Sunday, November 16, 2008

Hari pertama-15hb


Sudah jam 1.37 pagi. Baru pulang dari bila Z. Wheeewww hari pertama menghadiri Bengkel Pembinaan Pohon Filogeni memang memeningkan! Kami diajar aplikasi Bayesian Approach, Image processing, Mapping Sampling Area, Adobe Photoshop (basic), Arlequin , Network serta dnaSP . Fuh! terpaksa absorb semua tuh dalam masa 9 jam! Alhamdulillah, makanan di Concorde Inn lazat! Hehehe nasib baik bengkel ini cuma dua hari...jika seminggu pasti tak muat pakai baju raya lagi!

Erisya juga amat terharu kerana teman baik erisya di makmal 4166, UKM sanggup bersengkang mata membantu erisya siapkan seq alignment. Hmmm teringat pula ketika di OIC dulu. S lah orangnya yang tak tidur malam bersusah-payah siapkan presentation erisya. Selain dari S, instruktor erisya , Oshiro-san juga sanggup menunggu di ofis hingga jam 12 malam semata-mata menunggu erisya emel laporan. Dia tawarkan diri untuk semak laporan sebelum dimajukan kepada ketua makmal. Menurutnya, laporan mestilah ringkas dan padat ..maklum boss kan sibuk! Manalah ada masa nak baca segala mak-nenek tuh! Syukur, di mana saja erisya pergi, Allah pasti menghantar seseorang membantu!

Erisya rasa amat bertuah kerana dikurniakan teman2 baik yang tidak kedekut tenaga serta masa.....errrr juga tidak lokek nak belanja!

3 comments:

  1. Salam Erisya..

    Alhamdulillah dapat kawan yang baik dan sanggup menolong kita di waktu kita memerlukan pertolongan. Bukan senang nak cari kawan yang macam tu sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. salam singgah erisya..
    salam kenal dr k'azza..

    ReplyDelete
  3. Tirana,

    betul tuh. sebab tu erisya amat menyayangi mereka sumer..tak kira jantina asal ikhlas dalam persahabtan

    k'azza,

    salam kenal...singgahlah lagi ya...erisya rasa seronok pula blogging ni...dapat kawan baru!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah