ikimasho...
Erisya tak tahu spesies pohon ini, namun yang pasti bila 'strolling' di sini, erisya suka keharuman bunganya...menyegarkan!
Errrr bagaimanapun, erisya masih merindui Taman Tasik Taiping ;)....ehem! tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain! InsyaAllah pulang dari PP nanti, erisya ambil gambar kat sana pula. Bagi yang pernah ke Osaka, pasti setuju ngan erisya..suasana yang nyaman dan segar di Taman Tasik Taiping membuat kita teringatkan Osaka!
Setelah penat ber'strolling' di Tasik Cempaka, tanpa diduga suami beri surprise....ehhh...coklat???...hmmm...nak sabotaj agar erisya lebih gemuk ka? Ooops! tak baik bersangka buruk ngan suami! Sebetulnya, suami selalu beri kejutan, erisya suka! Barulah kehidupan rumahtangga kami tidak hambar dan membosankan ;)
Sebetulnya, erisya pun suka beri kejutan... selalu beri kejutan pada kawan-kawan dengan mengirim kad-kad ucapan terutama sekali jika mereka dalam kesedihan...rasa seronok bila lihat wajah mereka ceria semula...hmm..teringat lak dulu ada seseorang tuh tiap hari hantar ecard kepada erisya...semuanya lucu-lucu...tiap pagi, erisya pasti tersenyum lihat ecard kirimannya....hmmmm rasanya jika dia hantar RM 1 bersama pasti dah banyak duit terkumpul! Bagaimanapun terima kasih kerana dulu pernah menceriakan hari erisya :)
Nampak cukup nyaman dan cantik
ReplyDeletenanti bila uncle lapang, datanglah berjogging di sini :)
ReplyDeleteketenangan yang digambarkan dengan nurani dan rasa hati..salam singgah.
ReplyDeletesalaams muhammad azli shukri...terima kasih kerna sudi singgah :)
ReplyDeleteorang talang masjid - mesti kenai ni..saya link blog ni.
ReplyDeletemuhammad azli shukri, TQ!TQ! jarang sangat balik kpg lepas mak meninggal...
ReplyDeleteErisya wah seronoknya kalau selalu suami buat kejutan... hari-hari pun tak apa kan
ReplyDeletebetul tuh kak sakura...suami juga rajin sms ..sampai rakan sekerja tanya..." ada boyfriend ka?" huhuhu namun bila tahu ada seseorang rindu menanti di rumah...buat erisya tak sabar nak balik!
ReplyDeletebertuahnya bdn jd Erisya, ni gmbr kat mana n erisya, erisya ni mesti suka jln2 eh... best nyer..
ReplyDeleteLin, terima kasih. gambar ni diambil kat Tasik Cempaka bandar Baru Bangi. Hujung minggu ramai yang berjogging dan beraerobik. Erisya suka jalan2 dan amik gambar...selain lipstick dan bedak, kamera adalah item wajib dalam handbag!
ReplyDeleteErisya sama macam Lin, Liptiks, kamera, MP4 ngan kunci kereta mesti ada..
ReplyDeleteerisya tak simpan kunci kereta sebab tak berani nak pandu ...tiap tahun renew keahlian JPJ jer huhuhu
ReplyDelete