Ada berita yang menggembirakan erisya. InsyaAllah pada bulan depan Awang (alahhh slow loris tuh) akan bertandang ke rumah erisya beberapa hari. Bolehlah kami sekeluarga melepas rindu...Siaplah si awang tuh...kena posing sepanjang waktu! Dengar citer, si awang bukan main nakal lagi. Ada sekali dia cuba membuka mulutnya di hujung jari kaki anak tuannya....baru si Awang nak ngggaaaappppp, tuannya tersedar lalu bertanya," Ep! hang buat apa tuh?" Apa jawapan di Awang???
Dia pusing kepala dan pura-pura tidur! Begitulah perangai si Awang..kalau ada yang tak kena terus pejamkan mata buat dek jerrr. Bila kita mengalih pandangan, bulat matanya memandang!
Nampaknya kenalah erisya sediakan makanan kegemarannya...pulut sekaya, talam muka, buah rambutan, kek pisang....ehhh macam nak menyambut anak pulang pula!
Lagi satu berita yang mengujakan, bulan depan juga erisya akan menziarahi anak-anak landak yang kami pelihara...tak sangka semua landak yang kami kahwinkan beranak serentak! Masing-masing ada baby kembar! Eeee cute nyer..tak sabar erisya nak tengok! InsyaAllah nanti erisya akan ambil gambar mereka sepuas-puasnya!
Buat bunga 01235...jemputlah datang bermain ngan Awang!
Erisya akak nak ikut tengok anak2 landak tu ya jangan lupa ajak akak nanti.Si awang tu akak nak jumpa he he he
ReplyDeleteAlong dulu ada minah nama Reckle tapi sudah lama mati tercekik. Memang kami sedih, lebih-lebih Along dam Adik yang sentiasa memanjakan si Reckle.
ReplyDeleteUncle pun rasanya tidak mahu ingat tentang tu. Uncle sedih bukan Reckle mati tetapi sedih bila bayangkan perasaan Along dan Adik..... itulah perasaan seorang bapa terhadap anaknya. Tapi adakah anak-anak juga mempunyai perasaan yang sama terhadap ibu dan bapanya?
kak sakura,
ReplyDeletesori erisya jemput bunga 012345 terlupa pula kat kak sakura...insyaAllah kami nak pergi hujung minggu nnati selepas supervisor erisya pulang dari New York nanti...kita balik hari...tak tidor di sana. TK sudi menemani :)
uncle,
ya..tiada siapa tahu perasaan ibu bapa hinggalah mereka mempunyai anak sendiri.Walau bertahun, namun saat pertama kali menatap mata anak masih segar di ingatan :)
sdr mountdweller kehilangan memang amat pedih dan menyakitkan....
ReplyDeleteuncle...lupa pula nak tanya...minah tu haiwan jenis apa? dulu supervisor erisya bela anak musang...punyalah manja...suka makan KFC!
ReplyDeleteReckle tu monyet jinis ekor pendek/beruk betina. Kami bela dia dari sebesar lengan budak lagi dengan susu dumex.
ReplyDeleteDia cukup manja dengan kami semua terutama along dan adik. Dia jenis yang cerdik. Tidur beralas, ada bantal dan ada teddybear. Tidak makan pisang dan nasi. Makanan dia roti. buah kegemaran dia apple dan strawberry. Kalau makan gireng pisang, pisang dibuang dan dia makan tepung yang ranguk tu saja.
Kueh kegemaran dia "akok". Pandai on-off tv. Pandai buka sliding door dan pintu kereta. Tak tahu memanjat dan tidak mahu berjalan di atas tanah.
Kami pakaikan lampin pakai-buang dan pakaikan baju dan seluar pendek. Suka memeluk dan mencium orang.
wahhh...cerdiknya reckle...nasib baik tak suka makan strawberry celup coklat ;)
ReplyDeleteHaiwan juga pandai menghargai kasih-sayang, kan? uncle tak simpan ka foto reckle?
p/s: baru erisya tahu, beruk juga dipanggil minah. tapi minah ni jenis haiwan yang ganas kan uncle? pernah tak dia mengamuk?
Nanti uncle paparkan gambarnya di blog uncle. Dia tidak pernah ganas, terlalu manja.
ReplyDeleteuncle..ok, kami menunggu paparan gambar reckle...
ReplyDelete