Di pagi raya , erisya terima sms ucapan salam aidil fitri dari abang erisya. Abang turut selitkan renungan menjelang aidil fitri. (dia tahu adiknya ini perlu selalu diberi peringatan). Berkenaan seorang tabiin bernama Hasan Basri yang ditanya apakah rahsia zuhudnya di dunia ini, jawab Hasan Basri:
Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain; kerana itulah hatiku sentiasa tenang
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain; kerana itulah aku sibuk mengerjakannya
Aku tahu Allah taala sentiasa memperhatikanku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat
Dan aku tahu pasti kematian itu menungguku; kerana itulah aku sentiasa menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah Azzawajalla.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah