Monday, October 27, 2008

POLIGAMI




Teman baik erisya meminta pandangan tentang POLIGAMI. Isu yang boleh membuat mana-mana isteri berkipas kerana kepanasan! Bagi erisya, jika seseorang gadis sanggup menjadi isteri kedua, dia harus berhadapan dengan isteri tua, anak-anak , penyakit si suami (maklum, dah berusia!) dan kedudukan kewangan si suami (jika masih ada anak yang belum lepas). Sanggupkah? Jika sanggup, pertimbangkan pula pengorbanan rasa bila suami tiada di sisi di saat kita memerlukan. Lagi satu, sesuatu yang paling penting, kita berkahwin untuk berkongsi kasih..bukan merampas! Besar dosanya jika kita membuatkan suami tidak adil terhadap isteri tua dan anak-anak. Harus menasihati suami jika dia hanya melebihkan kita sebagai isteri muda...bolehkah kita dan suami berlaku adil??
Sanggupkah kita terjun bersama suami ke lembah neraka di atas ketidakadilan dan kezaliman ke atas isteri tua dan anak-anak?

Kejayaan sesuatu rumahtangga bergantung kepada si suami..tak kiralah monogamy atau poligamy! Jika si suami betul-betul jalankan hak dan tanggungjawabnya selaku ketua rumahtangga...insyaAllah..bahagia bagaikan di syurga. Anak saudara juga punya tiga isteri...bila balik kampung beraya kesemua isteri dibawa bersama...okay jerrr! Kesemua isteri tinggal di bangunan yang sama. apartmen paling atas, didiami oleh isteri pertama. Ditingkat bawah, isteri kedua dan di bawah nya pula, isteri ketiga. Yang seronoknya bila waktu makan, salah seorang isteri memasak dan panggil kesemua madu dan anak-anak untuk makan bersama! Memang menjimatkan!

Terpulanglah kepada teman baik erisya untuk membuat pilihan. Biar apapun pilihannya, erisya pasti menyokong dari belakang! Yang penting dia bahagia, tak kiralah berdua atau bertiga! Cuma yang pasti, tak semua isteri bahagia..adakala sendirian lebih baik. Namun jika Allah nak menguji, takdir siapakah nak kita dustai? Segalanya telah tertulis sejak azali...



7 comments:

  1. Ikut saja perintah Tuhan. Kemampuan/Keadilan menjadi kriteria utama. Kalau tidak mampu dan tidak boleh berlaku adil adalah haram.

    Keadialan juga begitu subjektif dan terlalu sukar dipenuhi.

    ReplyDelete
  2. betul tu uncle. selagi terdaya, suami laksanakan perintah-Nya...bukan sahaja keadilan malah kesaksamaan. Walau erisya adalah salah seorang mangsa ketidakadilan poligami, namun erisya yakin masih ada lelaki di luar sana yang tidak 'abuse' keharusan poligami..seseorang yang berilmu dan tahu bahawa adalah haram hukumnya berpoligami jika tiada kemampuan..seperti salah satu dialog dalam filem Berbagi Suami, " jangan poligami..pusing!"

    ReplyDelete
  3. Iya jangan poligami...pusing nanti pusing2 he he he


    Betul kata uncle tidak boleh berlaku adil adalah haram....
    jadi kenalah fikir sedalam2nya sebelum mengambil keputusan....

    ReplyDelete
  4. kak sakura, erisya sedih ngan kenalan erisya (saudara baru )yg jadi mangsa poligami...akhirnya nya murtad bersama anak2...terpaksa pulang ke pangkuan keluarga.

    ReplyDelete
  5. u ni isteri yg keberapee??

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Anon., tak kiralah isteri yang ke berapa... asal tahu hak seorang isteri :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah