Sunday, September 12, 2010

KELAINAN...BUKAN KECACATAN

Raya tahun ni kami tidak bertemu.Giliran keluarga Along beraya di kampung sebelah ibu. Raya tahun ini juga ASTRO menayangkan filem "My name is Khan" lakonan mantap SRK. Mengisahkan watak utama yang menghidap autism (asperger's syndrome). Kisah ini menguatkan lagi ingatan Erisya pada Along.  Sedari kecil lagi, dapat Erisya rasakan sesungguhnya Along agak berbeza dengan kanak2 seusia.  Di usia 2 tahun biasanya kanak2 meminta orang lebih dewasa lukiskan gambar ...seperti anak seorang teman, minta Erisya lukis lori... Kemudian minta lukis lori ayam pulak...kemudian lori sampah dan ntah apa2 lori lagi! Semua permintaan Erisya turutkan. Urrggghhh penat jari ni melayan kerenah budak tuh. Tapi Along berbeza...Along lebih senang melukis sendiri...tenggelam dalam dunianya sendiri.  Bila memegang pensil, Along amat fokus dan tidak memperdulikan alam sekeliling...biarpun dipanggil berulang kali namun dia buat dek jer. Jika memandang kita pun tidak melihat wajah kita dengan tepat...sedangkan mata Along normal, tidak juling!

Di usia 3 tahun Along gagal menuturkan sepatah perkataan walau boleh fahami percakapan kita. Tidak sedikit air mata ibu dan ayahnya tumpah...sedih kenangkan nasib anak sulung. Selepas berusaha mendapatkan rawatan di sana-sini akhirnya, Along boleh bertutur selepas berubat dengan seorang kiai di kampung ibunya. Sebaik sahaja Along boleh bersuara, rawatan susulan diteruskan di hospital kerajaan iaitu "speech therapy". Alhamdulillah, sekarang Along sudah boleh bercakap dan mampu belajar di tadika bersama kanak2 lain. Tiada masalah belajar mengaji. Malah fasih berbahasa Inggeris! Tiap kali menonton TV, Along pasti mengajuk dialog filem tersebut.... dan ternyata Along lebih senang berbahasa Inggeris sehinggakan menelefon opah pun nak cakap omputih!

Baru2 ini, seperti biasa Along mengikut ayahnya ke surau...kebetulan mereka agak terlewat. Orang surau telah memulakan bacaan yasin. Sebaik duduk, Along menyelak2 muka surat surah yasin. Ayahnya marah. Bila diteliti, rupanya mukasurat tersebut mengandungi ayat yang sedang dibaca oleh orang surau! Menitis air mata ayahnya...air mata mahal seorang lelaki. Cemuhan orang selama ini tidak lagi berbekas di dada. Orang angkuh yang mengaku anak mereka normal pasti  tidak kanmengerti tangisan itu.

Semoga selepas ini, Along tidak lagi dibuli. Hadirnya Along di muka bumi ini tidak pernah menyusahkan sesiapa...cuma sedikit kelainan...bukan kecacatan!

6 comments:

  1. Kdg2 kanak2 autism lebih brjaya dr org lain...Bill Gates & Einstain adalah contohnya...krn mrk brada dlm dunianya yg mbuat mrk melakukn dgn brsungguh2...SubhanaAllah...sesungguhnya Allah itu Maha Agong trhdp hambanya.

    ReplyDelete
  2. Betul tuh Zah..Allah itu Maha Adil...bagi setiap kekurangan pasti ada kelebihan yang lain...kita perlu menggali kelebihan kita bukan fokus kepada kekurangan yang ada..tidak semestinya school drop out gagal dalam hidup...ramai saintis terbilang telah membuktikannya.

    ReplyDelete
  3. anak saya pun senasib juga, lain dari orang yang normal...faham sangat perasaan si ibu dan ayah

    ReplyDelete
  4. cikgu, hanya yang senasib sahaja yang boleh faham dan merasakannya...

    ReplyDelete
  5. Dear Kak sayang..

    Kelebihan ada pada dia..
    Moga Along akan lebih cemerlang..

    Selamat Hari Raya Kak..

    *hp adik format hari tu. banyak numb hilang termasuk numb kak sekali..

    ReplyDelete
  6. thanx adik...akak dah save mesej lagi satu tuh...ill text you soon

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah