Aku terima beberapa lembar hujan
terkepil dalam sampul. Lalu aku membuka
lembaran itu.
Lembaran pertama:
Aku turun dari alang langit
atas undangan para semut di bawah daunan kering.
Lembaran kedua:
Aku merayap dari liang awan
atas undangan para pohon di bumbung bukit.
Lembaran ketiga:
Aku menitis dari urat angin
atas undangan sejumlah pekerja ladang.
Lembaran keempat:
Aku luruh dari cembul ghaib
atas perintah Tuhan Maha Pencipta
DARMA MOHAMAD
Pasir Mas, 2008
Dipetik dari Dewan Sastera
November 2008
Erisya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada tuan Darma Mohamad kerana 5 haikunya telah tersiar dalam Jendela Timur terbitan DBP Wilayah Timur. Bukan mudah pihak media di Malaysia ni nak menerima karya berupa haiku...maklum, puisi Jepun! Semoga selepas ini lebih banyak karya puisi Jepun dipaparkan di media cetak negara ini.
Sebetulnya erisya teringin nak masukkan lima haiku tersebut di sini, namun oleh kerana ianya dituju khas kepada sifu puisi Jepun , Puan Jahrera, tak molek rasanya...! Bagi yang berminat, bolehlah membacanya di blog Puan Jahrera di http://www.halela.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah