Wednesday, October 8, 2008

Only when the last tree had died,
and the last river been poisoned,
and the last fish been caught,
will we realise we cannot eat money!

(Cree Indian Proverb)

Pertama kali erisya dengar kata-kata ini dari bibir seorang wanita gipsi di Capetown iaitu aunty Margie. Seorang wanita tegar yang bersendirian menjaga ibunya yang telah berusia lebih 90 tahun. Dia sangat menyayangi ibunya. Aunty Margie beragama kristian orthodox yang mempercayai bahawa Tuhan itu esa dan Jesus adalah seorang rasul. Erisya dah terlupa nama mazhab aunty Margie. Aunty mencari nafkah dengan mengurut pelanggan di Turkish Bath. Erisya bertuah kerana aunty Margie telah bermurah hati mengurut erisya secara percuma!

Pertama kali ke sana, erisya 'perak' habis! Mulanya erisya serta pelancung lain mandi wap bersama-sama...bermandi peluh dalam bilik sauna . Kemudian, terjun ke dalam kolam yang berisi air gunung (bbrrrrrr sejuk yang teramat-amat!).Kemudian mandi wap lagi. Terjun semula dalam air kolam...tapi bila dah beberapa kali terjun dalam air sejuk tu, akhirnya erisya memilih untuk mandi 'shower' ajer...oh ya...kawasan ini dikhususkan bagi kaum hawa sahaja, orang lelaki mandi di kolam berlainan.

Seusai proses panas-sejuk-panas-sejuk, barulah aunty Margie mengurut badan erisya. Wheeewww..lega betul . Sambil mengurut, petah Aunty Margie bercerita. Yang paling menarik, Aunty Margie sempat menelek nasib erisya (maklum orang gipsi!). Sebagai seorang muslim, sudah pasti erisya tak percayakan telekannya...namun jika benar-benar berlaku...bagus juga!

Teknik mengurut aunty Margie amat berbeza dari orang Malaysia. Hanya menggunakan jari-jemari di bahagian belakang; sentuhannya lembut tapi kena tepat pada 'point'. Manakala orang Malaysia lebih kepada 'mencari' urat.

Teknik orang Thai pula ? ..bagai langit dengan bumi! Semasa di Haadyai dulu, erisya pernah berurut cara Thai...selamba ajer tukang urut duduk atas perut! Meletup-letup bunyi tulang kaki erisya dilipat oleh gadis urut tuh! Ketika itu, erisya tinggal sebilik dengan kak N. Sambil menunggu tukang urutnya tiba, kak N asyik memandang erisya berurut sambil ketawa! Namun, sebaik sahaja tukang urutnya tiba, erisya pula ketawa kerana tukang urut itu bersaiz XXL! Kak N terdiam. Hilang tawa dari bibirnya. Mulutnya berserapah " matilah kak N..matilah kak N! " . Itu yang buat erisya tak dapat menahan tawa. Eeee tak dapat nak bayangkan jika gadis itu duduk atas perut kak N ! Pasti terpancut bendalir hijau! Namun, syukurlah, rupanya bagi tukang urut yang bersaiz XXL, mereka hanya menggunakan siku untuk mengurut. Legalah kak N!!

Bagaimanapun, erisya berpuas hati dengan kedua-dua urutan tersebut...nikmatnya tak terkata! Masing-masing ada kelebihannya. Sekiranya ada rezeki ke sana , pasti erisya tak serik berurut lagi!

p/s: lepas mandi di Turkish bath, ramai yang komen erisya nampak muda! (ooops! nampak lebih muda :) )

2 comments:

  1. erisya xmandi di Turkish bath pun dah memang nampak muda....realy

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah