Sekejap jer masa berlalu. Dah masuk hari ke 4 di sini. Lecture harini agak padat. Penat! Bak kata pensyarah kami Dr Thuy...orang ambil PhD ambil masa 3-4 tahun untuk belajar konsep conservation, eksperimen makmal serta analisa data dengan pelbagai jenis software...tapi kami terpaksa absorb dalam masa 6 hari sahaja! Memang memenatkan minda!
Pagi tadi pertama kali erisya mengantuk dalam kelas.....isi yang begitu padat benar-benar buat erisya penat. Sedang erisya terangguk-angguk (bukan kerana faham!) tetiba terdengar bunyi air mengalir! Terus erisya terjaga..ish! rupa-rupanya terlupa nak tukar cell phone ke silent mode! Satu kelas ketawa. Dr Thuy turut terperanjat ...dan berkerut wajah. Rupanya beliau fobia dengar bunyi air! Menurutnya sejak kecil dia takut bunyi air kerana rumahnya selalu banjir. Erisya benar2 rasa bersalah ...begitulah, pengalaman masa kecil membentuk diri kita. Walau kini Dr Thuy telah menetap di Bangkok, namun masih tak boleh melupakan pengalaman silam di Vietnam.
Begitulah sejarah mengajar kita. Sejak kecil, erisya dah belajar berdikari. Sebab itu erisya membesar menjadi wanita yang tegas. Malah pada hari pertama erisya bersekolah (sek rendah) erisya mendaftar diri di sekolah tanpa ditemani sesiapa...hanya mampu melirik dan senyum tawar lihat rakan-rakan ditemani oleh ibu ayah. Namun erisya syukur, dari sekolah rendah hinggalah ke universiti , erisya mempunyai guru2 yang menyayangi erisya. Malah, mamak jual ais kacang di sekolah rendah dulu pun selalu beri minuman percuma pada erisya!
Ketika di matriks pula, erisya selalu keluar asrama pada hari biasa (bukan hujung minggu)...maklumlah cikgu disiplin baik ngan erisya! Hmmm....mengambil kesempatan dalam kesempitan! Akhirnya, barulah erisya tahu rupa-rupanya cikgu sangka erisya ni adik makwe lamanya...maklum, wajah kami seiras! Patutlah .....! Tapi lepas tuh erisya jauhkan diri kerana tunangan cikgu bekerja di sekolah yang sama....takutttttttt!
Selain cikgu, senior juga banyak memberi tunjuk ajar. Erisya masih ingat, kak Ma selalu pesan agar jangan tinggal doa dan solat istikharah. Menurutnya, kita tak tahu bila doa kita akan dimakbulkan...kena minta awal! Sentiasa istikharah agar mudah nak buat keputusan secara tiba-tiba...manalah tahu perlu buat keputusan segera! Sebab tuh lah erisya suka buat awwabin berserta istikharah selepas solat maghrib. Ternyata, erisya selalu mendapat alamat melalui mimpi. Malah teman2 yang istikharah akan bertanya mimpi erisya sebelum buat sebarang keputusan. Memang kelakar...mereka yang istikharah, mimpi kita pula ditanya!! Namun ada satu mimpi yang tak boleh erisya lupakan....iaitu erisya bermimpikan mimpi yang sama dengan sahabat baik erisya! Memang aneh. Dalam mimpi, erisya nampak seorang pelajar lelaki iaitu R menyerahkan sesuatu kepada rakan di meja sebelahnya. Erisya tak tahu apa. Benda itu dipasskan dari tangan ke tangan hingga akhirnya tiba ke tangan sahabat erisya itu. Kemudian, erisya nampak sahabat erisya buat isyarat tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Keesokan harinya, erisya menceritakan mimpi tersebut....sambil mengusiknya kerana erisya tahu R ada menaruh hati dengannya. Sahabat erisya, H terperanjat! Rupanya dia juga mimpikan R malam tuh. Menurutnya dia mimpi R pass sebentuk cincin kepada kawan2 sekelas kami untuk diserahkan kepadanya.(oooo cincin rupanya!) Malangnya, cincin itu longgar lalu dia beri isyarat tangan kepada R memberitahu bahawa dia tak boleh pakai cincin itu!
Memang aneh. Namun akhirnya mimpi jadi kenyataan. R berkahwin dengan senior kami. Ternyata cinta terpendam mereka tak kesampaian. H pun dah berkahwin. Walau melalui orang tengah tapi mereka bahagia! R ? Ntahlah....dah lama tak dengar khabar beritanya.
Itulah kali pertama dan kali terakhir erisya dan H berkongsi mimpi yang sama walau tidur lain bantal! Tanpa diduga, dua bulan lepas erisya terserempak dengan H di hentian rehat dalam perjalanan ke utara. ar Rahman jer yang tahu betapa gembiranya kami berdua bersembang hingga terlupa suami yang menanti dalam kereta! Sesekali kami berSMS melahirkan rasa rindu masing2. Hmmmm, memang banyak kenangan kami kongsi bersama.....semuanya indah-indah belaka!
wahei anak melayu! belajerlah sunggoh2..seperti bangse kami yang bijak dan menghasilkan sesuatu bukan graduan yeng mengemis meminte kerje kosong..jangen ikut bangsemu yang moron,tak kreatif dan pasif..ditegur melenting tapi tak sedar kebangangeng sendri!!
ReplyDeleteunik betul kisah erisya dalam entri kali nii..heheh..sebut pasal mimpi,memang saya senyum...
ReplyDeleteBerbaik-baik sesama manusia tidak merugikan kita, insyaAllah.. Keikhlasan hati kita itu yang membawa orang dekat pada kita..
ReplyDeleteDah lama nak tanya - erisya macam ambil bidang yg ada kaitan dengan alam sekitar ( maaf kalau saya salah )- saya ambil Perhutanan dulu - kerja di FRIM ( forest research )- buat kajian itu dan ini...banyaknya berkaitan dengan human vs environment : sambung buat eduacation ( pendikan alam sekitar ) : balik Malaysia dengan semangat nak sebarkan indahnya belajar SAINS...macam kita kat Universiti...seronok tgk kid kat field...buka training centre.sebagai field centre - tapi itulah : minat orang kita dalam bidang ni terlalu sedikit - sambung lagi belajar - buat Karektor Building - akhirnya jadilah sekarang - sebelah orang alam sekitar - sebelah lagi motivator......itu yg nak di kongsikan....
ReplyDeleteErisya ni keje sambil belajar ker? Minta maaf, Byk yg Lin tak tahu ttg Erisya.. Kalau tak silap, Lin pernah terbaca Erisya ni pegawai penyelidik kan? Boleh lin tanya, berapa umur Erisya?
ReplyDeleteSalam erisya,
ReplyDeleteKenangan lampai mengundang nostalgia!
Itulah hakikat yang harus diterima, berjumpa dan berpisah adalah hukum alam.
maksu yg jenis dilepaskan oleh parents utk buat semua, sendiri... elok juga :)
ReplyDeleteJoe rock dari suku mana ya?
ReplyDeleteAjeem, erisya pun senyum baca n3 ajeem tentang mimpi. namun biasanya alamat yang ditemui dalam buku adalah berbeza dari pengalaman erisya
Tirana, betul tuh..org yg aura positif akan cari yang positif juga...kita boleh rasa keikhlasan seseorang itu
Jinggo. erisya bukan bidang alam sekitar tapi bidang forensik. sekarang sedang buat research berkaitan conservation pula
Lin, erisya sedang bekerja sambil belajar. Erisya bukan peg penyelidik tetapi peg sains dalam bidang forensik. Sekarang sedang mengambil MSc (genetik) dalam conservation pula.
Umur? hahaha yang pasti tua dari Lin. its ok...tak perlu formal.panggil nama juga boleh jika ianya rasa lebih mesra! lagian kan cuma berhubungan dalam blog aja! :)
Uncle, itulah lumrah hidup. Kenangan itu lah mewarnai kehidupan kita :)
maksu,
betul tuh, sejak kecil erisya dah jadi decision maker...ternyata ianya amat berguna bila kita menyelia kakitangan...ada boss yang tak tahu / berani nak buat keputusan...mungkin sejak kecil ibu ayah suka guna kuasa veto. tapi sejak kawin erisya dah pandai nak manja2...tak reti buat sendiri huhuhu
Tirana, kenapa erisya tak boleh masuk blog tirana? selalu hang. jika boleh masuk pun, tak leh tinggalkan komen :(
ReplyDeletesalam k erisya,
ReplyDeletefina seronok singgah kat sini. coretan akak best. bnyk tentang erti kehidupan.
rasanya lama tul x jumpa ngan akak kan?
defina
Fina,
ReplyDeletetu semua pengalaman lalu yang membentuk diri akak hari ini. bukan nak buka pekung di dada, moga dapat dijadikan iktibar kepada pembaca khususnya remaja yang punya masalah yang sama:)
best jugak singgah sini..:)
ReplyDeleteanntaj, terima kasih...singgahlah lagi:)
ReplyDelete