Tuesday, November 11, 2008

RONDA2 DI CAPETOWN

kawasan rumah orang Islam. Keistimewaannya adalah semua rumah dicat pelbagai warna...tiada warna yang seragam

Ini rumah orang kaya . Di sini, taraf hidup amat tinggi. Flat dua bilik disewa RM1500 sebulan!


SIMON'S TOWN





si penguin sedang termenung













TABLE MOUNTAIN






cicak ini bersaiz XXXL . Mulanya erisya ingat patung sebab dia senyap jer tak bergerak2. Erisya pu n ngendaplah...kian lama kian dekat. Tetiba dia terkejut.. kamipun sama-sama lompat ketakutan! Fuuh! rupanya cicak asli!











pelbagai bentuk batu di puncak Table Mountain





kaki Table Mountain











CHAPMAN'S PEAK






Ini adalah pokok Aloe ferox (red aloe vera)






Erisya suka Capetown. Penduduknya ramah dan baik. Suka memberi hadiah. Erisya dapat tiga utas rantai, dua kotak cookies, 4 buah buku masakan dan sehelai skaf. Malah aunty Rahma mengajak erisya ke Israel bersamanya. Rupanya aunty Rahma dah 4 kali ke sana. Bukan erisya tak berminat, tapi biarlah ke Mekah dulu. Lagipun, Erisya pernah lihat video yang diambil oleh teman baik yang ke Israel dua tahun lepas(cukuplah tu) . Sebagai seorang kristian, dia wajib ke sana sekali seumur hidup (sama seperti kita yang wajib ke Mekah jika mampu).


Bagi sesiapa yang berminat ke sana, insyaAllah erisya boleh bantu. Erisya kenal satu keluarga Islam yang sangat baik budi-bahasa walaupun mereka kaya. Si isteri bekerja di sebuah hotel kepunyaan seorang datuk dari Malaysia. Ada banyak makanan Malaysia di sana...dimasak oleh tukang masak dari Malaysia. Entah-entah, budu pun ada! Oh ya...siapa yang suka nando's tuh, boleh lah mencubanya di bandar capetown..maklum negara asal pastilah rasanya lain! Kat sana nak tahu halal atau tidak, mudah jer....jika ada lambang bulan sabit warna hijau, halal lah tuh!
Bagi yang suka hiking atau trekking macam uncle mountdweller...jangan bimbang! Boleh teruskan aktiviti tersebut sambil lihat keindahan alam yang menakjubkan! Cuma, hati-hati ngan baboon jer....ganas! Ramai mat dan minah saleh trekking. Erisya naik keretapi kecil jer...tak larat !
Bagi yang suka shopping, maaf; ini bukan tempat yang sesuai. Walau duit kita lebih tinggi namun harga barang melangit. Baju-T budak RM70 sehelai! Dari pemerhatian erisyalah kan, cuma tudung wanita, batu permata , pakaian kulit dan pakaian bayi jer yang murah. Yang paling erisya suka ialah sebuah kedai di waterfront. Cuma bayar RM6 bagi paket plastik kecil (saiz 3" x 6" )atau RM9 bagi paket plastik yang besar sikit.....pilihlah sebanyak mana batu permata ..penuhkan paket plastik tuh...no xtra charge!! ! Fuh! best giler! Ehem! siapa yang ada keinginan nak lamar anak dara orang tuh...belilah cincin berlian di sana...pasti diterima! Kilauannya memang lain dari kedai Poh Kong!
Siapa yang suka bunga pula, ada sebuah taman bunga yang mempunyai beratus-ratus spesies bunga...namun erisya tak ke sana sebab tak tahan pollen..maklum ada resdung :)
Ada rezeki, pergilah ke sana....nikmatilah sendiri pengalaman yang menakjubkan! Oh ya...jangan pergi pada musim sejuk...Table Mountain ditutup dari kunjungan ramai.
p/s: Erisya cuma pergi dua tempat sahaja dari 16 tempat pelancungan di Capetown. Di puncak Table Mountain pula, erisya cuma jelajahi 1/4 kawasan sahaja...terlalu luas...tak larat nak jalan..sebab itulah jika ada rezeki erisya nak pergi lagi!

13 comments:

  1. Salam dari uncle,

    Uncle cukup terpegun dengan pandangan laut dan gunung. Memang jiwa uncle di suasana yang begitu.

    Terima kasih kerana paparan ini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salaams uncle,

    insyaAllh ada rezeki kelapangan masa, uncle pergilah ke sana...memang menakjubkan lihat ciptaan Allah di sana.Erisya tak mampu nak terjemahkannya melalui kamera ..maklum bukan pro!

    ReplyDelete
  4. uncle, erisya dah edit n3 ini khusus buat uncle :)

    ReplyDelete
  5. salam singgah..semoga terus berkarya dan berblog...idealisme orang muda-mudi amat penting pada masa kini...hehee...

    ReplyDelete
  6. Erisya kalau akak dapat berada di puncak gunung dan melihat pandangan laut yang indah ini, pasti akak rasa satu kejayaan berada dipuncak dan akak nak kejerit kegembiraan....nak jerit nama sapa ek ek....nama erisya la he he he

    ReplyDelete
  7. salaams Ajeem, terima kasih atas dorongan. singgah ler lagi :)

    kak sakura, sungguhkah bagai dikata? kot nama orang lain yang kuar dari bibir huhuhu

    ReplyDelete
  8. maklang nak kesana laa..kalau ada RMnya...tambang aje dah berapa agaknya ye??

    ReplyDelete
  9. salaams maklang,

    masa erisya pergi dulu, harga sekitar RM5,000 (MAS) kalau Singapore Airlines murah sikit tapi tak ada insurans. Haritu ada majalah mastika buat pekej ke sana, capetown + mauritius hanya RM6,000. wahhhh kira murah pakej tuh!erisya tak ikut pekej pelancungan...pergi ziarah kawan bersalin anak sulung di sana. Mungkin melalui agensi pelancungan lebih murah.

    ReplyDelete
  10. Semua tempat2 ni erisya pernah pergi ker? best nyer..... bilalah agaknya Lin dpt ke sana..

    ReplyDelete
  11. Lin, hampir semua foto pemandangan yang erisya paparkan dalam blog ini adalah tempat yang pernah erisya kunjungi.InsyaAllah, nanti pergilah masa honeymoon :) erisya akan minta kawan tolong survey masa tu musim apa di sana ;)

    ReplyDelete
  12. Salam..

    Boleh saya dapatkan info dan tips mengenai Cape Town utk trip saya,wife dan anak 2 org (1 tahun dan 4 tahun)?Plan nak pegi bulan September lepas raya utk trip 6H/5M.

    Terima kasih.
    (syfuladzman@yahoo.com)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah