Tuesday, November 25, 2008

PLEASE QUIT!




Erisya pernah menganalisa rokok yang diimpot untuk menentukan tarif klasifikasi bagi membantu pihak kastam menetapkan cukai yang perlu dibayar. Macam-macam jenis rokok erisya terima ...paling tak tahan rokok kretek! Fuh! baunya tengik! Hmmm...itu baru rokok , erisya dah tak tahan! Syukur suami juga benci rokok! (errr itulah yang telah menambah sahamnya huhuhu)
Teringat dulu, cikgu pernah pesan, nak cari jodoh, tengoklah dulu pekerjaan si dia kerana tugas sehariannya mempengaruhi tingkah laku. Seperti erisya ni, tiap hari analisa rokok....tak suka kepada perokok. Tiap hari analisa kosmetik, erisya jadi begitu cerewet semasa beli kosmetik. Tiap hari analisa makanan, erisya begitu cerewet memilih makanan yang bernutrien....Hmmm....nasib baik erisya bukan BUTCHER!

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah