Thursday, November 13, 2008

KAD LAMA

Entah naper petang ni amat membosankan. Bukan tak ada kerja. Banyak kerja makmal yang harus dibereskan. Tapi tak ada mood nak buat sumer tuh. Akhirnya, erisya ambil keputusan nak mengemas-ngemas kotak yang dah berabuk bawah tangga. Fuh! separuh dari kandungan kotak tuh boleh dibakulsampahkan!

Tetiba erisya terjumpa satu bundle kad-kad lama. Dah lama erisya tak baca. Kad-kad dari suami ketika kami mula serius berkawan. Ada kad Hari Raya yang diselit bunga mawar. Pertama kali dia luahkan hasrat. Ada kad yang dihantar ketika kami bertunang...kad mohon maaf , maklum ketika itu kami sedang perang besar. Ada kad-kad ulangtahun perkahwinan...tapi yang paling menyentuh perasaan adalah kad yang diberi sejurus selepas erisya lahirkan anak sulung kami.

Ramai yang mengenali erisya tertanya-tanya bagaimana erisya boleh berkahwin dengan suami. Sebetulnya, masa tuh erisya tengah berkenan kepada seseorang. Jejaka pertama yang membuka hati erisya selepas berpisah dengan C dulu. Erisya tahu (perasan?) dia pun ada hati ngan erisya. Tapi si dia tu jenis slow...tak pernah berterus-terang. Erisya mula bosan lalu buat solat istikharah. Kerana tak mahu membuang masa menanti sesuatu yang tidak pasti. Malam tuh erisya bermimpi ada seorang lelaki tua memberitahu bahawa W (nama suami erisya) benar-benar menyintai erisya. Esok paginya erisya terkedu. Eh! betul ka...selama ini kami hanya berhubung melalui telefon saja. alah..borak-borak kosong yang tiada makna. Itupun sekadar menjaga hati teman sebilik yang beriya perkenalkan kami berdua. Erisya tak puas hati. Naper bukan lelaki idaman hadir dalam mimpi? Erisya solat istikharah lagi. Malam tu sekali lagi lelaki tua itu memberitahu perkara yang sama. Eh! dua kali mimpi yang sama?

Lalu esoknya erisya buat tindakan berani mati. Erisya terus bertanya kepada W..apakah perasaannya terhadap erisya? Kenapa tiap hari telefon erisya ? dan bla..bla..bla..W tergamam. Dia gagal memberi jawapan kepada semua soalan yang keluar bertubi-tubi macam peluru machine gun. Akhirnya, erisya diminta memberi tempoh untuk W fikir betul2..siapakah erisya di hatinya. Fuh! Tuhan jer yang tahu betapa malunya erisya ketika itu. Ada ka patut W kata dia tak tahu apa perasaannya? Habis yang buang duit telefon tiap hari tu apahal? Tapi erisya lakukan semua itu kerana yakin dengan mimpi erisya. Tiada niat di hati ingin menduga apatah lagi ingin mendera.....

Akhirnya pada malam tahun baru W menelefon erisya dan memberikan jawapan pasti. Selepas 6 bulan berkenalan, akhirnya kami mengikat tali pertunangan... Lelaki yang erisya minat dulu? Tiga hari selepas erisya bertunang, erisya terima surat wangi darinya. Si dia meluahkan hasrat hati. Kenapa sekarang? Lantas erisya menelefonnya dan memaklumkan berita pertunangan lalu menjemputnya ke majlis perkahwinan yang telah ditetapkan 6 bulan selepas bertunang. Si dia tidak datang malah menjauhkan diri dari erisya sehinggalah 5 tahun kemudiannya kami berhubung semula. Itulah kali pertama dan terakhir kami berhubung selepas perkahwinan erisya. Beberapa tahun kemudian, sahabat baiknya menelefon erisya. Barulah erisya tahu kenapa dia mengambil masa yang lama untuk meluahkan hasratnya kepada erisya. Bukan salahnya. Semua itu berpunca dari sahabat baiknya sendiri. Demi menjaga hati ibu. Kini sahabat baiknya meminta agar erisya memujuk si dia agar jangan menghukum diri sendiri. Jika tujuannya ingin buat erisya bersedih, ya...memang erisya sedih dengan jalan yang dipilihnya. Namun jika tujuannya ingin buat erisya rasa bersalah....tidak...erisya tak pernah rasa bersalah. Kerana pilihan telah erisya buat setelah solat istikharah. Itulah jodoh erisya yang telah ditetapkan-Nya. Harapan erisya, kini dia telah bertemu dengan wanita yang benar-benar layak menerima cintanya.

Begitulah detik pertemuan erisya dengan suami. Tidak romantik sebagaimana yang diimpikan ketika remaja. Namun, syukur dugaan demi dugaan yamg melanda perkahwinan telah membuktikan bahawa mimpi selepas solat istikharah adalah benar...suami benar-benar menyintai erisya...tiada lelaki lain boleh menandingi cintanya pada erisya.

Selepas berkahwin, pernah erisya bertanya kepada suami, kenapa memilih erisya..rasa terpaksa ka? (biasalah tuh...soalan standard nak pastikan suami tak menyesal!) ...menurut suami, walau itu bukan cinta pandang pertama; namun dia memilih erisya kerana sejak berkenalan, dia tak pernah tinggalkan solat lagi. Bukan tak solat langsung tapi biasalah...adakala tersasar juga. Dia pun tak tahu kenapa tetiba saja ...rasa bersalah sangat jika tinggalkan solat. Sebab itulah dia merasakan erisya seorang yang istimewa dan suka berkawan ngan erisya. Erisya terkejut kerana erisya tidak pernah membincangkan soal solat dsbnya sepanjang kami berkenalan....maklum itu bukan topik popular! Yang erisya tahu, sejak menginjak usia remaja, erisya tak putus berdoa agar dikurniakan suami yang soleh dan benar-benar menyintai erisya. Rupanya Allah telah memperkenankan doa erisya....

13 comments:

  1. Buat erisya,

    Alhamdulillah. Syukurlah, itulah jodoh yang ditentu dan ditunjukkan oleh Allah. Dia yang menentukan segala.

    Bersyukur juga erisya dijodohkan Allah dengan seorang cukup cinta dan benar-benar sayangkan erisya.

    Uncle doakan erisya dan suami akan bahagia dan kekal sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. meleleh airmata ni membaca...hehee...gurau je..macam ada persamaan dengan pengalaman lalu la apa yang laki pertama tu alami..hehee..apa pun,doa kunci kepada segala kebahagiaan dan jawapan mujarab kepada segala persoalan...salam bahagia...

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah erisya telah membuat pilihan yang tepat....kadang2 kita mimpikan sesuatu yang belum pasti...n3 akak hari ini untuk erisya jemput kesana he he he

    ReplyDelete
  4. Hi Erisya, hey I love your songs here. Really beautiful songs.

    Why tada mood kerjah? Ha ha.
    Erisya, ada senang pop by my place. Have something for you.
    By the way, your white print on black blackground really very nice.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih uncle kerana doakan kami.

    Ajeem...kena cepat bertindak kalau hati dah berkenan :) harap ajeem jangan seperti teman lama erisya tuh...buka hati untuk menerima / memberi cinta baru.

    kak sakura, nanti erisya ke sana..tungguuuuu

    Lee, thanks

    ReplyDelete
  6. tidak apa...kenangan pahit usah dikenang...tempoh saya lama lagi..relaks la dulu.malas fikir hal hati/perasaan ni...hehee...

    ReplyDelete
  7. ajeem,

    betul tu....teropong-teropong dulu :) bila karier dah mantap...terus lamar!

    ReplyDelete
  8. salam kak erisya....
    cam citer cerekarama plak. syahdu.... tapi janji Allah pasti benar.... :)

    fina

    ReplyDelete
  9. betul tuh Fina. walau Allah tak henti menguji namun, semua itu dapat diharungi dengan rahmatNya....rahsia kami, sering bertahajud bersama-sama..insyaAllah berkat! :)

    ReplyDelete
  10. Erisya.... Sungguh! menariknya jalan cerita cinta erisya ni. mcm boleh dibuat novel. Erisya ada bakat la dlm menulis..

    ReplyDelete
  11. azlin,
    TK beri dorongan :)

    p/s:citer ni pun dah banyak suntingan ;)

    ReplyDelete
  12. Hi Erisya,
    – Que Sera Sera erisya. What will be, will be. The future’s not ours 2c.
    Soulmate / jodoh? Tanya sama itu M.Nasir dengan lagu burung Hud2nya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah