Semalam, buat pertama kalinya Erisya ke MF. Memang ramai pengunjung dan amat luas ruang pameran sehinggakan tak sedar perjalanan masa. Rambang mata! Tujuan Erisya ke sana adalah untuk membuat perbandingan harga pakej pelancungan dengan harga keluar negara sendiri..ternyata pergi tanpa agen jauh lebih murah! Sementelah pula telah ada Air Asia. Perlu sabar dan rajin menanti offer dari Air Asia dan membuat tempahan tiket, kemudian barulah hubungi agen untuk dapatkan ground arrangement. Syukur Erisya telah dapat beberapa agen di Malaysia juga di negara yang Erisya ingin kunjungi. Betul kata teman, perlu rajin buat homework barulah percutian kita berbaloi-baloi! Disamping itu, Erisya juga telah berjaya dapatkan contact person untuk meminta cenderahati buat dua orang pakar dari luar negara yang telah Erisya jemput ke jabatan....niat hati untuk memperkenalkan Malaysia tercinta! Mungkin ramai yang tidak tahu, sekiranya kita berkursus di luar negara, kita boleh mendapatkan cenderahati secara percuma untuk diedarkan di sana...sebagai promosi. Tak perlulah kita berbelanja untuk membeli cenderahati. Selain itu, Erisya turut mengumpul maklumat untuk belajar di Jepun. Ehh...bukan untuk Erisya..tapi buat anak yang telah menunjukkan minat untuk ke sana. Mungkin juga pengalaman Erisya ke sana telah mempengaruhi anak...apa tidaknya bulan pertama sekembalinya Erisya ke Malaysia, Erisya hanya masak makanan Jepun. Maklum teman di sana rajin menghantar bahan mentah melalui pos.Dr Y pula rajin menghantar coklat yang enak-enak serta mainan kepada anak Erisya semasa belajar di sana. Masa tu anak Erisya kecil lagi..masih meminati doraemon. Namun kini anak Erisya telahpun berusia 13 tahun. Rupanya dalam diam dia telah mendaftar diri untuk belajar bahasa Jepun. Setelah lulus ujian dia terpilih untuk memulakan kelas lepas cuti raya ni. Anak siap janji akan mengajar Erisya bahasa Jepun...maklum vocab Erisya dalam bahasa Jepun semakin kurang. Rasanya anak Jepun berusia dua tahun lebih banyak vocabnya! Sebagai imbalannya, Erisya berjanji untuk mengajar anak bahasa Arab.....eh...Erisya bukannya pandai bahasa Arab. Baru sebulan belajar lughatul Quran dari ustaz Nasarudin yang mengajar bahasa arab dalam radio IKIM tuh...bukan niat nak bertutur dalam bahasa Arab (susah tau! Erisya pernah belajar Mandarin dan Jepun..bahasa Arab lah yang paling sukar!). Niat Erisya adalah untuk memahami kalamullah yang kita baca setiap hari. Bagi yang berkesempatan, belajarlah bahasa al Quran mengikut acuan kumpulan al Furqan...insyaAllah kaedahnya telah dipermudahkan...maklum di usia begini bukan mudah nak belajar! Sejak belajar, barulah Erisya tahu..betapa manja dan lembutnya panggilan Allah terhadap golongan yang beriman! Tanda kasih sayangNya yang tidak berbelahbagi..Tadi pagi, mendengar alunan bacaan surah al Hasy dan at Taghabun di TV3 membuatkan Erisya sendu...betapa lembut pujukan Allah agar kita bertakwa kepada Nya! Laksanakan suruhan dan jauhi laranganNya. Moga di pagi syawal ini kita semua dapat meraikan kemenangan dalam erti kata yang sebenarnya...bukan menarik redho yakni bermaksiat kepada Allah selepas sebulan kita mengekang nafsu dan latihan intensif untuk beribadah. Moga puasa dan segala amal diterimaNya, aminnnn.
p/s: sedih kerana ramadhan akan meninggalkan kita...sempatkah bertemu ramadhan lagi?
assalammualaikum
ReplyDeletebaru tahu kalau ke luar negara atas urusan kerja boleh mohon cenderahati dari tuan rumah...
begus ya gitu
waalaikumsalam....bukan dari tuan rumah...pohon dari tourism malaysia untuk diberi kepada tuan rumah di luar negara. malah mereka boleh pos ke alamat kita di luar negara (bg kes kursus panjang hingga 3 bulan)...masa saya kursus dulu, peserta malaysia paling sikit memebri cenderahati kepada tuan rumah berbanding negara lain...malu gak tgk gelari hadiah malaysia yang kosong. sedangkan galeri negara lain hampir penuh diisi oleh para peserta saban tahun.mungkin bukan budaya malaysian memberi hadiah...tak seperti afican, hadiah amat penting bagi mereka...sebab tu mereka amat murah hati dengan hadiah :)
ReplyDeletesALAM
ReplyDeleteADUUUYAI ! LAMANYA MENGHILANGKAN DIRI TERCARI-CARI JUGA TAPI TAK JUMPA,SEDIH JUGA RASANYA APABILA KAWAN LAMA TETIBA MUNCUL BERHUBUNG DIBULAN RAMADAN INI, HARAP eRISYA DAN KELUARGA SEMUANYA SIHAT DAN MENYAMBUT HARI LEBARAN
pegi sendiri memang lebih murah dari pegi ikut agen...banyak sangat beza nye...nak holiday ke mana kak???
ReplyDeletePak Karamu....alhamdulillah kami sekeluarga sihat. Harap Paka Karamu sekeluarga begitu juga :)
ReplyDelete@cu SaYaNg,
ReplyDeletetu lah...byk sangat plan nak jalan...kengkawan lama nak reunion di gold coast. anak lak nak ke disneyland and universal studio. akak lak tingin nak ke korea hehehe so akhirnya akak oikir yang mana dulu airasia offer akak akan ke sana hehehe...tak yah fening