Friday, October 31, 2008

SYAITAN KURUS vs SYAITAN GEMUK


Tadi pagi ustaz bercerita tentang si syaitan gemuk dan si syaitan kurus. Si syaitan kurus heran, macamana sahabatnya itu gemuk dan ceria sentiasa. Lalu si syaitan kurus pun mulalah mengorek rahsia...

"SG, you nampak sihatlah! Dulu you kurus kering macam I...ada apa-apa ka?"

"SK, I tak de apa-apa rahsia...cuma I sukalah tinggal di rumah baru tu...tuan rumah tu tak suka mengaji al Quran. Zikir pun tak pernah. Malah doa harianpun tak hafal..sebab tu I gemuk , dapat menumpang makan rezeki tuan rumah. Hmmm you pula, apasal semakin kurus? Diet ka?"

"Eh? tak lah...tuan rumah I tu, suka membaca al Quran. Mulut basah dengan zikrullah. Leceh lah..nak makan pun susah..tak pernah lupa doa. Nanti I nak duduk serumah dengan you, boleh ka?".

Sebab itulah rasulullah saw amat menganjurkan kita membaca al Quran. Malah orang yang membaca al Quran dijanjikan 10 pahala bagi satu huruf. Itu bagi yang pandai baca...bagi orang yang tak berapa pandai dan merangkak baca ( terketaq-ketaq), dijanjikan pahala tambahan iaitu pahala insentif kerana berusaha membaca walau tak pandai (dapat dua pahala).

Kalau tak larat baca satu al Quran, bacalah surah al Baqarah.
Sabda rasulullah saw, " Sesungguhnya setiap sesuatu ada sendi; dan sendi al Quran adalah al Baqarah. Sesiapa yang membacanya di rumahnya pada satu malam, maka syaitan tidak akan memasukinya selama 3 malam, dan sesiapa yang membacanya pada waktu siang hari maka syaitan tidak akan memasukinya selama 3 hari (HR Ibn Hibban).

Expiry date adalah 3 hari . Jika takut dalam 3 hari tak dan juga nak habiskan surah al Baqarah...(maklum 3 juzuk!)..dua ayat pun OK juga...seperti sabda rasulullah saw, "Sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah pada satu malam, mencukupilah akan ia (pada malam itu)". (HR al Bukhari)

Tapi kita kenalah baca tiap malam sebab expiry date satu malam jer.

InsyaAllah, jika diamalkan secara istiqamah...syaitan tak masuk dalam rumah. Masa mula-mula dok KL...ish ish ish macam-macam erisya jumpa. Tak sangka kat bandar besar, jin dsbnya lebih ramai! Alhamdulillah kini rumah erisya dah ok...lebih selesa untuk didiami. Dulu, rasa nak lari malam!



2 comments:

  1. erisya,

    Apa yang ustaz kata tu betul. Tetapi bukan semua setan yang berada di rumah yang kuat mengaji, kuat sembahyang itu kurus. Kalau kita riak dengan amalan baik yang kita lakukan pun setan akan gemuk juga.

    Satu lagi pesan guru uncle, barang siapa buat baik/ibadah kerana memikirkan pahala juga adalah syirik (syirik khafi) sebab mana mungkin kita sebagai seorang hamba Allah berhak meminta/menuntut sesuatu dari Tuannya/Tuhannya.

    Yang terbaik ialah buat dengan ihsan/sesungguh ikhlas kerana suruhan Allah. Buatlah yang terbaik yang kita mampu.

    ReplyDelete
  2. thanks uncle. Betul tu. erisya setuju. Riak adalah penyakit hati yang merosakkan semua amal. Lagi tinggi amal kita, lagi tinggi ranking syaitan yang nak menyesatkan kita. Tanpa sedar semua amalan tiada keikhlasan dan syirik khafi macam uncle kata tuh, nauzubillah min zalik. TQ berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah