Harini kami tidak melakukan apa2 kerja makmal lagi. Cuma bertaaruf (suaikenal) serta mendengar teori-teori tentang conservation (jika sumber makanan kita pupus, manusia juga pupus!). Ada kisah ikan, tuntong dsbnya. Bagaimanapun erisya tertarik dengan kisah Out of Africa. Di mana ahli sains telah membuktikan melalui kajian genetik bahawa umat manusia berasal dari Afrika! Meski ada saintis yang tidak bersetuju (mereka ada hujah mereka sendiri).
Ketika Prof Madya Dr S menceritakan teori ini, fikiran erisya melayang ke Capetown. Di mana ketika berada di atas puncak Table Mountain dulu, erisya nampak bekas tapak kaki Hawa. Malangnya masa tuh erisya tak belajar lagi cara nak buat foto panorama, jadi hanya dapat ambil foto di bahagian tumit sahaja. Jika benarlah bahawa Hawa turun di Afrika maka sesuailah dengan teori tersebut...maklum, bukankah Hawa (Eve) itu adalah ibu kepada umat manusia?
Dulu cikgu kaunseling erisya pernah beritahu bahawa erisya telah tersalah pilih bidang. Jiwa erisya lebih kepada seni bukan sains! Jujur, erisya jatuh cinta dengan sains kerana erisya banyak belajar tentang Allah dalam kajian sains. Sebab itulah erisya telah mengambil kombinasi yang pelik di universiti dulu...iaitu sains + pengajian Islam. Rasanya tiada orang segila ini memilih kombinasi!
Walau erisya kurang galakkan anak menceburkan diri dalam bidang sains (untuk karier) namun erisya sentiasa mendorongnya belajar ilmu sains. Orang lebih kenal artis yang menang award di persada seni dari saintis yang menang pingat emas di luar negara. Tak hairanlah kini masyarakat berlumba2 nak jadikan anak mereka sebagai penyanyi/pelakun! Pendapatan lebih lumayan. Lebih glamer. Kesihatan tidak terjejas dengan bahan2 karsinogenik atau racun. Tak payah perah otak untuk dapat keputusan yang baik di sekolah dan universiti. Mendapat sanjungan ramai. Boleh jual produk kerana sudah ada nama. Kalau cukup cun boleh kawin orang kaya raya....salah satu cara untuk jadi orang kaya segera! Saintis? nak jual produk kat mana? Bila tiada sokongan ahli politik, hasil ciptaan tak boleh nak dikomersialkan. Pelbagai sekatan dikenakan. Tinggallah pingat emas dalam simpanan. Tiada insentif yang diberikan....malah kena guna wang saku sendiri jika nak keluar negara terima award emas yang dimenangi! Kesimpulannya orang bidang sains ni susah naik pangkat, susah naik gaji, membahayakan kesihatan, perlu korbankan masa yang seharusnya dihabiskan dengan keluarga..dan bagi profesion erisya pula, meskipun dah meninggalkan jabatan kelak masih perlu jalankan tugas rasmi....tapi tak boleh claim mileage kerana dah bersara!
Walau apapun, telah ditetapkan inilah punca rezeki. Semoga Allah memberkati segala usaha dan gaji!
Salam buat erisya,
ReplyDeleteDoa uncle semuga erisya sihat dan ceria.
Sebenarnya apa yang kita buat, bidang mana yg kita ceburi adalah bukan kebetulan tetapi ketentuan Allah. Walau pun kita tidak disanjung, kita tidak dipuja dan kita tidak kaya raya tetapi apakah bakti yang kita curahkan tidak dinilai oleh Yang Maha Kuasa?
Apa yang kita lakukan didunia tetap akan diperhitungkan Allah. Manusia yang berada di dalam bidang sains dan pelajaranlah bagi uncle manusia yang paling beruntung. Beruntung kerana kerja baktinya menafaatkan manusia. Batapa besarnya ganjaran sekiranya kita buat kerja kita kerana Allah. Sekira Rezeki kita diberkati, amal kita dirahmati dan ibadat kita diterima Allah, apa lagi yang kita mahukan didunia ini?
Erisya, kerja-kerja yang syubhah seperti artis, walau pun glumour, kaya, bergaya, adakah rezeki mereka mendapat berkat dari Tuhan yang maha kuasa? Adakah kerja mereka ini boleh melindungi diri dari api neraka?
Percayalah apa yang erisya buat sekarang adalah yang terbaik. Tanpa golongan ahli sains, adakah dunia akan maju seperti sekarang?
Erisya kalau Prof Madya Dr S cerita pasal teori lagi, fikiran erisya jangan melayang jauh sampai ke Capetown....biar melayang ke bangi ajer he he he
ReplyDeleteLin setuju sgt kata Erisya, mana tak nya... cuba tanya dia apa rancangan paling best kat astro ceria, cepat jek d'org jawab. TOM TOM BAK!
ReplyDeletecuba tanya D'org nama sahabat2 Nabi, melopong nak jawab...
huhuhu, belajar sains syok giler.. :)
ReplyDeleteterima kasih uncle. betul tuh..cuma bila teruk sangat kami ditindas, rasa sakit hati gak :)Tapi yang pasti Allah telah temukan erisya ngan insan2 yang baik di sini. Waktu lunch kami bertadarus (bukan hanya bulan ramadhan sahaja), ada ustaz yang mengajar ilmu setiap minggu, punya sahabat 2 yang saling bermuhasabah....betul kata uncle tuh...sesuatu yang mungkin tak erisya temui di tempat lain.
ReplyDeleteErisya cuma mewakili orang sains lain yang telah ditindas sekian lama. Tak heranlah ramai yang lari ke luar negara bila ada yang lebih menghargai.
kak sakura,
dok sini tak ingat sangat kat bangi huhuhu
Lin, betul tuh...malah kuiz di radiopun dok tanya soklan tentang artis! tak membina minda langsung! tingat di Bali, erisya tengok TVRI...penuh hiburan saja...malah channel agama pun diselangi dangdut...cuma bezanya , lelaki yang menyanyi! masa tuh erisya dah susah hati..apakah mesia akan jadi begitu?
mak su, wahhhh maksu betul2 enjoy matapelajaran sains! erisya paling suka add mathes..hilang tension bila erisya selesaikan masalah mathes tuh! bukan apa, kepuasan tak terhingga bila dapat menyahut cabaran cikgu!