Berbicara tentang cinta, tiada siapa yang salah. Semua pandangan adalah betul dikutip dari pengalaman masing-masing. Erisya juga punya banyak pengalaman, ada manis, ada tawar juga pahit...malah ada yang menyakitkan. Cinta itu indah tapi kerana tersalah pilih, kesannya amat menyakitkan. Sejak peristiwa itu, erisya lebih bersikap praktikal. Walau sedalam manapun cinta erisya terhadap seseorang itu, namun jika ianya membawa derita; erisya beralih kasih kepada orang yang lebih menyintai dan sanggup berkorban agar erisya bahagia. Tiada gunanya erisya menanti sesuatu yang tidak pasti. Bila harapan timggi melangit, kekeciwaannya amat dalam bila harapan itu jatuh terhempap ke bumi.
Teman baik erisya kata erisya kuat. erisya tabah. salah tu. erisya bukan kuat .erisya bukan tabah. Tapi erisya merasakan tak perlu erisya terlalu memikirkan masalah yang sekecil ini berbanding masalah orang lain yang lebih besar! Malu rasanya menangis hanya kerana seorang lelaki (ish! buat malu kaum ajer). Jadi cara paling mudah untuk mengubati luka ialah dengan membuka hati untuk menerima cinta baru. Harus berani terima risiko. Harus memberi peluang kepada diri untuk teruskan kehidupan. Kebahagiaan bukan terletak pada cinta sahaja. Banyak cabang-cabang kehidupan lain yang boleh memberi bahagia.
Sekali lagi, memang sukar berbicara tentang cinta. Kerana cinta punya definisi yang berbeza-beza!
Misalnya, bagi seorang wanita , lelaki yang sibuk mencari wang saja tidak menyintainya kerana tak sanggup luangkan masa berkualiti dengannya demi cinta. Bagi lelaki pula, mereka bekerja keras demi memenuhi permintaan wanita yang dicintai...agar boleh beli hadiah mahal sebagai tanda cinta! Apatah lagi jika bercinta dengan wanita material!
Apa pun, setiap kali erisya merasakan kurang dicintai..erisya bertanya pada diri..bagaimana pula si dia? cukupkah perhatian erisya padanya? Bilakah kali terakhir erisya beritahu bahawa erisya menyintainya? Bila si dia kesedihan, adakah erisya ada di sisinya? Adakalanya, bila kita terlalu sibuk memikirkan kehendak diri kita, terlupa pula bahawa si dia juga punya keperluan yang sama....pernahkah kita bertanya?
Erisya memang benar cinta sejati sebenarnya perlukan pengorbanan....seperti lagu P.Ramli berkorban apa saja...
ReplyDeletekak sakura,
ReplyDeletememang kita perlu ebrkorban, namun adakalanya perlu juga lihat darjah pengorbanan tuh..kalau tak perlu, tak payahlah berkorban!