Tuesday, September 14, 2010

DOA KESEDIHAN DAN REZEKI

Hari pertama bekerja selepas cuti raya. Urggghh! Jelez ngan suami dan anak yang masih sakan bercuti raya. Syukur, semua teman Erisya telah kembali bertugas. Malah ada juga yang telah membatalkan cuti raya! Begitulah keadaan kami...tak boleh nak bercuti lama2...teringatkan tugasan yang perlukan perhatian segera.

Entahlah...semenjak dua menjak ni, Erisya rasakan kesedihan yang bertamu. Merindui seseorang yang dekat tapi jauh. Kehilangan yang mungkin takkan berakhir dengan pertemuan. Dan di kala kedukaan, hanya satu tempat mengadu. Tidak seperti dulu. Mungkin dah serik atau sememangnya Erisya sudah tidak punya teman rapat lagi! Betullah kata orang, masa dan jarak boleh memisahkan dua sahabat....
Di saat kesedihan dan kebingungan Erisya memanjatkan doa Nabi Yusof (ketika terpenjara akibat fitnah). Buang segala kesedihan...usir segala keresahan...dan tanamkan di hati  bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat!


p/s: syukur doa kami termakbul...pelukan bos dengan ucapan maaf dan selamat hari raya telah menjanjikan harapan. Dan seperti biasa...hati Erisya cair dengan pelukan!

9 comments:

  1. Dear Kak..

    wanna hug you too..
    xoxo

    *ada kawan baik, ada kawan kurang baik.. abaikan je ar.

    Love ya Kak..
    Take care and cheers k..

    ReplyDelete
  2. janganlah sedih-sedih raya ni....

    perjalanan hidup memang mcm ni kan....

    ReplyDelete
  3. Salam! Nak tanya, doa kesedihan Nabi Yusuf ni bagus, boleh bagi tahu dari mana doa ni? TQ!

    ReplyDelete
  4. doa tu dpetik dari buku doa para wali...lupa siapa penulisnya. maaf buku tu kat ofis jadi tak leh nak tengok sekarang.

    ReplyDelete
  5. oops! nak tbh sket. kalau cari buku doa rasulullah pasti jumpa doa tuh sebab rasulullah saw pun suka baca doa ni..

    ReplyDelete
  6. Salam, doa tu ada dalam buku 'Doa-doa Para Nabi dan Wali' oleh Sayyid Muhammad bin 'Alawi Al-Maliki, Editor Dr Mohd Puzhi bin Usop diterbitkan oleh Al Hidayah Publications. Harga RM13.00. Semoga maklumat tersebut dapat membantu. T.kasih

    ReplyDelete
  7. doakan sy kesedihan saya lenyap dan dipermudahkn..

    ReplyDelete
  8. semoga ilang segala kegundahan....permudahkan urusan dunia dan akhirat ,aminnnn

    ReplyDelete
  9. mohon share doa ni tuan blog :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah