Semenjak cuti sekolah bermula, Erisya terasa agak sunyi di rumah. Mana tidaknya anak bujang sorang dah tak tidur di rumah. Bersama-sama rakan sekelab tidur di surau mencari lailatul qadar. Rasa tak percaya bila anak mohon izin ke surau. Teringat lagi ketika masih berusia 9 tahun, bukan main tarik muka 14 bila Erisya memaksanya join kawan2 sekolah buat solat malam di surau. Menurut anak sedara, amat sukar nak kejutkannya bangun. Dua orang tarik tangan masih tak bangun...hampir-hampir mereka nak simbah air! Sejak itu, anak serik nak join...jadi bahan ketawa kengkawan!
Memang mengejutkan...tetiba saja tahun ni, anak bukan main aktif lagi...bertadarus di sekolah dan juga surau. Alhamdulillah, kalini tiada paksaan dari ibu dan ayah! Anak sendiri yang minat nak pergi. Malah ada kanak2 berusia 8 tahun yang join mereka. Lepas dapat hadiah tadarus, kanak2 tersebut membeli kereta mainan di kedai depan. Habis qiamullai, kanak2 itu tak tidur malam...sibuk main kereta mainan baru sampai pagi! ...kegembiraan dapat mainan baru membuatkannya hilang ngantuk! [Sebetulnya Erisya kagum dengan ibu bapanya, mampu mendidik anak sekecil itu... terasa amat diri ini amat kerdil...hanya mengharap rahmat Allah ....kabulkan doa agar mendapat anak yang soleh].
Sebagaimana para ibu lain, Erisya juga tidak sunyi dari perasaan gusar...tak tahu bagaimana mahu mengurusi anak remaja. Di usia begini, anak lebih suka bersama rakan-rakan sebaya. Tak mahu ikut ke kedai atau ke rumah sedara-mara lagi. Pemilihan kasut dan pakaian raya bukan main lagi cerewet...lebih rela tak beli jika tiada yang berkenan di hati! Ada kalanya Erisya terpaksa guna kuasa veto untuk mengajarnya menerima apa yang telah ditakdirkan. Ya lah...jika kasut idaman tiada saiz, terpaksalah memilih second best. Ni baru pilih kasut...jika tak ubah perangai , nak yang itu jugak....alamatnya tak bermenantulah Erisya nanti! Mana ada wanita yang sempurna mengikut idaman hati, tak gitu? Akhirnya anak memilih kasut yang dipilih oleh ayahnya....hanya itu sahaja saiz yang bersesuaian! Walau keciwa namun anak tak membantah kerana jika tidak, tak berkasutlah raya ni....Erisya dah tak larat nak menapak cari kedai lain lagi (sebetulnya kasut raya tahun lepas masih baik lagi, namun seminggu sebelum puasa telah menjadi milik pencuri...habis 6 pasang kasut ghaib...semua kasut lelaki).
Sebetulnya Erisya tidaklah memaksa anak mengikut pilihan kami...mahu mendidiknya agar tahu membuat keputusan. Harus dengar dan pertimbangkan cadangan ibu ayah. Jangan mengikut membuta tuli atau menolak tanpa sebab yang kukuh.
Pengalaman Erisya, bukan semua orang pandai membuat keputusan. Malah ada ada bos2 yang takut nak buat keputusan. Ragu-ragu memberi arahan. Bila ditanya, bos beri ayat tergantung...akhirnya kita orang bawah yang fening bila arahan yang diberi tidak jelas dan selalu bertukar arah mengikut angin satu badan.
Semoga bila dewasa, anak Erisya mampu mempuat keputusan berdasarkan ketaqwaan....bukan emosi atau kepentingan diri. Berani membuat pilihan...andai tersasar masih ada U-turn untuk kembali.
p/s: ada sesiapa telah bertemu lailatul qadar?
salam..
ReplyDeletekak erisya..rindunyer..lame tak nampak..huhu...
em, baguslah.. dah ada semangat dari kecik..heheheh,nnti jadi imam muda unggul pulak..
ann...doakanlah ya
ReplyDeleteAlhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung kan...semoga acu mendapat anak yang soleh & solehah macam tu gak...amin
ReplyDeleteaminnnn..moga2 anak kita jadi insan soleh....rezeki masing2 acu...masih jauh perjalanan anak erisya tuh...masih banyak liku yang perlu ditempuh..sebagai ibu kita hanya boleh berdoa agar dipelihara Allah selalu...
ReplyDeletebagus la erisya.. sejuk perut erisya mengandung... ;)
ReplyDeletekakyong...samalah kita doa agar anak kita jadi muslim yang soleh...jauh lagi perjalanan mereka...
ReplyDelete