Thursday, September 16, 2010
HEPI BESDEI
Buat pertama kalinya cuti umum jatuh pada hari lahir anak Erisya. Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, kami tidak makan angin menyambutnya. Dulu, kami suka buat kejutan dengan membawa anak makan angin. Suka melihat wajah riang anak bila sampai ke hotel...membahagiakan!
Namun hari ini, kami cuma menyambutnya di Secret Recipe sahaja kerana dah dua hari Erisya demam. Sekejap jer masa berlalu, tak sedar anak dah berusia 13 tahun. Melangkah kaki ke alam remaja. Dah nampak misai halus di atas bibir. Bila menyentuh tangannya...keras seperti tangan lelaki. Tiada lagi tangan mungil yang lembut dan berisi. Badan pun rasa tulang jer tiada lagi lemak comel yang menghiasi...Mujur muka masih belum tumbuh jerawat lagi!
Hati berbelah bagi, gembira anak membesar di depan mata...juga sedih kerana anak kini punya dunianya sendiri. Sejak dalam kandungan lagi kami berkongsi dunia yang sama. Kini dunia kami berbeza. Dulu tak kisah Erisya menciumnya dikhalayak ramai...tapi kini siap pandang kiri kanan takut kawan nampak! Pada hal, tiap malam sebelum masuk tidur kami berpeluk dan saling memberikan good night kiss. Tidak mencari ibu lagi bila jatuh sakit. Lebih berdikari dan tidak memerlukan ibu di sisi. Dulu, tiap kali demam, pasti menyelit di tengah-tengah ibu ayah.
Erisya amat bersyukur anak tak berminat ke asrama penuh...setidak-tidaknya masih punya 5 tahun untuk bersama sebelum anak melangkah kaki ke dunia luar yang lebih luas dan menjanjikan seribu harapan meniti kehidupan dewasa.
p/s: adakalanya berharap ada orang tinggalkan baby di depan rumah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat untuk ibu dan anak
ReplyDeletesatu persoalan...
kalau boleh jawab
lama menghilang - kemana !
he....
tuan J....menghilang sekejap membawa diri...bertapa di gunung jerai , mencari ilham hehehe
ReplyDeleteDear Kak Sayang..
ReplyDeleteEntri kak gembira berbaur sedih lak..
ada sendu terselit di sana..
Get well untuk Kak tau.
Jaga kesihatan. Cuaca bersilih ganti ni. Kadang panas memanjang. Tetiba hujan selebatnya..
Love ya Kak!