Wednesday, September 29, 2010

SYUKUR...!

Syukur...akhirnya Erisya kembali bertugas harini..selepas sekian lama 'cuti raya'! Memang pecah rekod peribadi sebab tak pernah cuti raya lama camni! 8 hari dapat MC! Pada hari ke 8 barulah disahkan Erisya mengidap denggi! Tu pun lepas ke hospital lain untuk dapatkan 2nd opinion..

Terima kasih di atas ucapan, doa dan petua yang teman2 berikan dalam catatan yang lepas...Semoga Allah akan memberikan kesihatan yang baik buat kalian semua! Seperti kata Pak Karamu, kena minum air putih / air masak (kata orang perak) bebanyak...Erisya minum 100plus dua botol besar sehari! Errr sebetulnya, masa suami dan anak denggi dulu, Erisya paksa mereka minum air daun betik (urggghhh pahit!) untuk naikkan platlet tapi bila Erisya denggi....Erisya tak mahu minum! Bukan sebab takut pahit....alahhhh mana ada wanita yang pernah melahirkan takut pahit...maklum jenuh makan jamu masa dalam pantang! Tapi kerana Erisya tak lah di tahap kritikal lagi...walau kadar platlet turun tapi masih lagi di tahap  normal (>150) ...ok lah tuh! Cuma yang tak tahan..terpaksa tergaru-garu satu badan...malah  garu dengan ranting semambu baru puas! Gusi berdarah...Kelopak mata pulak punyalah berat....seolah2 tarikan graviti telah bertambah...asyik terlena ajer! Jadi sejak demam ni...berat badan turun banyak...maklum bukankah tidur itu salah satu aktiviti yang boleh kuruskan badan!

Dan yang paling Erisya hepi...teman baik zaman sekolah menengah datang menziarahi Erisya...kali terakhir jumpa masa kami masih di U dulu...masih anak dara trang tang tang! Rezeki...teman Erisya telah sahkan semua sijil sakit yang telah dikeluarkan oleh hospital swasta....syukur....tak perlu ke hospital kerajaan untuk cari doktor gomen lagi!

Cuma Erisya terkilan, tak jadi  buat open house tahun ni...masa dah suntuk...hanya sekadar berkongsi dengan jiran-tetangga adakan jamuan raya. Semoga teman2 Erisya memahami bahawa ketika ini Erisya masih belum cukup sihat...sampaikan rakan sekerja naik risau sebab Erisya hanya berdiam diri di ofis tadi...tidak berceloteh seperti biasa. Sedangkan selama ini, Erisya jadi tumpuan teman2 yang tengah tension kerana mereka bilang, hati kembali ceria bila dengar Erisya ketawa riang!



Buat teman2 yang mendoakan...terima lah kuntuman ini...

Tuesday, September 21, 2010

DEMAM

Harini genap 7 hari Erisya demam. Mula demam ketika sekeluarga dinner di sebuah restoran pada hari Rabu lepas (15hb Sept). Tetiba sahaja ketika makan nasi goreng hailam, Erisya tak boleh nak habiskan makanan. Rasa sakit segala sendi. Sehinggakan Erisya terpaksa berbaring dalam kereta sementara menanti anak dan suami menghabiskan makanan. Malam tuh, tak boleh tidur...menggigil walau berselimut tebal. Pelukan suami dan anak pun gagal menghentikan kesejukan yang terasa sehingga ke tulang hitam. Akhirnya petang Khamis Erisya terpaksa ke hospital bila panadol yang ditelan tidak ada kesannya. Oleh kerana kawasan Erisya ni black area wabak denggi, maka ujian darah dilakukan. Syukur, walau ada sedikit penurunan WBC  dari kadar normal...namun PLT Erisya masih ok iaitu 268 dengan suhu badan 39.5deg.

Lepas makan ubat, Erisya kebah...namun berselang-seli dengan kesejukan yang teramat-amat sangat. Hari Sabtu barulah Erisya rasa selesa..cuma rasa letih dan tak de mood nak bercakap. Petang tuh tetiba sahaja Erisya rasa gatal seluruh badan...tapi bukan rashes lebih kepada eczema. Sekali lagi, lepas solat maghrib Erisya ke hospital yang sama dengan menaiki teksi. Dr beri ubat makan..standardlah tuh...prednisolon (sejenis steroid) dan piriton yang membuatkan kita mengantuk (agar tidak rasa gatal!) serta satu tiub ubat sapu. Sejak itu, erisya terlupa jap tentang demam...tiap hari fokus pada kulit. Ish! Rasanya tak pernah seumur hidup Erisya membelek kulit sedemikian rapi selama ini! Jenis malas nak berlosyen2 sebagaimana layaknya seorang wanita...ada tidakpun, buat facial setiap tiga minggu...tu pun kat salon ajer!

Selepas eczema ilang, naik pulak penyakit rashes ...tengok tangan pun dah tak macam tangan...penuh dengan ruam halus...dengan level kegatalan yang agak sama dengan eczema! Akhirnya sekali lagi Erisya ke hospital...kalini Dr mengambil suhu badan... 38 deg! Padahal Erisya tiada simptom demam pun....badan rasa normal. Sendi tak sakit dah...hmmm...tapi takkan lah pihak hospital tak 'calibrate' alat pengesan suhu lak...so terpaksalah akur bahawa sesungguhnya Erisya masih lagi demam. Sekali lagi ujian darah dilakukan... WBC  bertambah kurang ...PLT pun dah jatuh...tapi sket jer..masih di tahap normal. Dr sahkan bukan denggi tapi demam virus. Oleh kerana kurang air dalam badan, maka terpaksalah dimasukkan NS satu botol dan satu jab untuk hilangkan ruam. Fuh! sakit gak! Sakit betul bila terasa kemasukan kedua2 ubat dan air ke urat darah....maklum kemasukan yang melawan fitrah...bukan melalui mulut!

Alhamdulillah...harini rasa ok sket walau masih tak de mood nak bercakap tapi dah ada rasa keinginan untuk menulis...hmm..tapi camner nak pastikan Erisya dah betul2 bebas demam ya...kerana meskipun tubuh tidak panas tapi panas kat dalam...urghhh...malasnya nak ke hospital lagi!


Hmm...ni baru sket jer nikmat kesihatan yang Allah tarik...gimana pula dengan teman2 diluar sana...dengan ujian yang lebih hebat...Semoga kalian semua diberikan kesembuhan serta pahala yang setimpal dengan kesabaran dan ketabahan kalian yang luar biasa! ...setiap penyakit adalah penghapus dosa......alhamdulillah Allah uji kita dengan kesakitan bukan melalui anak  ....semoga anak kita semua sihat, sihat dan tetap sihat wal afiat!


Monday, September 20, 2010

SEJAMBAK BUNGA DAN SEBUAH KRISTAL

Jambangan bunga ini tidak lagi 
memberi haruman pada taman hati
Sekiranya pernah ada cinta...ke manakah ia telah menghilang?

broken crystal Pictures, Images and Photos

Meski hanya satu hentakan lagi, 
kristal ini akan berkecai, tak mungkin lagi bisa bersambung. 
Hanya serpihan hati yang tidak mempunyai apa2 nilai lagi.

Saturday, September 18, 2010

ANTARA AKAL DAN NAFSU, LELAKI DAN WANITA

Rabiatul Adawiyah:
Hai Hassan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?

Hassan al Basri:
10 bahagian , 9 untuk lelaki dan 1 untuk wanita

Rabiatul Adawiyah:
Dalam berapa bahagiankah Allah mencipta nafsu?

Hassan al Basri:
9 bahagian untuk wanita dan 1 untuk lelaki

Rabiatul Adawiyah:
Hai Hassan. Kudapat menguasai 9 nafsu dengan satu akal, sedangkan kamu, pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.




Semoga berjaya mendidik anak menjadi lelaki idaman!

Thursday, September 16, 2010

HEPI BESDEI

Free Clipart Picture of a Birthday Cake with Candles. Click Here to Get Free Images at Clipart Guide.com

Buat pertama kalinya cuti umum jatuh pada hari lahir anak Erisya. Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, kami tidak makan angin menyambutnya. Dulu, kami suka buat kejutan dengan membawa anak makan angin. Suka melihat wajah riang anak bila sampai ke hotel...membahagiakan!

Namun hari ini, kami cuma menyambutnya di Secret Recipe sahaja kerana dah dua hari Erisya demam. Sekejap jer masa berlalu, tak sedar anak dah berusia 13 tahun. Melangkah kaki ke alam remaja. Dah nampak misai halus di atas bibir. Bila menyentuh tangannya...keras seperti tangan lelaki. Tiada lagi tangan mungil yang lembut dan berisi. Badan pun rasa tulang jer tiada lagi lemak comel yang menghiasi...Mujur muka masih belum tumbuh jerawat lagi! 

Hati berbelah bagi, gembira anak membesar di depan mata...juga sedih kerana anak kini punya dunianya sendiri. Sejak dalam kandungan lagi kami berkongsi dunia yang sama. Kini dunia kami berbeza. Dulu tak kisah Erisya menciumnya dikhalayak ramai...tapi kini siap pandang kiri kanan takut kawan nampak! Pada hal, tiap malam sebelum masuk tidur kami berpeluk dan saling memberikan good night kiss. Tidak mencari ibu lagi bila jatuh sakit. Lebih berdikari dan tidak memerlukan ibu di sisi. Dulu, tiap kali demam, pasti menyelit di tengah-tengah ibu ayah.

Erisya amat bersyukur anak tak berminat ke asrama penuh...setidak-tidaknya masih punya 5 tahun untuk bersama sebelum anak melangkah kaki ke dunia luar yang lebih luas dan menjanjikan seribu harapan meniti kehidupan dewasa. 




 p/s: adakalanya berharap ada orang tinggalkan baby di depan rumah!

Tuesday, September 14, 2010

DOA KESEDIHAN DAN REZEKI

Hari pertama bekerja selepas cuti raya. Urggghh! Jelez ngan suami dan anak yang masih sakan bercuti raya. Syukur, semua teman Erisya telah kembali bertugas. Malah ada juga yang telah membatalkan cuti raya! Begitulah keadaan kami...tak boleh nak bercuti lama2...teringatkan tugasan yang perlukan perhatian segera.

Entahlah...semenjak dua menjak ni, Erisya rasakan kesedihan yang bertamu. Merindui seseorang yang dekat tapi jauh. Kehilangan yang mungkin takkan berakhir dengan pertemuan. Dan di kala kedukaan, hanya satu tempat mengadu. Tidak seperti dulu. Mungkin dah serik atau sememangnya Erisya sudah tidak punya teman rapat lagi! Betullah kata orang, masa dan jarak boleh memisahkan dua sahabat....
Di saat kesedihan dan kebingungan Erisya memanjatkan doa Nabi Yusof (ketika terpenjara akibat fitnah). Buang segala kesedihan...usir segala keresahan...dan tanamkan di hati  bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat!


p/s: syukur doa kami termakbul...pelukan bos dengan ucapan maaf dan selamat hari raya telah menjanjikan harapan. Dan seperti biasa...hati Erisya cair dengan pelukan!

Sunday, September 12, 2010

KELAINAN...BUKAN KECACATAN

Raya tahun ni kami tidak bertemu.Giliran keluarga Along beraya di kampung sebelah ibu. Raya tahun ini juga ASTRO menayangkan filem "My name is Khan" lakonan mantap SRK. Mengisahkan watak utama yang menghidap autism (asperger's syndrome). Kisah ini menguatkan lagi ingatan Erisya pada Along.  Sedari kecil lagi, dapat Erisya rasakan sesungguhnya Along agak berbeza dengan kanak2 seusia.  Di usia 2 tahun biasanya kanak2 meminta orang lebih dewasa lukiskan gambar ...seperti anak seorang teman, minta Erisya lukis lori... Kemudian minta lukis lori ayam pulak...kemudian lori sampah dan ntah apa2 lori lagi! Semua permintaan Erisya turutkan. Urrggghhh penat jari ni melayan kerenah budak tuh. Tapi Along berbeza...Along lebih senang melukis sendiri...tenggelam dalam dunianya sendiri.  Bila memegang pensil, Along amat fokus dan tidak memperdulikan alam sekeliling...biarpun dipanggil berulang kali namun dia buat dek jer. Jika memandang kita pun tidak melihat wajah kita dengan tepat...sedangkan mata Along normal, tidak juling!

Di usia 3 tahun Along gagal menuturkan sepatah perkataan walau boleh fahami percakapan kita. Tidak sedikit air mata ibu dan ayahnya tumpah...sedih kenangkan nasib anak sulung. Selepas berusaha mendapatkan rawatan di sana-sini akhirnya, Along boleh bertutur selepas berubat dengan seorang kiai di kampung ibunya. Sebaik sahaja Along boleh bersuara, rawatan susulan diteruskan di hospital kerajaan iaitu "speech therapy". Alhamdulillah, sekarang Along sudah boleh bercakap dan mampu belajar di tadika bersama kanak2 lain. Tiada masalah belajar mengaji. Malah fasih berbahasa Inggeris! Tiap kali menonton TV, Along pasti mengajuk dialog filem tersebut.... dan ternyata Along lebih senang berbahasa Inggeris sehinggakan menelefon opah pun nak cakap omputih!

Baru2 ini, seperti biasa Along mengikut ayahnya ke surau...kebetulan mereka agak terlewat. Orang surau telah memulakan bacaan yasin. Sebaik duduk, Along menyelak2 muka surat surah yasin. Ayahnya marah. Bila diteliti, rupanya mukasurat tersebut mengandungi ayat yang sedang dibaca oleh orang surau! Menitis air mata ayahnya...air mata mahal seorang lelaki. Cemuhan orang selama ini tidak lagi berbekas di dada. Orang angkuh yang mengaku anak mereka normal pasti  tidak kanmengerti tangisan itu.

Semoga selepas ini, Along tidak lagi dibuli. Hadirnya Along di muka bumi ini tidak pernah menyusahkan sesiapa...cuma sedikit kelainan...bukan kecacatan!

Tuesday, September 7, 2010

HAPPY EID 1431H






Selamat Hari Raya Idul Fitri
Taqobalallahu Minnaa wa Minkum
Minal ‘Aidin wal Faizin
Mohon maaf di atas segala kekhilafan

buat semua teman yang berkunjung ke sini.






p/s: Terkilan tak sempat bermaafan dengan ex-boss. Beliau mula bercuti esok. Memanglah syawal sebulan, rayapun panjang...tapi apakah usia juga panjang?  

Monday, September 6, 2010

ANAK BUJANG SORANG

Semenjak cuti sekolah bermula, Erisya terasa agak sunyi di rumah. Mana tidaknya anak bujang sorang dah tak tidur di rumah. Bersama-sama rakan sekelab tidur di surau mencari lailatul qadar. Rasa tak percaya bila anak mohon izin ke surau. Teringat lagi ketika masih berusia 9 tahun, bukan main tarik muka 14 bila Erisya memaksanya join kawan2 sekolah buat solat malam di surau. Menurut anak sedara, amat sukar nak kejutkannya bangun. Dua orang tarik tangan masih tak bangun...hampir-hampir mereka nak simbah air! Sejak itu, anak serik nak join...jadi bahan ketawa kengkawan!


Memang mengejutkan...tetiba saja tahun ni, anak bukan main aktif lagi...bertadarus di sekolah dan juga surau. Alhamdulillah, kalini tiada paksaan dari ibu dan ayah! Anak sendiri yang minat nak pergi. Malah ada kanak2 berusia 8 tahun yang join mereka. Lepas dapat hadiah tadarus, kanak2 tersebut membeli kereta mainan di kedai depan. Habis qiamullai, kanak2 itu tak tidur malam...sibuk main kereta mainan baru sampai pagi! ...kegembiraan dapat mainan baru membuatkannya hilang ngantuk! [Sebetulnya Erisya kagum dengan ibu bapanya, mampu mendidik anak sekecil itu... terasa amat diri ini amat kerdil...hanya mengharap rahmat Allah ....kabulkan doa agar mendapat anak yang soleh].

Sebagaimana para ibu lain, Erisya juga tidak sunyi dari perasaan gusar...tak tahu bagaimana mahu mengurusi anak remaja. Di usia begini, anak lebih suka bersama rakan-rakan sebaya. Tak mahu ikut ke kedai atau ke rumah sedara-mara lagi. Pemilihan kasut dan pakaian raya bukan main lagi cerewet...lebih rela tak beli jika tiada yang berkenan di hati! Ada kalanya Erisya terpaksa guna kuasa veto untuk mengajarnya menerima apa yang telah ditakdirkan. Ya lah...jika kasut idaman tiada saiz, terpaksalah memilih second best. Ni baru pilih kasut...jika tak ubah perangai , nak yang itu jugak....alamatnya tak bermenantulah Erisya nanti! Mana ada wanita yang sempurna mengikut idaman hati, tak gitu? Akhirnya anak memilih kasut yang dipilih oleh ayahnya....hanya itu sahaja saiz yang bersesuaian! Walau keciwa namun anak tak membantah kerana jika tidak, tak berkasutlah raya ni....Erisya dah tak larat nak menapak cari kedai lain lagi (sebetulnya kasut raya tahun lepas masih baik lagi, namun seminggu sebelum puasa telah menjadi milik pencuri...habis 6 pasang kasut ghaib...semua kasut lelaki).

Sebetulnya Erisya tidaklah memaksa anak mengikut pilihan kami...mahu mendidiknya agar tahu membuat keputusan. Harus dengar dan pertimbangkan cadangan ibu ayah. Jangan mengikut membuta tuli atau menolak tanpa sebab yang kukuh.

Pengalaman Erisya, bukan semua orang pandai membuat keputusan. Malah ada ada bos2 yang takut nak buat keputusan. Ragu-ragu memberi arahan. Bila ditanya, bos beri ayat tergantung...akhirnya kita orang bawah yang fening bila arahan yang diberi tidak jelas dan selalu bertukar arah mengikut angin satu badan.

Semoga bila dewasa, anak Erisya mampu mempuat keputusan berdasarkan ketaqwaan....bukan emosi atau kepentingan diri. Berani membuat pilihan...andai tersasar masih ada U-turn untuk kembali.

p/s: ada sesiapa telah bertemu lailatul qadar?



Sunday, September 5, 2010

MATTA FAIR 2010

Semalam, buat pertama kalinya Erisya ke MF. Memang ramai pengunjung dan amat luas ruang pameran sehinggakan tak sedar perjalanan masa. Rambang mata! Tujuan Erisya ke sana adalah untuk membuat perbandingan harga pakej pelancungan dengan harga keluar negara sendiri..ternyata pergi tanpa agen jauh lebih murah! Sementelah pula telah ada Air Asia. Perlu sabar dan rajin menanti offer dari Air Asia dan membuat tempahan tiket, kemudian barulah hubungi agen untuk dapatkan ground arrangement. Syukur Erisya telah dapat beberapa agen di Malaysia juga di negara yang Erisya ingin kunjungi. Betul kata teman, perlu rajin buat homework barulah percutian kita berbaloi-baloi! Disamping itu, Erisya juga telah berjaya dapatkan contact person untuk meminta cenderahati buat dua orang pakar dari luar negara yang telah Erisya jemput ke jabatan....niat hati untuk memperkenalkan Malaysia tercinta! Mungkin ramai yang tidak tahu, sekiranya kita berkursus di luar negara, kita boleh mendapatkan cenderahati secara percuma untuk diedarkan di sana...sebagai promosi. Tak perlulah kita berbelanja untuk membeli cenderahati. Selain itu, Erisya turut mengumpul maklumat untuk belajar di Jepun. Ehh...bukan untuk Erisya..tapi buat anak yang telah menunjukkan minat untuk ke sana.  Mungkin juga pengalaman Erisya ke sana telah mempengaruhi anak...apa tidaknya bulan pertama sekembalinya Erisya ke Malaysia, Erisya hanya masak makanan Jepun. Maklum teman di sana rajin menghantar bahan mentah melalui pos.Dr Y pula rajin menghantar coklat yang enak-enak serta mainan kepada anak Erisya semasa belajar di sana. Masa tu anak Erisya kecil lagi..masih meminati doraemon. Namun kini anak Erisya telahpun berusia 13 tahun. Rupanya dalam diam dia telah mendaftar diri untuk belajar bahasa Jepun. Setelah lulus ujian dia terpilih untuk memulakan kelas lepas cuti raya ni. Anak siap janji akan mengajar Erisya bahasa Jepun...maklum vocab Erisya dalam bahasa Jepun semakin kurang. Rasanya anak Jepun berusia dua tahun lebih banyak vocabnya! Sebagai imbalannya, Erisya berjanji untuk mengajar anak bahasa Arab.....eh...Erisya bukannya pandai bahasa Arab. Baru sebulan belajar lughatul Quran dari ustaz Nasarudin yang mengajar bahasa arab dalam radio IKIM tuh...bukan niat nak bertutur dalam bahasa Arab (susah tau! Erisya pernah belajar Mandarin dan Jepun..bahasa Arab lah yang paling sukar!). Niat Erisya adalah untuk memahami kalamullah yang kita baca setiap hari. Bagi yang berkesempatan, belajarlah bahasa al Quran mengikut acuan kumpulan al Furqan...insyaAllah kaedahnya telah dipermudahkan...maklum di usia begini bukan mudah nak belajar! Sejak belajar, barulah Erisya tahu..betapa manja dan lembutnya panggilan Allah terhadap golongan yang beriman! Tanda kasih sayangNya yang tidak berbelahbagi..Tadi pagi, mendengar alunan bacaan surah al Hasy dan at Taghabun di TV3 membuatkan Erisya sendu...betapa lembut pujukan Allah agar kita bertakwa kepada Nya! Laksanakan suruhan dan jauhi laranganNya. Moga di pagi syawal ini kita semua dapat meraikan kemenangan dalam erti kata yang sebenarnya...bukan menarik redho yakni bermaksiat kepada Allah selepas sebulan kita mengekang nafsu  dan latihan intensif untuk beribadah. Moga puasa dan segala amal diterimaNya, aminnnn.

p/s: sedih kerana ramadhan akan meninggalkan kita...sempatkah bertemu ramadhan lagi?

Friday, September 3, 2010

SABARLAH...DUHAI HATI


Di saat kebuntuan berada di persimpangan...apakah usaha untuk berhijrah ini sebenarnya adalah keputus asaan terhadap sebuah harapan? Ramai yang telah berhijrah... membuatkan Erisya juga ingin melepaskan jawatan...sebuah keterpaksaan ... harus memilih keluarga atau karier...juga mual yang teramat sangat terhadap sandiwara segelintir manusia yang sanggup  menggadai iman ...
tergamak memperjudikan jutaan umat Islam demi menjaga hati golongan  yang mampu membayar upah peguam handalan (membuatkan kami golongan bawahan menjeruk rasa).

Moga di bulan yang mulia ini, Allah memberi kekuatan untuk menerima seadanya apa jua yang telah ditakdirkan untuk Erisya ...teruskan perjalanan hidup ini....tanpa rasa ragu atau curiga dengan ketentuanNya.....maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang!