Saturday, October 4, 2008

Baru terima ucapan sms dari H:

Taqabalallahu minna wa minkum
Taqabal ya Karim
Mohon maaf lahir batin untuk lisan yang tak terjaga,
janji yang terabaikan,
dan semua yang menoreh luka dan kecewa
Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1429H

Sudah lama erisya sekeluarga menyimpan hasrat ingin ke majlis perkahwinannya di Indonesia. Malangnya belum kesampaian lagi.

Hmm...erisya teringat lima tahun dulu, H pernah menjemput erisya sekeluarga ke negaranya, Menurut H , kami harus ke sana sebelum dia menikah biar mudah dia membawa kami jalan-jalan. Kemudian, erisya jawab, " selagi kak erisya tak ke sana, H jangan nikah dulu!" Lantas H kata erisya kejam dan kami sama-sama ketawa lucu.

Namun, nampaknya, gurauan erisya jadi kenyataan. Hingga kini H masih solo , menunggu erisya sekeluarga ke sana dulu , mungkin!

3 comments:

  1. tu ler , masin mulut , kurang ajinomoto :) selamat hari raya ...
    terjemahan Erysha amat tepat sekali...
    faham cakap sarawak ar? :)

    ReplyDelete
  2. Erisya jangan biarkan H sola begitu lama...he he he

    ReplyDelete
  3. ntc,

    selamat hari raya
    wah tepat? hehe..erisya agak2 jer.lepas ni boleh ambil kursus bahasa sarawak :)
    memanglah masin mulut sebab dah banyak makan garam (dah tua!) hehehe

    kak sakura,
    abis camno..nak buat menantu, tak ada anak dara, nak buat adik ipar, adik sumer lelaki!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah