Semalam terima berita rumah kakak dimasuki pencuri ketika pulang ke kampung. Jiran di depan rumah juga alami nasib yang sama. Para pencuri tak sambut raya rupanya!
Erisya teringat ketika di PP dulu. Kami menyewa rumah dua tingkat di MH (berkongsi sepuluh orang). Semasa ronda-ronda di jalan belakang rumah, kami nampak lori besar parking belakang rumah jiran (selang 6 pintu). [Sampai hati jiran tak beritahu dia nak pindah rumah..kalau tak, boleh juga kami membantu!]
Tidak lama kemudian, pecahlah berita, rupanya rumah itu dimasuki pencuri! Bukan pindah rumah! Nasib baik kami tak bantu angkut barang ke lori!
Malang tak berbau, rumah kami pula menjadi mangsa. Tapi, tak lah sampai bawa lori besar kerana kami tiada barang berharga. Mulanya erisya merungut juga kat ustaz (gelaran kepada pensyarah kami), macamana pencuri boleh masuk , sedangkan rumah telah digril atas bawah. Kemudian ustaz jawab, patutlah pencuri masuk, rupanya bertawakal pada gril!
Sejak itu, tiap kali keluar rumah kami baca ayatul kursi dan amalkan doa Abu Darda setiap kali selepas solat subuh. Alhamdulillah, rumah kami tidak dimasuki pencuri lagi.
p/s: teman erisya lebih malang, pencuri memecah dinding dapur. Dah lah hilang barang, kena bina dinding dapur yang baru pula! betul-betul brutal...Bagaimanapun, syukurlah tiada nyawa yang melayang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah