Tuesday, November 18, 2008

HARI KE 2 DI PP

Hari kedua, kami membuat analisis di makmal. Mengekstrak DNA dari anadara (kerang) dan chana (ikan haruan). Petangnya kami belajar teori filogenetik serta kaedah seperti distance-based (UPGMA, N-J), character-based (maximum parsimony, maximum likelihood dan bayesian analysis). Syarahan diberi oleh seorang conservation researcher terkenal dari Bangkok. Alhamdulillah oleh kerana pernah mengambil paper tersebut (ehem! dapat A) maka tak adalah masalah nak memahaminya...alah kalau tak faham pun tak pe....ketika buat analisa kelak, tekan butang jer...semua computer tolong kirakan!

Sebetulnya, makmal tersebut satu lantai eh! silap, satu tingkat dengan ofis ex-boss erisya. Pernah kerja di situ selama setahun sebelum dapat tawaran kerja dengan kerajaan. Itu pun secara kebetulan jer (ooops! ditakdirkan seperti kata uncle mountdweller). Sebetulnya, dulu semasa masih bergelar pelajar , erisya tak pernah pulang ke kampung tiap kali cuti semester. Kenapa? ehhh bukan sebab merajuk ngan keluarga. Sebenarnya keluarga erisya susah. Jadi tiap kali cuti semester erisya kerja sebagai student assistant dengan seorang pensyarah tuh ie Dr ZA (sekarang dah bergelar datuk di Putrajaya). Dapatlah gaji RM15 sehari! Memanglah sikit tapi cukuplah buat membantu adik2 yang masih sekolah. Malam, erisya kerja ngan sorang makcik tu jual nasi lemak di pasar malam ...dengan gaji RM5 sehari plus free meal. Alahhh sesuailah ngan kerja erisya...cedok nasi lemak jer....semua makcik tu yang masak! Tapi kejap jer...sebab lepas tu anak perempuan makcik tu tuduh suaminya ada affair ngan erisya! urggghhhh sakitnya hati! Itulah nasib pompuan ...tak habis2 difitnah!...erisya meraunglah jugak.....rasa terhina teramat-amat! ....eee ngorat betul-betul baru padan muka! Puas makcik tu minta maaf dan pujuk erisya tapi erisya buat dekkk ajer..lagipun exam dah dekat.

Habis jer peperiksaan akhir, erisya terus cari kerja. Erisya minta kerja di kilang2 sebagai supervisor...malangnya ada yang menolak permohonan erisya semata2 kerana memakai tudung! Penemuduga tu sendiri yang beritahu! Akhirnya erisya minta kerja sebagai operator di sebuah kilang dengan harapan akan dinaikkan pangkat kelak! Dua minggu kemudian, alhamdulillah, erisya lulus ujian IQ dan dinaikkan pangkat jadi QC inspector pula.

Jujur, erisya pernah menangis bila seawal 5 pagi telah terpacak di tepi jalan menunggu bas kilang...dalam hujan lebat pulak tuh! Teringat rakan2 lain enak dibuai mimpi bersama keluarga di kampung. Pertama kali naik bas kilang erisya rasa malu...maklum selama ini naik bas universiti! Tapi pelan2 keegoan erisya terpadam. Pada suatu hari, erisya bertembung dengan boss lama ( juga bekas penyelia projek tahun akhir) iaitu Dr ZA. Wajahnya agak berubah bila erisya beritahu erisya kerja kilang. Beliau suruh erisya bertemunya di ofis esok.

Setibanya erisya di ofis...kami hanya berbual-bual sahaja. Ish! apahal lak ni? penat jer erisya ambil cuti! Sebelum pulang, Dr ZA meminta bantuan erisya untuk serahkan sepucuk surat kepada rakan sekerjanya Dr S di tinggkat atas. Maka, erisya pun menapaklah memanjat tangga hingga ke tingkat atas sekali. Fuh! penat! Nasib baik Dr S ada di ofis. Dr S terus membaca surat tersebut sambil sesekali mengerling arah erisya. Kemudian, Dr S bertanya kepada erisya , betulkah erisya nak bekerja dengannya sebagai peg penyelidik? Eh??? bila pula erisya mohon kerja? Tak tahupun beliau sedang cari RO! Rupanya Dr ZA telah memberinya recommendation letter !

Alhamdulillah...Allah memberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka! Genap setahun bekerja di sana, dapat pula tawaran kerja dari kerajaan. Lalu, erisya menelefon timbalan dekan untuk memaklumkan berita gembira itu....ehhhh naper pulak? Sebetulnya sebelum itu, erisya pernah bertemu dengannya untuk menandatangani borang permohonan KPLI....beliau telah memarahi erisya....kerana mengikut jejak semua pelajar sains melayu (batch erisya) yang menjadi guru. Beliau mencabar agar erisya pecah tradisi itu! Sebab itulah erisya telefon beliau ...kerana erisya telah berjaya menyahut cabarannya...ternyata, beliau lebih gembira dari erisya!!!

Sehingga kini, erisya masih bekerja di agensi yang sama. Sampai sekarang, tiap kali bertemu dengan orang yang satu agensi ngan erisya, Dr ZA pasti berkirim salam! Mudah-mudahan sebelum pulang ke KL, erisya sempat bertemu mereka semua yang telah banyak membantu erisya....hmmm...tetiba saja erisya rasa rindu kepada mereka semua....yang telah banyak mendidik erisya erti kehidupan.


p/s: betul kata uncle, telah ditakdirkan erisya dalam bidang sains. Tanpa memohon erisya jadi peg penyelidik. Sekali pohon di SPA, erisya berjaya menjawat jawatan ini. Syukur, erisya tidak pernah bergelar penganggur.


11 comments:

  1. Taniah buat erisya kerana telah berjaya menempoh berbagai dugaan n sekarang bersyukur erisya telah berjaya dalam hidup ini...Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan jujur.

    ReplyDelete
  2. usaha dan kesabaran tangga kejayaan..bestlah ada partner life macam erisya...hehee..gurau je...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak sakura...mungkan mudah nak berjaya! masa study dulu, pernah makan sekeping roti gardenia dibahagi 3 org..maklum, scholarship selalu dapat lambat :) tapi itulah yang membentuk diri erisya harini...

    Ajeem...sayangnya erisya tak ada anak dara atau adik pompuan nak diperkenalkan :) tiap usaha dan doa pasti meraih kejayaan...cuma kena sabar tunggu ketentuan Allah!

    ReplyDelete
  4. Salam anakanda erisya.

    Huuh... panjang perjalanan dan liku-liku hidup erisya! bersyukurlah banyak-banyak. Allah telah memperkenankan apa yang erisya hajati. Alhamdulillah. Cerita erisya membuat uncle sedih pulak.

    Sekarang Allah telah campakkan erisya ke tempat yang sepatutnya. Hargailah manusia yang pernah bantu erisya. Semuga Allah sentasa di samping erisya.

    Oh ya.. ada tak sesiapa yang bernama dr. khairon yahya yang berkursus bersama erisya di situ?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas doa uncle tuh. Rasanya tiada nama itu dalam kumpulan erisya. Nanti erisya check mungkin erisya tak perasan masa sesi taaruf tahulu.

    ReplyDelete
  6. salam kak erisya,
    cerita akak betul2 menyentuh jiwa fina. tp pengalaman hidup akak tu mmg satu harta yg amat berharga yg memandu hidup akak skrg ni coz akak gunakan ia dr sudut positif. kalau akak tak lalui semua tu, belum tentu lg akak berada di tempat skrg ni...

    smg terus bahagia ye kak :)

    defina

    ReplyDelete
  7. thanx fina. dulu akak rasa akaklah insan paling mlg di dunia...rupanya itulah kasih-sayang Allah nak menguatkan jiwa akak!

    ReplyDelete
  8. betul tu kak,
    kita tak bersendirian kat dunia ni. walaupun kita rasa banyak yg kurang, Allah akan tampung kekurangan tersebut di tempat lain. asalkan kta lapangkan dada utk berfikir dan sentiasa bersyukur. pertolongan Allah kadang2 dihantar melalui org lain ataupun Dia permudahkan urusan kita.

    p/s: akak, jomlah datang vienna. duk sini seminggu, kite ronggeng!!!!!!....hehehehe

    defina

    ReplyDelete
  9. fina...tak de cadangan ke us lagi...mungkin nak australia dan indonesia dulu :)insyaAllah sebelum fina pulang ke mesia, kita ronggeng di us ...tak de geng nak ronggeng sejak fina gi sana ;)

    ReplyDelete
  10. Kak erisya...nasib kita serupa tp nasib akak lebih baik dr sy yg mjadi RO selama 5thn barulh dapat merasa kerja tetap. Kita prnh hidup sermh malah sekamar lg. Apapun semuanya itu laluan hidup yg telah Allah tetapkn kpd kita. Usah diresah krn Allah SWT itu Maha Adil...

    ReplyDelete
  11. ya Zah...dunia pekerjaan kita bermula di tempat yang sama. Seronok bila diingatkan pengalaman kita dok sekamar...bersama our 'invisible housemate'...ingat lagi tak? serammmmm. tau tak, dulu kalau zah belum pulang kak erisya tak berani nak masuk rumah hehehe lebih sanggup lepak kat kedai bawah sementara tunggu zah pulang...penakut gak akak ni...tapi tak citer kat housemate lain nak control ayu keh keh keh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah