Hari ini, erisya terima kedatangan dua orang teman baik. Kami berbual pelbagai topik, tentang penyakit keturunan (maklum dia telah menerima lamaran seseorang), kesan kepada zuriat ..terkeluarlah istilah medical yang dah lama erisya tak dengar... Hmm..susah juga kalau melamar orang sains ni hehehe semua dikaji terlebih dahulu...
Patutlah dulu-dulu kalau ada makcik-makcik yang berkenankan erisya pasti tanya, "anak ni kerani ka atau cikgu?" amboiiii rasa nak je jawab, " awat makcik? kalau erisya bukan cikgu atau kerani tak boleh buat menantu ka?" .
Di samping berbual tentang masalah genetik, kami juga berbual tentang pesanan ibu teman baik kami yang baru kematian suami. Makcik tu pesan...sebelum tidur kena minta ampun dengan suami. Sebelum suami pergi kerja pun kena minta ampun...makcik tu terkilan sebab beliau tak sempat nak minta maaf dari suami kerana suami meninggal secara tiba-tiba. Sebetulnya, erisya jarang minta maaf dari suami..hanya bila ada buat salah jer...mungkin erisya take things for granted...maklum, tiap malam sebelum tidur, suami erisya telah mengampunkan segala dosa erisya ..tak perlu erisya minta maaf!
Kemudian seorang teman lagi bercerita betapa bapa mertuanya tiap hari jmaat buat kenduri baca yasin untuk aruah isterinya. Tiap hari ke kubur. Malah selalu bercerita kepada anak-anak, ketika nazak beliau sempat lafazkan kepada isteri. " abang ampuni dosa yah ..dan abang redho yah sebagai isteri abang dunia dan akhirat". Menurut bapa mertuanya lagi, ketika itu beliau lihat wajah isterinya sangat cantik...secantik di malam pertama dulu! Beliau juga tak putus-putus memuji isterinya...rajin potong kuku suami...dsbnya.
Buat erisya terfikir, walau potong kuku adalah perkara kecil namun itulah yang paling diingati oleh pakcik tersebut! Iya..mungkin kecil di mata isteri tapi besar di mata suami! Tiada siapa yang memanjakannya begitu setelah ketiadaan isteri.
Hmm..erisya tak tahu apa yang paling suami akan ingat kelak jika erisya pergi dulu. Banyak kisah dulu-dulu yang erisya tanya dia dah lupa!Apakah yang akan diperkatakannya kepada anak menantu? Rindu atau lega setelah erisya tiada :( Hati erisya penuh keraguan walau suami selalu menyatakan bahawa erisya sudah sempurna di matanya...tak perlu wanita lain dalam hidupnya!
sekurang-kurangnya punya suami yang jujur......heh
ReplyDelete;-)
sdr pendekar,
ReplyDeletebetul jugak ek? lebih sakit jika dapat suami kaki kelentong :)