Sunday, November 30, 2008

HADIAH DARI LIN


Inilah hadiah dari kenalan baru erisya, Lin. Terima kasih Lin! kak erisya tak sangka akan terima hadiah secute ini! Pandai Lin buat!
Semasa mula nak blogging, tak pernah terlintas di benak erisya akan mendapat ramai kenalan baru dan mesra. Erisya mula berblog setelah didesak oleh kak Sakura.....dah banyak kali ditanya erisya pun malu alah dan mulakan coretan pertama. Kebanyakan kandungan blog erisya adalah kenangan lama....dengan niat agar ianya dapat memberi iktibar kepada teman2 semua. Setiap orang punya sejarahnya sendiri. Sejarahlah yang membentuk siapa kita hari ini.
Hari ini juga melakar sejarahnya sendiri. Pertama kali erisya berSMSan dengan Lin. Lin begitu mesra sekali seolah kami telah berkenalan bertahun lamanya! Sempat juga Lin kirimkan salamnya kepada uncle Mountdweller dan cikgu Jinggo :) . Ok Lin, kak erisya dah sampaikan :)

3 comments:

  1. Wa alaikumussalam buat Lin dan terima kasih pada erisya. Memang Lin kreatif dan punya bakat seni.

    ReplyDelete
  2. betul tuh uncle, adik Lin memang berbakat seni!

    ReplyDelete
  3. Saya juga ingin menjadi sahabat Erisya.

    Sekiranya sudi, terimalah saya seadanya. Salam ukhuwah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah