Hari terakhir kursus. Agak sedih berpisah dengan teman2 yang baru dikenali....terutama Dr Siti, Dr Thuy dan Dr Latifah yang bertungkus-lumus mengajar kami. Semoga mereka mendapat pahala di atas ilmu yang diberikan.
Flight jam 6.40 petang. Congak-congak, masih sempat ke Chowrasta! Erisya bersama dua orang rakan sekerja dan Dr Zohrah dari Brunei dibawa teman baik erisya ronda2 di tanjung. Tak terduga, trafick jam dalam perjalanan pulang! Penang ada jam? Huh! pelik ! Jenuh pusing ke mana2 tapi masih jam. Syukurlah selepas Jelutong, jalan dah ok . Kami sampai di Airport tepat jam 6 petang. Sebaik sahaja kami check-in kaunter ditutup! Whewwww ngam ngam ! Kalau tak, terlepas flight!
Tiba di KLIA, kami bertiga sempat shopping di kedai bebas cukai. Entah apa yang merasuk , erisya beli satu set miniature parfum! Dah lama berkenan dengan pewangi lancome tapi mahal sangat! Lagipun, di kedai biasa mana ada saiz kecil! Sebaik sahaja habis shopping, kami bergegas ke bagasi. Tapi pelik! Tiada tertera nama flight kami di mana2. Heran! Pusing punya pusing, kami ternampak bagasi kami bertiga tersusun cantik atas lantai! Hmmm padan muka...shopping lagi! Apapun, syukurlah bagasi kami selamat!
Erisya selamat sampai ke rumah dengan kejutan...adik bongsu dan kakak menanti di rumah!
tahniah kerana berjaya mengharungi hari-hari yang mencabar.percayalah selepas ini 'kemanisan' hidup akan dirasai dengan lebih nikmat lagi...hehehe...
ReplyDeletethanx ajeem ...tiap kali bertemu ibu hamil..erisya sentiasa doakan agar mereka tidak duji seperti erisya :)
ReplyDeleteSalam erisya,
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya sudah selamat. Selamat mengharungi kursus dan selamat tiba di rumah.
Tentu erisya gembira bila semuanya selesai, Ibu dan adik pula menunggu di rumah. Tapi uncle rasa yang lebih seronok sebenarnya ialah Cik Abang yang seminggu ditinggalkan.
thanx uncle. iya, cik abanglah yang paling gembira walau kena kerja lebih , maklum sakit pinggang lepas seminggu usung note book ! Fening bila anak dan ayah berebut perhatian!:)
ReplyDelete