Tuesday, October 28, 2008

VENUS vs MARS


Tadi pagi ada ceramah menarik. Rupanya semasa kita masih dalam bentuk fetus, otak lelaki lebih besar sebanyak 20% dari otak kita. 'Jambatan' antara otak kanan dan kiri kita lebih tebal jika dibandingkan dengan 'jambatan' otak kanan dan kiri lelaki. Kita menggunakan kedua-dua otak untuk berfikir, sedangkan lelaki menggunakan otak kiri/kanan satu-satu. Justeru mereka lebih fokus dan selesaikan masalah satu demi satu....taklah macam kita semua masalah nak fikir..sebab tu serabut! Malah kita memandang sesuatu secara keseluruhan tidak seperti lelaki. Misalnya kita memandang keseluruhan wajah, tapi lelaki zooming pada hidung , mulut dll. Kalau memuji, pasti menyebut secara spesifik, misalnya mata kita cantiklah, hidung kita mancunglah dll.
Tapi jangan lupa, kerana perbezaan ini jugalah kita lebih mudah menyesuaikan diri. Pandai suaikan diri dalam apa jua keadaan. Tak hairanlah ramai wanita yang berjaya selepas hidup sendiri! Dugaan yang menimpa buat ibu tunggal lebih kuat demi anak-anak setelah ditinggal suami.


Walau apapun, pasti ada hikmahnya Allah jadikan otak kita sedemikian rupa..agar saling melengkapi kelemahan masing-masing. Sebab itulah kita dijodohkan dengan orang yang berbeza karektor. Seperti kata TTM dulu, perkahwinan adalah penyatuan kepada dua perbezaan. Perbezaan ini seharusnya menjadi asas yang kuat dalam penyatuan jiwa ..bukan alasan untuk kita bertegang urat agar tidak tercalar ego..akhirnya membazirlah wang beribu ketika berkahwin dulu!

5 comments:

  1. Anaku arisya,

    Kekuatan ikatan rumah tangga ialah di atas paduan dua krektor yang berbeza dan dua pandangan berbeza.

    Berbezaan inilah yang menjadi asas kepada ikatan utuh sebuah rumah tangga. Dan perbezaan inilah juga yang meruntuhkan sekiranya kebijaksaan tidak dimanafaatkan.

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah Lelaki adalah ketua keluarga....dan Lelaki adalah Khalifah....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. 1. Betul kata uncle tuh. Pokok pangkalnya terpulanglah kepada kebijaksanaan kita nak manipulate perbezaan tersebut.

    2. Terima kasih anon. kerana memebri response

    3. Betul kak sakura. seharusnya lelaki lah ketua keluarga tapi di akhir zaman ni ADA suami yang melepaskan tanggungjawab tersebut kepada isteri.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah