Wednesday, November 12, 2008

TAKZIAH

Dalam kekalutan dengan masalah peribadi, erisya terima 3 sms dan panggilan telefon dari teman-teman di PP. Semua membawa berita yang sama. Isteri kepada Pak C telah meninggal pagi tadi kerana kanser. Perasaan yang sedia tegang menjadi sedih. Erisya kenal baik aruah mak B. Seorang wanita china yang kuat pertahankan akidah walau dipaksa keluarga. Seorang wanita yang cekal dan aktif. Jujur, aruah lebih berjiwa melayu dari erisya!

Masa mula-mula bertugas dengan perkhidmatan awam dulu, mak B baik ngan erisya walaupun kami tidak bekerja di agensi yang sama. Kami mula berkenal mesra bila erisya tumpang kenderaan suaminya (car pool) yang bekerja di agensi yang sama ngan erisya. Merekalah yang bantu carikan rumah sewa dsbnya. Semasa pertama kali ke rumah sewa erisya, mak B ronda sekitar rumah...check dapur, kamar tidur ...malah tandas pun tengok! Erisya heran tapi buat dek ajer lah...biasalah tuh...orang pompuan! Rupanya mak B nak padankan erisya ngan boss nya yang masih bujang trang tang tang! Namun erisya menolak dengan baik....jujur erisya rimas sebab ramai sangat nak carikan jodoh untuk erisya..pensyarah, ustaz, suami teman baik, saudara-mara ....hinggalah makcik yang jual kuih dari rumah ke rumah.Sumernya susah hati lihat erisya masih sendiri! Rimas! Begitulah sukarnya jadi seorang pompuan ni ..ada ajer yang tolong risau untuk kita!

Mak B berkempen sakan tentang boss nya...baik lah, lembutlah, ...ada 4 buah rumah lah.....ehhh? 4 buah rumah? Bahaya ni! Namun syukur, sikap erisya yang suka tolak tuah ini tidak menjejaskan hubungan kami.

Kini semua tinggal kenangan saja. Erisya tak boleh nak jumpa mak B dah. Memang terkilan. Seharusnya semalam erisya ke PP kerana ada urusan rasmi. Namun tak jadi kerana ada masalah teknikal. Bukan rezeki erisya nak menatap wajah mak B buat kali terakhir. al Fatihah buat mak B yang menyintai Islam hingga akhir hayatnya...

9 comments:

  1. salam - semuga mak B diberkatiNya dan digolongkan dalam golongan umat-umatNya yg dilindungi....doa al fatihah dari saya.amin

    ReplyDelete
  2. Takziah untuk kawan Erisya..

    Budi yang baik tentu kita akan ingat selama-lamanya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak sakura, jinggo dan tirana

    ReplyDelete
  4. Alfatihah.... semuga rohnya lebih bahagia di bawah rahmat yang Maha Esa.

    Budi dan jasa tetap dikenang walau ke akhir zaman.

    Takziah buat erisya dan keluarga almarhumah.

    ReplyDelete
  5. terkejut bebenor bila baca artikel nii...tabahkan hati dalam segala hal...adakalanya yang pahit itu menjadi ubat dan yang manis menjadio racun..saya dah link blog anda...

    ReplyDelete
  6. Sedihnya... tp kan Eriesya.. bykkan bersabar yer. jgn ada rasa terkilan sbb tak dpt jumpa. Bertuah Eriesya, Cantik & lemah lembut, ramai sgt nak jd kan erisya menantu...

    ReplyDelete
  7. Ajeem, betul tu, jika tak rasa pahit kita tak kenal erti manis. TQ sebab link blog erisya :)

    Lin, terima kasih. now I feel better. Foto kat profile tu bukan wajah erisya :) tu lukisan yang menghiasi monitor erisya di ofis. Erisya rasa orang2 tua suka erisya sebab erisya peramah dan rajin berbual ngan mereka...bukan susah nak amik hati orang tua!mereka kesunyian bila anak2 sumer dah besar dan punya teman2 sebaya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah