Dulu semasa remaja, erisya suka menulis. Tulis apa-apa ajer meluah segala rasa. Walau ada ramai teman, erisya lebih senang berkongsi rasa dengan kepingan kertas. (errr... itulah rahsia erisya ceria sentiasa!). Pernah dulu erisya tampal puisi erisya yang pertama (jika boleh dikatakan puisi..) di papan tanda depan meja tulis. Entah kenapa, teman baik erisya ketika itu telah mengambilnya dari papan tanda lantas mengoyaknya.. N marah dan kata coretan erisya itu entah apa-apa!
Namun yang paling malang, erisya telah membenarkan kejian N itu masuk ke minda dan hati erisya. Sejak itu, erisya hanya menampal puisi-puisi penulis terkenal di papan tanda erisya. Malah hingga harini, erisya menampal puisi yang erisya suka di papan tanda meja erisya di pejabat. Erisya menjadikan puisi mereka sebagai kaedah luahan rasa erisya.
Bagaimanapun, takdir telah menemukan erisya dengan rakan penulis. Suatu kebetulan. Tanpa disengajakan erisya terbaca puisinya dalam blog. Jujur, erisya suka dengan puisinya..ada persamaan dengan tanka. Ada unsur alam, ringkas dan makna yang dalam dan luas. (Erisya hadapi masalah nak memahami puisi yang terlalu berbunga-bunga dan sarat dengan bahasa sastera yang bombastik).
Rakan penulis telah memberi sokongan dan galakan untuk berpuisi semula. Jujur, erisya tiada keyakinan berpuisi tanpa bimbingan darinya.
Hari ini, pertama kali puisi erisya tersiar di khalayak. Itupun atas dorongan dan gesaan rakan penulis. Terima kasih, rakan penulis ; kerana melahirkan rasa bangga di atas kejayaan besar ini...kejayaan membebaskan diri dari kepompong rendah diri yang telah keras kematu bertahun lamanya! Moga erisya akan menjadi rama-rama cantik yang bebas terbang ke mana sahaja!
TERIMA KASIH RAKAN PENULIS!

Taniah buat erisya puisi pertama yang tersiar di akhbar, moga bersemangat untuk menulis dan mengukir nama.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak sakura,
ReplyDeleteKredit buat rakan penulis yang membimbing dan meniup semangat erisya berkarya puisi bebas; juga buat sifu kita yang berpeluh-peluh mengajar erisya bertanka/haiku..serta kak sakura beri semangat untuk berkarya.domo arigato!
Which puisi kak?
ReplyDelete