Friday, November 21, 2008

Hari ke 5

Hari ini hari ke 5. Kalini syarahan diberi oleh Dr Chambers dari New Zealand. Beliau bercerita tentang projek antarabangsa memulihara Albatross. Dalam banyak- banyak citer Albatross tuh, keromantisan pasangan Albatross yang paling menarik hati erisya huhuhu. Bila bertemu, burung tersebut suka memandang mata pasangannya. Lain spesies, lain pula warna matanya. Mereka tak suka pasangan yang punya warna mata berbeza huhuhu....hmmm...kan bagus jika kita juga boleh mengenali seseorang dengan memandang mata jer!


Hmmm....erisya penat betul harini. Otak dah tepu! Nasib baiklah Dr Latifah (salah seorang instruktur bengkel ini) sentiasa di sisi, beliaulah yang banyak membantu ..malah bantu salin nota sementara jemari erisya sibuk menekan keyboard menjalankan program Arlequin dan Network....Whewwww bengkel ini betul2 padat......tak cukup tangan! TERIMA KASIH Dr latifah!

Tapi dalam sibuk tuh sempat juga mata mengerling kepada seorang jejaka MELAYU yang hebat di sini...dia boleh menggunakan otak kanan dan otak kiri serentak! Sambil tangan kanan sibuk mengetik-ngetik keyboard, tangan kirinya sibuk menyalin nota ! Wheeewww patutlah dapat first class honours! Hmm...rasanya pasti ramai peminat...dah lah ada rupa, bijak lak tuh! Budaknya low profile walau anak orang kaya.....dan errrr TIDAK merokok! Pendekata, calon maple (slanga penang =menantu) yang baik!

Malam, erisya dan teman2 menyusuri jalan di Batu Feringghi mencari souvenir...ramai betul pelancung! Maklum, itu adalah kawasan hotel. Ketika melepasi Park Royal Hotel, erisya terkenang seseorang yang pernah erisya kenal ketika anak kami menghuni ICU Bayi dulu. Pernah sama-sama menangis. Sha adalah wanita yang amat tabah. Memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan lelaki Islam warganegara asing. Suami pertama telah lama meninggal dunia. Kedua2 anak dengan suami pertama telah meninggal dalam kandungan. Kini, sekali lagi Sha diuji, bayinya lahir tak cukup bulan. Ada masalah jantung. Sha begitu mengharapkan agar kalini bayinya selamat. Ingin menimang bayi dari rahimnya sendiri. Telinganya sudah lali mendengar penghinaan orang yang mengejek dia tak boleh mempunyai anak sendiri.

Melihat keadaan Sha, erisya jadi insaf. Betapa bertuahnya erisya kerana anak sulung dilahirkan dalam keadaan sihat. Tapi Sha? Ternanti2 tangisan bayinya. Ketika di ICU Bayi, banyak yang erisya pelajari tentang hidup ini. Pengalaman tidur di kaki lima hospital telah membuka mata erisya. Suatu malam, erisya dengar tangisan yang amat kuat...rupanya seorang lelaki china sedang menangis .Anaknya juga berada di ICU. Erisya terkejut, kerana di depan isterinya, lelaki itu begitu tabah . Rupanya, dia simpan kesedihan dalam hati agar isterinya yang masih dalam pantang tidak susah hati. Di malam yang sepi, empangan ketabahannya pecah...airmata menderu keluar. Iya..perasaan sedih kerana tidak mampu berbuat apa2 untuk sikecil yang sedang bertarung dengan maut. Jika nak lihat air mata lelaki, pergilah ke sana. Selama ini erisya sangka lelaki tak punya perasaan. Ternyata erisya salah. Lelaki juga punya perasaan yang halus.

Berbalik kepada kisah Sha, tiga minggu di ICU, anaknya meninggal jam 4 pagi. Erisya tak sanggup menemaninya. Erisya meraung seorang diri dalam bilik (setelah dua minggu erisya dapat bilik yang dikhaskan untuk para ibu bayi di ICU). Tak sanggup erisya lihat mata Sha...dia pernah beritahu, jika anaknya ini juga pergi, dia tak sanggup terima lagi! Begitulah, keadaan kami di sana...menanti saat anak kami pergi. Setiap hari, kami lihat jenazah kecil dikeluarkan dari ICU. Setiap hari telinga kami didengarkan perkataan MATI MATI MATI dari bibir para doktor. Dah lah hati remuk dengan keadaan anak kami, mental dan emosi kami juga turut didera oleh para doktor yang tiap hari beritahu anak kami mati. Erisya beritahu doktor...selagi anak erisya masih bernyawa, erisya tetap menaruh harapan walau setipis manapun harapan tersebut! Walau apapun alasan kedoktoran, erisya yakin jika para doktor berada di tempat kami, pasti mereka tidak akan mengeluarkan perkataan itu lagi...lebih menghormati emosi kami. Kami juga tahu, anak kami di ambang maut...tak perlulah tiap hari mengingatkan hakikat itu! Biarlah kami luangkam masa dengan sisa hayat anak kami dalam ketenangan mental dan emosi.

Sebelum Sha pulang bersama jenazah bayinya, kami sempat berpelukan...Sha kelihatan tenang. Tiada lagi air mata. Sha sempat berbisik ke telinga, " Sha doa agar anak erisya selamat!"

3 comments:

  1. slm kenalan....sronok baca blog anda..teruskan...

    ReplyDelete
  2. Kak..

    baiknya jika LOL setabah akak..

    thank God I noe u sis..

    27/03/2009

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah