIENDS ARE THOSE WHO KNOW THE SONG
IN YOUR HEART AND CAN SING IT BACK TO YOU
WHEN YOU HAVE FORGOTTEN

YAMASHITA PARK, YOKOHAMA



Erisya rasa seolah mendapat hadiah bila terima foto-foto indah dari S. Maklum, erisya tak ada rezeki nak ke sana...dapat tengok foto pun jaaadilah! Erisya tak boleh nak mengulas panjang semua gambar pemandangan yang S hantar, kerana belum menjejakkan kaki ke sana. S juga tidak bercerita panjang tentang pengalamannya. Adakala erisya sendiri tertanya-tanya, adakah S sependiam ini dulu....tak ada berita cuma foto menceritakan segala.
Semua foto ini dirakam di Yamashita Park, Yokohama.
Bagi yang berminat ke sana, silalah layari,

Monday, October 20, 2008

SYAWAL

syawal

tiap laungan takbirmu

penuh suara kemenangan

melawan dugaan

membersih ikhlas

syukuri nikmat kurnia

Maha Pencipta


syawal

meraut rindu ayah bonda

mengukir kenangan

saat indah bersama

hiasi hari yang mendatang

tatkala bersendirian


syawal

pertemuan bersaksi pusara

sendu dan air mata

pengganti bicara

rindu ayah bonda

rindu keluarga

rindu bahagia


terima kasih syawal

gema takbirmu

melaung kemenangan

menggamit kenangan

menjanji pertemuan


ErisyaNor

Petaling Jaya


Berita Harian

18/10/2008

SURAT BUAT TOK JEBAT


Tok Jebat,

Sejarahmu masih berulang
Meski ratusan tahun berlalu
bertikam saudara demi kuasa
Atas alasan setia


Tok Jebat,

Ramai kami tidak berguna
Nasib kami tidak terbela
Masih ditindas meski berkulit sama
Masih diinjak meski beragama sama.

Tok Jebat,

Darah yang mengalir di tubuhmu,
kini mengalir lagi
Tak terlihat dek mata
namun mengalir deras
di hati yang luka



Tok Jebat,

Kumalu mengaku bangsamu
Mata hanya melihat tanpa bersuara
Pinjamkanlah semangatmu
Ingin kuhunus keris pusaka
Biar tegak berdiri di dada pengkhianat bangsa!



ErisyaNor

oktober 2008

Petaling Jaya




Sunday, October 19, 2008

RINDU

Jam 11.30 malam. Baru pulang dari bertandang ke rumah teman baik , D di Subang Jaya. Kami ke sana dengan dua buah kereta iaitu konvoi dengan A sekeluarga. Tak sangka, pertemuan kami lima tahun lalu masih berkekalan hingan harini. Syukur, kami dikurniakan teman hidup yang memahami erti persahabatan.

Perjalanan ke sana, agak meriah kerana 4 orang anak A naik kereta erisya. Seronok melayani keletah mereka(usia 3 thn - 7 tahun). Terasa pula betapa sunyinya kereta kami selama ini. Sebetulnya, sejak di PP lagi, tiap kali dijemput, erisya turun ke KL menziarahi kedua-dua teman baik erisya ni. Cuma...sejak pemergian anak bongsu tiga tahun lalu, erisya tidak pernah beraya ke rumah A. Syukurlah A tak kecil hati...dia memahami perasaan erisya yang masih belum boleh melihat anak bongsunya, Hakim kerana seusia dengan anak bongsu erisya. Erisya takut tak dapat menahan kesedihan dan kerinduan. Inilah kali pertama erisya melihat wajah Hakim.

Sepanjang perjalanan Hakim dan kakaknya duduk di atas riba erisya. Sepanjang perjalanan juga erisya teringatkan si bongsu. Semasa mengelus rambut Hakim, erisya teringat bagaimana erisya mengusap ubun kepala Aqil ketika nazak dulu. Semasa tangan erisya memeluk erat tubuh Hakim, fikiran erisya memutar kembali bagaimana eratnya erisya mendakap tubuh kaku Aqil dalam perjalanan dari rumah mayat ke rumah dulu.

Tiba-tiba erisya rasa sangat rindu...rindu yang teramat-amat pada si bongsu, Aqil.

Hilang mentari

Di balik rinai hujan

Lena tidurmu

Dihembus doa bonda

Hingga ke langit tujuh



TEMAN LAMA

Beberapa hari dulu, tanpa diduga erisya terima panggilan telefon seorang teman lama ketika bekerja di minden dulu iaitu 'Datuk' DMM (harap benar-benar dapat datukship dari kerajaan negeri kelahirannya...alah..SRK pun boleh dapat!).

Mendengar kejayaan-kejayaannya, erisya tumpang gembira. Namun, ada juga sekelumit rasa rendah diri. Maklum, pencapaian karier erisya tidaklah sehebatnya. Jujur, bagi erisya kejayaan 'datuk' harus dijadikan contoh. Seorang anak kampung serba kekurangan yang berjaya menempa nama dalam dunia sains. 'Datuk' yang erisya kenali dulu adalah seorang yang 'softspoken', merendah diri, sentiasa menghulur bantuan bila diperlukan..singkat kata baik orangnya! err terlupa pula..dia juga menjadi buruan gadis-gadis. Tak larat telinga erisya dengar cerita para gadis tersebut tentang 'datuk'....bukan sebal, bukan cemburu tapi erisya kasihan kerana erisya tahu, hati 'datuk' telahpun dimiliki. Gadis cun yang telah berjaya mencuri hati 'datuk' adalah teman baik erisya juga. Banyaklah kisah suka-duka mereka berdua yang erisya kongsi bersama. [ooopps! 'datuk' jangan bimbang, erisya TAK paparkan kisah kalian berdua di sini tanpa restu empunya diri..nanti kena saman lak! ].

Walau apapun, Erisya harap, 'datuk' masih lagi insan yang erisya kenali dulu..dan erisya benar-benar gembira dengan pengalaman yang kita bertiga kongsi dulu. Semoga, saat indah akan berulang lagi!
JXJ has done extensive testing on a newly designed seat belt. Results show that accidents can be reduced by as much as 45% when the belt is properly installed. Correct installations illustrated below....... .






oopps! just kidding! jangan mare..sebetulnya, co-pilot yang peramah ni penting..agar pilot tak mengantuk. Sebab itulah suami kurang senang erisya tidur...kalau boleh dia mahu erisya membebel sepanjang perjalanan...tak hairanlah erisya hilang suara bila sampai ke PP! Nak buat camner...itu ajer yang erisya boleh bantu...nak ganti tugas pilot...erisya tak pandai memandu...setiap tahun renew lesen kereta sekadar untuk pastikan erisya masih ahli JPJ.......itu saja!

Saturday, October 18, 2008

RAKAN PENULIS


Dulu semasa remaja, erisya suka menulis. Tulis apa-apa ajer meluah segala rasa. Walau ada ramai teman, erisya lebih senang berkongsi rasa dengan kepingan kertas. (errr... itulah rahsia erisya ceria sentiasa!). Pernah dulu erisya tampal puisi erisya yang pertama (jika boleh dikatakan puisi..) di papan tanda depan meja tulis. Entah kenapa, teman baik erisya ketika itu telah mengambilnya dari papan tanda lantas mengoyaknya.. N marah dan kata coretan erisya itu entah apa-apa!

Namun yang paling malang, erisya telah membenarkan kejian N itu masuk ke minda dan hati erisya. Sejak itu, erisya hanya menampal puisi-puisi penulis terkenal di papan tanda erisya. Malah hingga harini, erisya menampal puisi yang erisya suka di papan tanda meja erisya di pejabat. Erisya menjadikan puisi mereka sebagai kaedah luahan rasa erisya.

Bagaimanapun, takdir telah menemukan erisya dengan rakan penulis. Suatu kebetulan. Tanpa disengajakan erisya terbaca puisinya dalam blog. Jujur, erisya suka dengan puisinya..ada persamaan dengan tanka. Ada unsur alam, ringkas dan makna yang dalam dan luas. (Erisya hadapi masalah nak memahami puisi yang terlalu berbunga-bunga dan sarat dengan bahasa sastera yang bombastik).

Rakan penulis telah memberi sokongan dan galakan untuk berpuisi semula. Jujur, erisya tiada keyakinan berpuisi tanpa bimbingan darinya.

Hari ini, pertama kali puisi erisya tersiar di khalayak. Itupun atas dorongan dan gesaan rakan penulis. Terima kasih, rakan penulis ; kerana melahirkan rasa bangga di atas kejayaan besar ini...kejayaan membebaskan diri dari kepompong rendah diri yang telah keras kematu bertahun lamanya! Moga erisya akan menjadi rama-rama cantik yang bebas terbang ke mana sahaja!

TERIMA KASIH RAKAN PENULIS!

THE REAL BEAUTY



You are not beautiful because I looked at your face;
but because I looked into your eyes
and I saw what was in your heart..

Seperti komen sdr pendekar, cinta dan rasa ingin memiliki adalah berbeza!



True love doesn't have happy ending; because true love doesn't end...



Friday, October 17, 2008


Life's a dance you learn as you go,
sometimes you lead; sometimes you follow.
My life is better left to chance,
I would have missed the pain,
but I would've had to miss the dance!

SAYANGKU


Abang,

terima kasih sayang

kau hulurkan tangan

di saat kusendirian

mengharap cinta tak kesampaian

Takdir kita bermula

di saat kau menjabat khadi

berpindahlah amanah

dari tangan seorang ayah

ke bahu suami

Di saat kau lafazkan akad

hatiku bergetar

kunanti penuh debar

syurgakah atau neraka

bahgiakah atau derita

syukurkah atau sesalan

menjadikanmu pilihan

Abang,

kini terima kasih kulafazkan

kerana

jadikanku temanmu

jadikanku ratumu

jadikanku ibu anak-anakmu

serta

memanggilku

teman hidupmu
Erisya Nor
oktober 2008
Bandar Baru Bangi

KASIHKU


Kuingin kau terbang

rentasi lautan luas

agar dapat kuukur

sejauh mana kasih

yang bersemi

Kuingin kau selami

jauh ke dasar hati ini

agar dapat kaucari

butiran mutiara cinta

yang tersembunyi

Kutak ingin lagi

kau menjadi bayang

yang seringkali pergi

bila cahaya menghilang

Kini

kubenar-benar ingin

kata pasti
ErisyaNor
oktober 2008
Ampang

Thursday, October 16, 2008


Berbicara tentang cinta, tiada siapa yang salah. Semua pandangan adalah betul dikutip dari pengalaman masing-masing. Erisya juga punya banyak pengalaman, ada manis, ada tawar juga pahit...malah ada yang menyakitkan. Cinta itu indah tapi kerana tersalah pilih, kesannya amat menyakitkan. Sejak peristiwa itu, erisya lebih bersikap praktikal. Walau sedalam manapun cinta erisya terhadap seseorang itu, namun jika ianya membawa derita; erisya beralih kasih kepada orang yang lebih menyintai dan sanggup berkorban agar erisya bahagia. Tiada gunanya erisya menanti sesuatu yang tidak pasti. Bila harapan timggi melangit, kekeciwaannya amat dalam bila harapan itu jatuh terhempap ke bumi.


Teman baik erisya kata erisya kuat. erisya tabah. salah tu. erisya bukan kuat .erisya bukan tabah. Tapi erisya merasakan tak perlu erisya terlalu memikirkan masalah yang sekecil ini berbanding masalah orang lain yang lebih besar! Malu rasanya menangis hanya kerana seorang lelaki (ish! buat malu kaum ajer). Jadi cara paling mudah untuk mengubati luka ialah dengan membuka hati untuk menerima cinta baru. Harus berani terima risiko. Harus memberi peluang kepada diri untuk teruskan kehidupan. Kebahagiaan bukan terletak pada cinta sahaja. Banyak cabang-cabang kehidupan lain yang boleh memberi bahagia.


Sekali lagi, memang sukar berbicara tentang cinta. Kerana cinta punya definisi yang berbeza-beza!


Misalnya, bagi seorang wanita , lelaki yang sibuk mencari wang saja tidak menyintainya kerana tak sanggup luangkan masa berkualiti dengannya demi cinta. Bagi lelaki pula, mereka bekerja keras demi memenuhi permintaan wanita yang dicintai...agar boleh beli hadiah mahal sebagai tanda cinta! Apatah lagi jika bercinta dengan wanita material!


Apa pun, setiap kali erisya merasakan kurang dicintai..erisya bertanya pada diri..bagaimana pula si dia? cukupkah perhatian erisya padanya? Bilakah kali terakhir erisya beritahu bahawa erisya menyintainya? Bila si dia kesedihan, adakah erisya ada di sisinya? Adakalanya, bila kita terlalu sibuk memikirkan kehendak diri kita, terlupa pula bahawa si dia juga punya keperluan yang sama....pernahkah kita bertanya?




Wednesday, October 15, 2008

FROM BEGINNING TO END

Lagu tema cerita Winter Sonata. Erisya suka lagu ini. Bagaimanapun, erisya kurang selesa dengan liriknya yang begitu jiwang. Bagi erisya, jika tiada jodoh...iya sudah! Percuma kita tangisi. Yang patah kantumbuh, yang hilang pasti kanberganti! Bohonglah jika kita boleh melupai segala kenangan, namun kita harus hargai insan yang telah ditakdirkan untuk kita. Jodoh adalah hak Allah. Antara insan berjuta, dialah yang menjadi jodoh kita...pasti ada hikmah di sebaliknya, tak gitu? Lagian, apakah kita pasti akan bahagia bersama pilihan hati? Bukankah Allah selaku Maha Pencipta lebih mengetahui?

Cinta seharusnya membahagiakan..jika derita, itu bukan cinta namanya.

terjemahan lagu ini:

You will never come back to me
Please stop comforting me like this
If I cant see you again
Really wanna forget
All about you that hold me
Whenever I wanna laugh
You make me cry
You keep me from doing even one thing as I want
Whenever I miss you, I break down like this
I didn't realize loving someone is so hard like this.

AKEBONOYAMA PARK, KASHIWA





Kalini S telah bermurah hati menghantar foto Akebonoyama Park untuk dikongsi bersama. Menurutnya, pokok-pokok bunga ditanam mengikut musim. Misalnya di musim panas mereka menanam himawari (bunga matahari), di musim sejuk menanam tulip dan seterusnya. Itu sahaja catatan S. Selebihnya S suruh erisya lihat sendiri di www.akebonoyama-nougyoukouen.jp
Tak sangka ya, sekarang S suka mengambil foto pemandangan pula...pastinya telah penat berposing sakan di sana!
p/s: terima kasih daun keladi, nanti hantarlah lagi!

PURNAMA


Bulan purnama
Sejengkal di kepala
Bias cahaya
Terang titian rindu
Di antara benua
Ramai ingin menjadi mentari yang menerangi harimu,
tapi kuingin menjadi purnama yang menyinari kegelapan malammu..

Tuesday, October 14, 2008

JANTUNG




Air sejuk (ais?) melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Akibatnya ia melambatkan lagi proses pencernaan. Bila gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Oleh itu disarankan untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung
–Tanda serangan jantung bukan sahaja pedih dan menyesakkan pada sebelah kiri dada. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit jantung terkena serangan ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih tinggi peluang untuk anda terselamat.

Erisya bukanlah pakar perubatan namun, rasanya tak salah sebarkan maklumat yang erisya terima melalui emel ini. Siapa tahu maklumat ini boleh mengurangkan bakal pesakit jantung!

Musim berganti
Bunga mekar kembali
bertemu lagi
hanya mata bicara
ungkap segala rasa
Sebagai memenuhi permintaan kak sakura, erisya nak bercerita tentang bunga 012345 pula. Kisahnya berbeza dengan erisya. seorang teman baik telah memperkenalkan C kepada erisya manakala bunga 012345 berkenalan dengan uvwxyz tanpa melalui orang tengah. Secara kebetulan mereka bertemu ketika menguruskan satu jamuan. Dipendekkan cerita (erisya skip part mereka berduet sambil menari keliling pokok!), uvwxyz mula mengajar bunga 012345 menjadi tarzan sejak pandang pertama. Tiap kali erisya telefon, pastilah mereka berdua sedang bergayut!


Tidak seperti C, uvwxyz fasih berbahasa melayu. Malah pandai beri 'ceramah agama' pada erisya (telah lama memeluk agama Islam). Kalau dengar uvwxyz berceramah, tak sedar 4 jam telah berlalu! Sejauh mana, perhubungan mereka berdua, terpulanglah kepada jodoh. Namun yang pasti, nada deringan bunga 012345 telah bertukar dari lagu Hindi 'Mohabbatein' kepada lagu mandarin!

p/s: Saranan erisya buat bunga 012345, berilah pantun ini buat si dia

I give you my heart

You give me your hand

You break my heart

I 'll break your hand



Tadi erisya menyelak-nyelak helaian album lama. melihat-lihat gambar ketika di bangku sekolah dulu. Betapa riang dan polos kami ketika itu. Erisya mendapat pendidikan awal di sekolah perempuan. Dari darjah satu sehinggalah Tingkatan 5, erisya tidak pernah bersekolah campur. Seronok betul masa tuh...maklum, tiada pelajar lelaki, kitalah hero! Erisya akui agak nakal ketika itu. Namun syukur, masih disayangi guru. Kata orang tak berkat belajar kalau guru tak suka!

Masa remaja, erisya lebih suka menghabiskan waktu di sekolah berbanding di rumah. Bila dah siap semua kerja rumah dan menelaah pelajaran, barulah erisya pulang. Erisya baik dengan seorang kakak senior ni. Kami banyak berkongsi kesedihan. Suatu hari kami telah diajak oleh sister yang mengajar kami menghilangkan kesedihan di chapel. Menurutnya, hanya Tuhan yang boleh menghilangkan kegundahan. Kakak senior setuju. Namun erisya masih ragu. Erisya takut! Erisya tak pernah masuk ke dalam chapel sebelum ini. Sekadar mengintai dari luar saja. Dengan rasa bersalah, erisya terpaksa melepaskan kakak senior masuk ke dalam chapel seorang diri. Erisya tak tahu nak buat apa. Akhirnya menunggu di luar macam orang bodoh. Tiba-tiba kakak senior keluar dengan tangisan. Erisya terkejut dan mengejarnya dari belakang. Akhirnya, erisya berjaya juga menangkap butir percakapannya dalam sedu-sedan. Erisya tanya, kenapa dia meluru keluar chapel sambil menangis. Kakak senior kata, semasa berada dalam chapel tiba-tiba dia terdengar suara azan! Eh! tak mungkin. Erisya tak percaya. Di kawasan sekolah kami mana ada surau atau masjid! Namun, dari air muka kakak senior, erisya tahu dia tidak berbohong. Peristiwa itu menyentuh perasaan erisya. Terasa betapa Allah amat menyayangi kakak senior.Terselamatlah akidahnya
Sejak itu, kakak senior mula berubah. Sudah pandai berbaju kurung. Erisya?masih seperti dulu, rimas ! Tiap hari masih berpinafore dengan rambut berdandan dua kiri dan kanan.

Suatu hari, ketika berjalan pulang ke sekolah..erisya terdengar suara seorang lelaki menegur, " kenapa tak pakai pakai baju kurung..kan manis?"
Erisya terkejut dan mengangkat kepala..namun hanya nampak belakangnya saja. Dia mengayuh basikalnya, perlahan. Erisya tak tahu budak sekolah mana. Erisya tak pernah tahupun kewujudannya di dunia ini...tiba-tiba saja menegur erisya ! Tapi yang peliknya, erisya rasa malu ..teramat malu kerana ditegur begitu. Teruk sangatkah penampilan erisya? keesokan harinya, buat pertama kalinya erisya tak rimas lagi berbaju kurung!

Itulah detik mulanya erisya berubah. Selama ini, keluarga teman-teman hairan kenapa erisya tidak pernah menjamah nasi di rumah mereka..manalah mereka tahu erisya ni orang melayu tak boleh makan lauk yang tidak disembelih!

Bagaimanapun, erisya bersyukur. Kedua-dua peristiwa itu telah membuka minda . Itulah detik mula erisya mencari diri.

Lima tahun kemudian, guru bahasa Inggeris pula menawarkan RM1000 dan tempoh masa sebulan untuk berfikir bertukar akidah. Namun erisya menjawab bahawa erisya tak perlu masa untuk berfikir kerana telahpun membuat pilihan. Hidup dan mati, biarlah dalam Islam.

(selepas peristiwa itu, erisya cuma dapat "C" dalam peperiksaan bahasa inggeris walau pun erisya yakin boleh menjawab soalan dengan baik. Guru itu juga tidak menghiraukan erisya lagi. Tak pernah lagi berbual mesra seperti sebelumnya. Teman baik erisya menggesa agar erisya mengadu kepada pihak atasan, namun erisya malas nak memanjangkan cerita).

p/s: Sebab itulah bila berhadapan dengan C dulu, erisya tidak sekalipun berasa ragu untuk berpisah. Erisya juga tidak mengharap agar dia memeluk Islam demi erisya. Biarlah dia menjadi Islam kerana cintanya pada Allah, bukan kerana cinta kepada seorang wanita seperti Erisya!

buat bunga 012345...syukurlah, meski berbeza budaya tapi satu negara, satu agama!


Monday, October 13, 2008



Ayah Abu Laits as-Samarqandi bercerita kepada anaknya tentang seorang nabi (yang bukan rasul) yang menerima wahyu dalam mimpi. Dalam mimpi itu, nabi tersebut menerima perintah yang berbunyi," "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."



Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya adalah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan, "Aku diperintahkan memakan pertama aku temui. Aneh . Ini adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan". Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.



(fotot:www.kochi-u.ac.jp)



Kemudian nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.





Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Lantas, nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya.



(foto:KinsPop&am on flickr)



Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.



(foto:enton_89 on flickr)

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu, nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.


Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.


Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.



Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."



BUAT YANA



Never regret anything that made you smile.






Sempena Sister Day sedunia, erisya ingin tujukan ucapan ini kepada adik tersayang, Yana. Terima kasih kerana masih mengingati. Jarak dan masa tidak akan merubah kasih yang termateri di sanubari. Jangan sesekali lupa, di sini ada seseorang yang mendoakanmu sentiasa.


JEMPUTAN




Tadi pagi baru sempat buka emel lama. Rupanya erisya terima berita yang sangat menggembirakan. Doa erisya telah termakbul. H selamat melangsungkan pernikahannya. Malangnya tahun ini Erisya cuma dapat 9 hari cuti rehat. Campur tolak , tinggallah 2 hari cuti untuk sampai ke bulan disember. Tak mungkin erisya boleh menghadiri perkahwinannya walau hati ingin meraikan bersama-sama. Kata orang, alang kepalang ke sana, biarlah habis 4G memory card!

Oleh kerana H sangat sibuk sekarang (maklumlah penganten baru), erisya masih belum berkesempatan nak interview H tentang isterinya itu. Mungkin gadis yang erisya kenal, mungkin juga tidak. Bagaimanapun, erisya yakin, H telah membuat pilihan yang tepat dan berdoa agar mereka berdua bahagia dan dikuriniakan anak yang ramai dan soleh. H yang erisya kenali adalah seorang adik serta om yang baik dan penyayang. Pasti dia akan menjadi suami dan ayah yang baik kelak, insyaAllah!





Buat H,


Selamet kanggo manten anyar, mugo-mugo dadi keluarga sing sakinah tenterem ayem selawase..

Sunday, October 12, 2008

PHYTON

Video seekor ular sawa yang sangat panjang. Cuba cari kepalanya jika boleh!

Video ni dihantar oleh adik bujang erisya. Bukannya dia tak tahu erisya geli lihat ular! Tapi itulah kan, bila tahu kelemahan kita, lagi ramailah yang nak mengusik!

Teringat ketika tinggal di PP dulu. Erisya tinggal di kuarters kerajaan. Suatu hari ramai apek dan nyonya berkerumun di tepi longkang besar. Erisya tanya kepada salah seorang yang berkerumun, "a i , mereka tengok apa ya?"

Nyonya tu jawab, "ular ada kaki!"

Ish! dahsyat tuh! Ular ada kaki! Erisya pun dengan bersemangatnya turut serta dalam kumpulan tu nak melihat ular ada kaki.

Rupa-rupanya seekor biawak yang sangat besar tersangkut kat longkang tuh! alahai! biawak rupanya. Tapi bila diteliti, memanglah rupa biawak tu macam ular, cuma berkaki empat sahaja. Tak tahulah, mungkin jika diterjemah bahasa Hokkien ke Bahasa Malaysia, biawak menjadi "ular ada kaki"!

Hmm..buat penat jer erisya berkerumun sama!


Rembesan air
Sejuk membasah pipi
Sendiri lagi
Tunduk merapat dahi
Basuh luka di hati
foto: SomeGuyinSimi on flickr


Khalid bin Maisarah telah bercerita berkenaan seorang sahabat yang selalu meriba anaknya ketika menghadiri majlis ilmu rasulullah saw. Suatu hari anak itu telah meninggal dunia; sejak itu, sahabat itu tidak pernah lagi datang ke majlis rasulullah saw. Rasulullah saw memanggil sahabat itu dan bertanya,

" Wahai sahabat, manakah yang lebih engkau sukai, bersama anak seumur hidupmu atau anak menunggumu di pintu syurga serta membuka pintu untukmu?

Jawab sahabat itu, " Ya rasulullah, pastilah kulebih suka dia menungguku di pintu syurga!"

Maka rasulullah saw bersabda, " Itulah yang akan terjadi kepadamu serta anak kesayangmu itu".

Mendengarkan itu, seorang lelaki dari golongan ansar bertanya apakah ianya khusus untuk sahabat itu sahaja.

Rasulullah saw menjawab, " Hal ini berlaku untuk semua muslim yang kematian anaknya."




(HR an-Nasai dan Baihaqi)




Sabda rasulullah saw, " Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-Nya, yang tidak mungkin dicapai dengan amalnya maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah berikan ketabahan dan dengan kesabarannya itu ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan Allah azzawajalla bagi dirinya".




(Ibn Abiddunya dalam kitabnya al Amradi wal-Kaffarat)

Saturday, October 11, 2008




Bulan lepas erisya berkesempatan melawat Westport dan Northport di Pelabuhan Klang. Malangnya tak sempat nak posing maut kerana terlupa bawa kamera. Sekadar menggunakan handphone saja. Westport terkenal dengan lanskapnya yang indah...ini saja yang boleh erisya kongsikan bersama kerana gambar lain adalah untuk urusan rasmi sahaja.
Susunan guni di atas adalah berisi kacang tanah yang diimpot dari Indonesia oleh pengeluar kacang tanah terkenal di Ipoh. Syukurlah keadaannya bersih kalau tidak, pasti erisya terpaksa hentikan kegemaran makan kacang tanah! Namun begitu, ada juga beberapa makanan kegemaran yang erisya hentikan kerana statusnya amatlah diragukan!
Bagi para guru, amat bagus membawa anak-anak muris ke sana. Banyak perkara menarik yang boleh dipelajari di sana. Erisya juga bercadang mahu ke sana lagi..kali ini erisya pastikan bersama kamera!



Ini adalah ruang pejabat JICA di Jalan Ampang. Ke sana kerana temani kawan erisya yang ingin bertanyakan peluang melanjutkan PhD di negara Jepun. Erisya tertarik dengan gaya hiasan dalamannya terutamanya hiasan bunga. Begitu indah! Dah dua kali erisya belajar ikebana. Kali pertama di Jepun bersama seorang penulis buku ikebana terkenal. Kali kedua di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya semasa Hari Kebudayaan Jepun. Hmm (sigh!)...masih tak pandai-pandai lagi!

HIMAWARI












Kali ini S menghantar foto himawari (bukan adik shin chan! ) iaitu bunga matahari. S bersama keluarga berpeluang melawat ladang himawari di Sera Highland Farm di Hiroshima pada musim panas. Tak pernah erisya lihat bunga sebesar ini! Hmm...rasanya erisya akan histeria melihat bunga-bunga yang indah itu jika ada bersama mereka di sana! Walaupun, bunga mawar pink adalah pilihan utama, namun erisya masih boleh menikmati keindahan bunga matahari. Ia menimbulkan suasana ceria dalam / luar rumah.