Perjalanan ke sana, agak meriah kerana 4 orang anak A naik kereta erisya. Seronok melayani keletah mereka(usia 3 thn - 7 tahun). Terasa pula betapa sunyinya kereta kami selama ini. Sebetulnya, sejak di PP lagi, tiap kali dijemput, erisya turun ke KL menziarahi kedua-dua teman baik erisya ni. Cuma...sejak pemergian anak bongsu tiga tahun lalu, erisya tidak pernah beraya ke rumah A. Syukurlah A tak kecil hati...dia memahami perasaan erisya yang masih belum boleh melihat anak bongsunya, Hakim kerana seusia dengan anak bongsu erisya. Erisya takut tak dapat menahan kesedihan dan kerinduan. Inilah kali pertama erisya melihat wajah Hakim.
Sepanjang perjalanan Hakim dan kakaknya duduk di atas riba erisya. Sepanjang perjalanan juga erisya teringatkan si bongsu. Semasa mengelus rambut Hakim, erisya teringat bagaimana erisya mengusap ubun kepala Aqil ketika nazak dulu. Semasa tangan erisya memeluk erat tubuh Hakim, fikiran erisya memutar kembali bagaimana eratnya erisya mendakap tubuh kaku Aqil dalam perjalanan dari rumah mayat ke rumah dulu.
Tiba-tiba erisya rasa sangat rindu...rindu yang teramat-amat pada si bongsu, Aqil.
Hilang mentari
Di balik rinai hujan
Lena tidurmu
Dihembus doa bonda
Hingga ke langit tujuh
allah lebih sayangkan die nampaknyer,
ReplyDeletebegitulah pusingan hidup kite.... kite biler pulak yer.....
ade ker orang yang akan merindui bile kita sudah tiada???
namun yang pasti alam ini terus berputar.....
Erisya, sebuah tanka yang menyentuh hati...kita sama2 redha permergian orang yang tersayang....
ReplyDeleteTerima kasih sdr Pendekar dan kak sakura.Life moves on. Semoga permergian kita juga akan dirindu dan diiringi restu.
ReplyDelete