Friday, October 10, 2008


Imran Ibn Hiththan bukanlah seorang pemuda yang kacak. Parasnya biasa-biasa saja. Tubuhnya juga pendek. Dah menjadi rezekinya, Allah telah menjodohkannya dengan seorang wanita yang cantik serta tinggi lampai. Suatu hari, sewaktu Imran masuk ke kamar, isterinya sedang berhias. Terpegunlah Imran melihat kejelitaan isterinya. Isterinya berasa hairan lalu bertanya, " kenapa bang?"

Jawab Imran, " Sayang semakin cantik selepas berhias"

Kemudian isterinya berkata, " Abang tak perlu bimbang lagi kerana kita berdua akan masuk syurga."

Imran Ibn Hiththan berasa gembira , " Dari mana sayang tahu hal ini?"

Jawab si isteri, " kerana abang dikurniakan isteri seperti saya lalu abang bersyukur. Saya pula diuji mendapat suami seperti abang lalu saya bersabar.Bukankah orang yang bersyukur dan bersabar dijanjikan syurga? "


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah