Sejak semalam, erisya rasa tak enak. Meski dua tahun berlalu namun, erisya masih lagi terasa aura negatifnya. Dah berkurangan, tapi sekali-sekala masih mengganggu solat. Sebetulnya, semasa mula menjadi warga KL, erisya menyewa bilik. Suami dan anak masih tinggal di PP sebab tak tahu lagi kami nak menetap di mana. Maklum, walau telah mendapat arahan bertugas di HQ namun erisya masih lagi 'blur' nak sambung pengajian di universiti mana. Kalau diikutkan bidang erisya ni, UK adalah yang terbaik!
Pendekata erisya jadi isteri hujung minggu! Tiap hari jumaat berkejar ke PP...ahad pula ke KL. Suatu malam, erisya ada masalah tiket. Tak sempat nak jamak takdim. Kerana terdesak, erisya singgah ke Masjid Jamek (kebetulan bas lalu di situ). Jam sekitar 9.30 malam. Masa tuh, tak terfikir langsung kot ada mangga sebesar penumbuk menghiasi pintu masjid dsbnya....apa yang erisya ingat erisya kena jamak takkhir! Di ruang solat wanita, suasana tenang sahaja. Sebaik lepas beri salam, tetiba erisya ternampak kelibat wanita bertelekung di tepi tiang. Fuh! lega! erisya tak keseorangan! Hmm..dalam berani tuh, penakut gak huhuhuhu....
Kemudian wanita itu menghampiri erisya....dia tersenyum. Tetiba dia pegang tangan erisya dan cium! Ahhh sudah! eriysa tergamam....dan beritahunya, seharusnya erisya yang lebih muda mencium tangannya! Namun dia bertegas ...terus mencium tangan erisya tanpa henti (nasib baik tangan...kalau tang lain pasti kena flying kick!). Dia kata tangan erisya tangan insan yang banyak beramal..nak ambil berkat! Nak tergelak pun ada (baru jumpa sekali dah puji melambung2!)..namun erisya sedikit seram kerana tiap kali becakap, wanita itu berbisik di telinga! Ketika itu bulu roma di belakang tengkuk tegak berdiri! Rasa bergetar jantung...seram! Kemudian dia mulalah tanya soalan pelik2. Nak tengok jin? Nak jalan atas air? Nak masuk syurga jalan pintas? Erisya jawab soalannya dengan ceramah yang panjang! Kemudian dia pula beri ceramah...baca istighfar , baca yasin dsbnya....Hmmm...sumer yang dia ajar , memang erisya dok amal....tapi tak lah mencapai 10,000 x seperti yang dia suruh! Wanita itu menjemput erisya ke Pulau Besar....(Pulau besar? kat ner lak tuh...kalau Padang Besar, erisya tahulah!)
Jujur, erisya suka dengar dia ceramah..tapi yang tak tahan rasa meremang tiap kali dia mendekatkan wajahnya ke telinga! Akhirnya erisya ajak dia kuar makan kat kedai mamak depan masjid....niat hati nak belanja kerana masa tuh erisya lapar sangat! Wanita tuh senyum dan tolak dengan baik. Menurutnya, suaminya ada di ruang solat lelaki. Dia meminta no telefon. Kemudian dengan sopan juga erisya tolak untuk memberi no telefon lalu keluar dari Masjid Jamek....whewww! lega! Oleh kerana dah lewat, erisya buat keputusan nak makan burger ajer. Sementara menunggu, sempat erisya menelefon kakak di Ampang. Semasa sedang makan ustaz telefon dari PP. Menurut firasatnya wanita itu bukan orang baik2 dan menyuruh erisya pulang ke rumah kakak dan berpesan, sebelum tidur baca ayatul Qursi tanpa henti.
Erisya pun menyeberangi jalan untuk naik LRT ke Ampang pula. Erisya ternampak wanita itu (berjubah dan tudung labuh rupanya...) bersama seorang lelaki, juga berjubah dan berserban. Mereka berbual sambil memandang erisya. Erisya pun menambah kelajuan kaki...! Tiba di Ampang, kakak dah menunggu dalam keadaan risau. Erisya tegur...eh! ada bau minyak atar lah....Kakak nafikan ada bau wangi. Sebelum tidur, erisya baca ayat Qursi seperti yang ustaz pesan....terus terlelap(maklum esok pagi kena berkejar naik LRT dan komuter pula!). Sedang enak tidur tetiba terkejut....dengar suara wanita mengerang kesakitan! Ish! suara sape lak ni? Kakak mengigau ka? Terus erisya bangun ambil wudhuk . Selepas tu tak dengar lagi suara mengerang.
Esok paginya ustaz telefon....bertanya khabar. Menurut ustaz, itulah suara wanita yang erisya temui di Masjid Jamek....mengerang kerana dibalun (dipukul) oleh cahaya ayat Qursi yang erisya baca....Itulah pertemuan pertama dengan wanita tersebut. Kemudian kami bertemu lagi di Masjid Jamek. Dia sempat minta wang RM100 dari erisya! Hmmm...sesuka hati jer minta! Tapi kesian gak....erisya beri RM50. Bila kakak tahu, dia marah! Kebetulan masa tuh kakak pun solat di situ.Esoknya kakak muntah2 dan hampir pengsan di pejabat. Ketika dalam tandas, kakak nampak kelibat wanita tuh kat cermin! Sejak tuh erisya menghuni rumah kakak. Kesian tengok kakak dalam keadaan lemah. Ustaz pun suruh jaga kakak.
Jujur, erisya bukannya percaya sangat ngan benda2 ni....tapi sejak pertemuan di Masjid Jamek, erisya terganggu solat. Malah zikir yang diamalkan hilang dari ingatan tiap kali lalu di kawasan Masjed Jamek! Dah lah tuh...ayat yang erisya zikirkan sejak remaja dulu, jadi tunggang-terbalik! Syukur erisya terperasan ...maklum bahasa arab...nanti lain pula yang erisya doa! Sampai harini, sesekali, erisya jadi pelupa begitu.
Kali terakhir erisya jumpa wanita itu adalah di Masjid Negara. Namun kali itu, erisya jauhkan diri darinya.....tak sudi nak bersalam! Menurut kawan kakak, memang ada dua orang wanita aneh di Masjid Negara! Hmm..percaya atau tidak pengalaman erisya ni, harap teman2 semua berhati-hatilah ngan mana2 wanita misteri di masjid! Kalau nak bersalampun, pastikan berlapik...mana tahu minyak wangi yang dipakainya boleh memukau! Hmm...nampaknya di KL ni, erisya tak boleh ramah sangat macam di kampung dulu!
erisya,
ReplyDeletealhamdulillah takde apa2 yg teruk jadi..takutnya saya baca kisah ni.
mula2 ingatkan hantu...
pulau besar tu kat Melaka kalau tak silap. pulau besar ni org kata mmg berhantu jugalah...
isk! takutnya..
apapun hrp erisya selamat dan jangan layan ya..
:)
take care!
Akak, Pulau Besar dekat melaka, apa yg Lin pernah dgr dah byk berlaku kematian kat pulau tuh, dia dekat tgh laut..Selain sesuai untuk bercuti, tempat tuh ramai org pergi untk tujuan lain.
ReplyDeleteAkak, kenapa kalau Lin baca ayat kursi 7 kali, lepas tuh Lin langsung tak boleh tidur.. resah. Kawan2 lin pun sama.
Mula2 akak ingat erisya dah bertemu hantu seram akak baca cerita erisya ini, dizaman ini kita kena sentiasa berhati2 dengan semua orang yang kita temui kerana kita lum mengenalinya dengan lebih dekat.
ReplyDeleteAnntaj, Lin dan kak sakura, terima kasih. ooo kat melaka rupanya....kena hati2 ngan sesiapa yang tak dikenali. Lin, setahu kak erisya bila baca ayatul Qursi sebelum tidur, kita akan lena macam kena dodoi! tak ada mimpi2 pelik....tenang jer...hmm...bab tak leh tidor tu, harap uncle mountdweller tolong jawabkan.Setahu akak, tak yah baca 7 kali..baca sekali pun Allah hantar penjaga ketika tidur (seperti sabda rasulullah saw)
ReplyDeletehati2 dengan orang2 sebegini.....mintak2 erisya dapat pengajaran dari pengalaman ini dan moga Allah lindungi kita dari manusia-manusia jahat ini
ReplyDeletewallahu alam bisawab
ReplyDeletewwhooaa.... saspen gaks
ReplyDeleteTerima kasih PJM dan Pendekar, Allah Maha Mengetahui...setiap kejadian ada sesuatu di sebaliknya ...yang pasti kini erisya lebih berhati2 untuk berkawan :)
ReplyDeleteerisya,
ReplyDeleteSepatutnya erisya sudah dapat petunjuk siapa perempuan tu. Itulah kita insan biasa ada masa kita lemah dan ada masa kita kuat.
Sebenarnya dia cuba menjuruskan sesuatu melalui telinga erisya tapi dia gagal. itulah sebabnya dia buat begitu acap kali tapi gagal juga. Yang erisya rasa dan alami mimpi tu hanyalah luaran itu sebab boleh ditangkis dengan ayat alkursi.
Jangan risau benteng erisya masih kuat. Tentang lupa tu bagi uncle yang dah berumur ni biasa tapi erisya masih muda. Kalau mengikut guru uncle, dia suruh selalukan baca "Alamnasyrah" untuk mengekalkan ingatan. Tapi uncle kadang buat, kadang tidak!
Hi Erisya Nor, just dropped by say hello. Love your song selections here.
ReplyDeleteSinger has a very nice voice too.
You have a nice day and keep well, Lee.
Thanks Lee...i'm happy that you can enjoy the songs!
ReplyDeleteuncle, terima kasih.ustaz tuh ada beritahu tentang wanitu tuh...tapi errr erisya tak setuju. Dari pengalaman bertemunya 3 kali, serta segi logik erisya berpendapat wanita itu adalah golongan manusia biasa yang menyesatkan umat Islam. Memberi impian kosong kepada yang tertipu, mengaut keuntungan dengan mencari 'sponsor' untuk membiayai aktiviti mereka di Pulau Besar. Cara mereka mudah jer...ajar 'ayat' yang boleh masuk ke alam ghaib...buat pengikut berasakan bahawa merekalah ahli syurga berdasarkan 'karamah' yang mereka perolehi. maaf jika ada yang tersinggung. Rasulullah saw sendiri menolak bantuan Jibrail...kenapa kita pula nak seru para jin dan malaikat? Ibnu Abbas sendiri tidak pernah bertawasul kepasa ar Rasul...kenapa kita pula nak menyeru para wali? Ayat al Quran ada jutaan fadhilat..tapi wajar kah kita 'abuse' ayat tersebut? sekali lagi erisya minta maaf jika sakitkan hati pembaca yang amalkan ilmu seumpamanya. Ini adalah pandangan peribadi erisya. Tiada niat di hati nak menyakiti sesiapa.Apa yang erisya citer dalam blog adalah yang boleh dijadikan iktibar...banyak lagi pengalaman mistik lain yang erisya simpan...sebab, tiada faedah kepada para pembaca ! peace...:)
ReplyDeleteoops! nak tambah sikit. Ustaz tuh tak setuju dengan kata2 erisya di atas...menurutnya, itu nabi. kita manusia biasa yang perlukan bantuan para wali, jin islam dsbnya....hmmm...hujahnya masih belum dapat menyakinkan erisya! Allah utuskan manusia biasa sebagai nabi...kenapa? agar boleh dijadikan teladan...kenapa nak buat apa yang rasulullah saw tak suruh atau tak buat? sekali lagi...peace...:)
ReplyDeletewaa.. dasatnye. dia tu orang ke ape? takut nye. kat masjid pun ada ugak benda mcm tu.
ReplyDeleteamazing ekperience..erisya ni mudah sangat percayakan orang dan berbelas kasihan tinggi(macam aku juga..hehee)..erisya sambung jelah study..saham makin tinggi tau...
ReplyDeleteBuku apa kak yg kat dlm blog cikgu Jinggo tu? kalau boleh dpt membantu lin, lin nak jugak..
ReplyDeleteTerima kasih akak atas bantuan akak. terima kasih jugak dgn surah yg akak post kan tuh.. Lin dah cuba amalkan..)
Salam erisya...terima kasih kerana meninggalkan jejak anda di laman rumah daddy...
ReplyDeletePengalaman weekend husband and wife ni daddy dah pernah lalui hampir setahun, syukur dapat bertukar...begitulah jika menjadi penjawat awam...kita telah pun bersetuju untuk di tugaskan ke mana-mana...
p/s: Ye daddy pakai photoshop, cuma perlu sedikit imaginasi dan ketekunan...daddy add link erisya ye...
salam kenal dari ariff @ maxx.
ReplyDeletethanks sbb sharing info ni..
kat KL ni mmg kena hati2 sgt. kat mana2 sekalipun kita pergi.
dgn kawan2 siber ni pun kita kena waspada gak. jangan terlalu sgt dedah maklumat peribadi kita ye..
~ingat-mengingat sesama sahabat~
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteassalamualaikum kak, saya tak dapat jmpa komen box or msg box di blog akak. jadi saya ambil kesempatan membalas disini. berhubung dengan pertanyaan akak. tetang warranty brooch tu. saya amik takda warranty.tp if baru je akak beli tapi dah rosak agak lebih kurang kurang dari 2 minggu.saya akan menggantikan dengan yang lain..and mungkin selepas ni. saya akan buat warranty utk item tersebut. untuk menjamin kepuasan semua :) anyway akak duk bangi? saya duk kajang :) if senang singgah la kedai brooch saya lagi :) akan di update pada minggu hadapan :)
ReplyDeleteAjeem, MSc tak habis lagi...nantilah kasi clear dulu hehehe..
ReplyDeleteLin, buku tu tajuk folloe your heart mcm yang cikgu jinggo papar gambar kat n3 tuh
daddy cool,tq!tq!baru ni ada install photoshop tapi tak dan godek2 lagi :)
Ariff, selamat berkenalan...TK atas pesanan tuh,....kekadang erisya pun terlajak juga sebab tu banyak n3 dah delete TQ sb sudi link :)
memory, erisya rajin gak ke kajang...ada add kedai kat blog ka? nanti erisya singgah :)
Oic, ikut gerak hati.. mcm best jek, hadiahkan lah kat Lin hehe... akak tinggal mana kak? kalau dekat, Lin nak sgt jumpa akak..
ReplyDeleteSalam buat anakanda erisya,
ReplyDeleteUncle rasa ada baiknya juga jika erisya melawat blog Wak Jono. Di situ ada perbahasan yang menarik.
dah tukar setting..huhuu..
ReplyDeleteTakutnya baca cerita nih. Terus-terang cakap, saya cukup takut utk solat di masjid atau surau yg kosong atau tidak ramai orang. Saya akan singgah di rumah saudara atau kenalan. Sebab itu sekiranya saya ingin membuat sesuatu perjalanan, saya akan menghubungi mereka untuk menumpang solat demi memikirkan keselamatan saya.
ReplyDeletebetul tuh aryani..itulah sebaik2nya demi keselamatan
ReplyDeletesatu pengalaman yang agak menyeramkan.. memula ingatkan orang baik2, rupanya ada udang di sebalik mee.. rupa perempuan ada iras2 india muslim ker?? setahu saya, pulau melaka tu kebanggaan orang2 india muslim..
ReplyDeletenurdaniella....rupanya macam wajah org keturunan siam atau aceh. bahasa pun macam melayu siam jer. org keturunan india...di mana2 amat percaya keramat2 ni. malah di capetown pun ada kuburan keramat! meski dah Islam , sukar mereka nak kikis kepercayaan tuh
ReplyDeleteSeramnyer..
ReplyDeleteRindu kak til terbaca kisah neh..
xpasal2 aku seram sendiri..
naseb kak kuat..