Wednesday, September 29, 2010

SYUKUR...!

Syukur...akhirnya Erisya kembali bertugas harini..selepas sekian lama 'cuti raya'! Memang pecah rekod peribadi sebab tak pernah cuti raya lama camni! 8 hari dapat MC! Pada hari ke 8 barulah disahkan Erisya mengidap denggi! Tu pun lepas ke hospital lain untuk dapatkan 2nd opinion..

Terima kasih di atas ucapan, doa dan petua yang teman2 berikan dalam catatan yang lepas...Semoga Allah akan memberikan kesihatan yang baik buat kalian semua! Seperti kata Pak Karamu, kena minum air putih / air masak (kata orang perak) bebanyak...Erisya minum 100plus dua botol besar sehari! Errr sebetulnya, masa suami dan anak denggi dulu, Erisya paksa mereka minum air daun betik (urggghhh pahit!) untuk naikkan platlet tapi bila Erisya denggi....Erisya tak mahu minum! Bukan sebab takut pahit....alahhhh mana ada wanita yang pernah melahirkan takut pahit...maklum jenuh makan jamu masa dalam pantang! Tapi kerana Erisya tak lah di tahap kritikal lagi...walau kadar platlet turun tapi masih lagi di tahap  normal (>150) ...ok lah tuh! Cuma yang tak tahan..terpaksa tergaru-garu satu badan...malah  garu dengan ranting semambu baru puas! Gusi berdarah...Kelopak mata pulak punyalah berat....seolah2 tarikan graviti telah bertambah...asyik terlena ajer! Jadi sejak demam ni...berat badan turun banyak...maklum bukankah tidur itu salah satu aktiviti yang boleh kuruskan badan!

Dan yang paling Erisya hepi...teman baik zaman sekolah menengah datang menziarahi Erisya...kali terakhir jumpa masa kami masih di U dulu...masih anak dara trang tang tang! Rezeki...teman Erisya telah sahkan semua sijil sakit yang telah dikeluarkan oleh hospital swasta....syukur....tak perlu ke hospital kerajaan untuk cari doktor gomen lagi!

Cuma Erisya terkilan, tak jadi  buat open house tahun ni...masa dah suntuk...hanya sekadar berkongsi dengan jiran-tetangga adakan jamuan raya. Semoga teman2 Erisya memahami bahawa ketika ini Erisya masih belum cukup sihat...sampaikan rakan sekerja naik risau sebab Erisya hanya berdiam diri di ofis tadi...tidak berceloteh seperti biasa. Sedangkan selama ini, Erisya jadi tumpuan teman2 yang tengah tension kerana mereka bilang, hati kembali ceria bila dengar Erisya ketawa riang!



Buat teman2 yang mendoakan...terima lah kuntuman ini...

4 comments:

  1. TQ en_me...hmm...jelez tengok foto2 cantik kat blog en_me tuh...pro photographer ka? ehem!dah bertambah sorang peminat en_me...erisya minat foto tak pandai amik foto yang cantik berseni!

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri...
    lama sungguh tak menjenguk blog erisya. masih ingat lg ker, anntaj???
    semoga happy selalu...
    :)

    ReplyDelete
  3. Dear Kak sayang,

    Syukur kak dah sembuh dan dapat di kesan awal denggi tu..

    semoga kan kembali pulih sepenuhnya.

    *tak pernah minum air daun betik.. mesti sangat pahit...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah