Menjelang tahun baru, pelbagai kenangan yang muncul kembali. Dalam bulan Disember erisya sambut ulangtahun perkahwinan, birthday erisya dan birthday aruah anak bongsu erisya. Pejam-celik, dah 12 tahun kami hidup bersama. Macam2 yang telah kami lalui bersama. Pelbagai dugaan telah menguji. Namun syukur kami masih dapat bertahan hingga kini...malah tiap dugaan yang menimpa telah menambah kasihsayang dan mengeratkan perhubungan kami....
Malam tahun baru adalah kali pertama suami luahkan hasrat hatinya. Pada tahun baru pula adalah hari terakhir erisya memeluk anak bongsu. Aqil pergi ketika berusia 26 hari. Sesiapa yang melihat Aqil pasti tak nyangka dia anak melayu. Maklum, kulitnya putih (mungkin ikut moyangnya keturunan cina), bulu mata panjang dan hidungnya mancung (meski masih baby dah ada batang hidung). Malah, mereka nyangka Aqil adalah baby girl!
Walau ada banyak kenangan sedih, namun tahun baru tetap erisya nantikan. Detik mula erisya menghitung usia yang semakin pendek dan hayat yang kian singkat.
Salam anankanda erisya,
ReplyDeleteTahniah kerana ulang tahun berumah tangga, tahniah di atas kesudian suami meluahkan isi hati. Takziah di atas kepulangan Arwah Aqil ke rakmatullah. Ingat erisya, walau sedih tetapi aqil boleh membantu ibu bapanya di akhirat nanti. Sedih di dunia mungkin gembira di akhirat.
Selamat menyambut Ulang Tahun Perkahwinan dan Tahun Baru Masihi.
Oh satu lagi uncle tertinggal nak komen. Sapa kata erisya tidak cantik? Erisya cantik dan yang di sebelah tu cukup ensem!
ReplyDeleteTerimakasih uncle atas kesemua ucapan tahniah tuh....juga terima aksih kerana memanggil erisya anakanda, suatu panggilan yang cukup bermakna! SELAMAT TAHUN BARU MASIHI
ReplyDeleteuncle lelaki melayu pertama kata erisya cantik huhuhu , thanx :)
ReplyDeletesetiap kita ada cerita yg berbeza bila bercakap soal yg dikaitkan dengan perkahwinan dan kebahgian...semuga puan - dilindungiNya dan di berkati pada hari2 seterusnya.....
ReplyDeleteTerima kasih Jinggo, begitu juga doa erisya buat Jinggo sekeluarga :)
ReplyDeletewauu,,erisya ke dalam gambar tu dan suami?memang padan sangat...bagai cincin bertemu dengan berlian...hehehe.
ReplyDeleteerisya muka macam arab tau..lawa...
moga terus berbahagia hingga ke akhir hayat.
TK ajeem,
ReplyDeletea'a tu lah suami erisya. Arab? huhuhu erisya tak de keturunan arab!
cepatnya reply ye..tapi muka mcm arab tau..mungkin moyang ke-10 kot..hehee...
ReplyDeleteloghat bahasa budak tu dalam loghat sabah..macam tulah sabahan tulin punya BM.ada campur ckit dengan bahasa kadazan dusun..hehee..
ReplyDeleteada banyak lagi video macam tu tau..tengok la lepas nii...
Eisya masih beruntung ada suami disisi. Saya menyambut anniversary bulan ni seorang diri. Suami saya nun jauh....Anak-anak sahaja menemani.
ReplyDeleteDugaan Allah yg sebegitu hebat adalah kerana Erisya juga seorang yg hebat dan insan terpilih. Allah tidak akan menduga kita sehingga dia tahu kemampuan kita untuk menerima dugaannya..Wallahhualam.
Semoga tabah.
Ajeem, kungkin kot tapi dah cair huhuhu erisya suka loghat sabah..bukan nak bodek tau...pertama kali ke sana dah suka suasana di KK.
ReplyDeleteTK Arryani. mmg sedih sambut aniversari seorg diri. dulu erisya pun gitu...anak bersama suami di malaysia
at least cairan tu masih ada la..hehe..kalau ya pun nak bodek apa salahnya,bukannya ada apa2 yg erisya boleh bodek..masih banyak kawasan menarik kat sabah yg erisya belum pergi,next time cubalah merantau...
ReplyDeletebegitulah kehidupan, ya...dengan pelbagai kisah dan cerita suka duka...semoga terus berjaya, tahniah, dah 12 tahun.
ReplyDeleteAjeem, insyaAllah akan ke sana lagi. dah ada org janji nak bawa jalan2 ;)
ReplyDeletemaksu, terima kasih.
Wah 2 2 cun!!! Taniah selamat menyambut ulang tahun perkahwinan moga hingga ke akhir hayat. Amin
ReplyDeleteBersyukur atas ulang tahun perkahwinan anda,moga erisya diberkati Allah dan dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat.....aminn
ReplyDeletesalam kak erisya.....
ReplyDeleteselamat menyambut ulangtahun perkahwinan dan selamat tahun baru.
takziah juga atas pemergian baby aqil.
sapa kata akak x cantik, comel lote aper, awet muda lag tuh....kan fina dah kene mintak petua....
lama tul x borak2 ngan akak...
defina
Erisya Nor,
ReplyDeleteCinta tak akan datang kalau tak dicari
cinta juga tak akan dapat kalau tiada siapa yang memberi
tapi mencari biarlah pada yang sudi
bukan meminta pada yang simpati.
Taniah selamat menyambut ulang tahun perkahwinan moga hingga ke akhir hayat. Amin
Terima kasih kak sakura,PJM, Fina dan ciplak:)
ReplyDeleteamboi sekarang ciplak banyak keluarkan falsafah cinta ;)
laku plak entri ni ya...hehe..saja nak imbas kembali..
ReplyDelete