Sunday, November 16, 2008

HARI KE-2


Hari terakhir bengkel. Agak santai. Belajar MEGA dan buat perbincangan tentang data sampel masing-masing. Syukur erisya mula nampak apa yang hendak erisya lakukan ke atas data sampel erisya iaitu gajah dan landak. Bagi sesiapa yang tahu di mana erisya boleh dapatkan sampel landak / gajah di seluruh semenanjung Malaysia, tolong hubungi erisya , ya? Cuma perlukan najis / duri sahaja. Erisya sendiri akan ke tempat tersebut untuk mengambil sampel.


Pulang dari Sepang erisya keletihan teramat sangat. Tak tahulah kenapa mata begitu berat sekali mungkin kerana terlalu banyak makan hidangan lazat atau minda dah tepu dengan program tu sumer. Malam ni pula akan berangkat ke PP pula untuk hadiri bengkel yang sama. Tapi kalini, bengkel akan dijalankan selama seminggu..errr seorang harus membayar RM2k tak termasuk penginapan. Berbanding dengan bengkel di Sepang, semua dibiayai oleh pihak penganjur! Setelah dirisik, seorang dikenakan bayaran RM120 termasuk 6 kali makan oleh pihak hotel (bagi pakej lebih 15 orang) ...wahhh lumayan!


Pulang dari PP nanti, insyaAllah erisya dah boleh mula menganalisa data yang ada demi pemuliharaan si gajah dan si landak......ganbatte ne erisya-san! Di Jepun, semua memanggil rakan sekerja dengan sebutan 'san' di hujung yang bermaksud tuan/puan/en/cik. Bila ditanya kenapa perlu begitu formal dengan rakan sekerja, Oshiro-san menjawab, " Why? They are NOT my friends, just colleagues!"

Buat teman-teman semua, tolong doakan agar semua urusan dunia dan akhirat erisya dipermudahkan....

9 comments:

  1. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Erinsya di dunia dan di akhirat. Ameen

    ReplyDelete
  2. terima kasih Tirana. Moga doa Tirana diaminkan malaikat agar Tirana juga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  3. puan erisya - nak kan sampel najis gajah -terus berhubung dengan PERHILITAN -Sekolah Gajah di Bukit Rengit - Lancang....Landak tak tahu pulak.tapi kat sana kalau pasal Gajah...semua ada !! Berurusan dengan Hatta.....

    ReplyDelete
  4. Jinggo, insyaAllah saya akan contact en hatta nanti. TQ!TQ! :)

    ReplyDelete
  5. erisya mimpi apa semalam?hehee...erisya belum kenal lagi siapa saya kan..tidak apa...ok saja bah...pelan2...

    ReplyDelete
  6. Erisya balik dari PP nanti kita leh p tengok landak ya?

    ReplyDelete
  7. betul tu cara depa. colleagues are colleagues. friends are different. bila dah lama sgt berhdpn dgn colleagues/friends, sedikit sebanyak akan terhidu perbezaan kriteria mereka.

    ReplyDelete
  8. Salam erisya,

    Tang duri landak tu, kalau erisya gagal dapat dari sumbernya - perhilitan, uncle ada simpan tapi kena cari dululah. Terlalu simpan lupa letak kat mana!

    ReplyDelete
  9. Ajeem, tak sempat nak mimpi apa2...tiba PP kul 1.30 pagi sebab flight dibatalkan. kepenantan, tidur macam kayu :)

    kak sakura...kena tunggu supervisor erisya pulang dari NY dulu ya...

    maksu, betul tuh...kawan akan tikam kawan demi pangkat. kawan boleh menjadi musuh yang paling jahat sebab tahu semua kelemahan kita...

    etomyam, terima kasih :)doa yang sama buat etomyam amiiinnn

    uncle, kalau jumpa nanti beri erisya ya? selain landak erisya juga buat kajian landak. ada penemuan menarik bla erisya bandingkan gajah kelantan dan negeri lain di semenanjung...jika uncle tahu kaw gajah di sana, tolong beritahu ya...nak ambil sampel najis gajah / landak. erisya perlu tahu locality haiwan tersebut...penting untuk consrvation . TQ uncle!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah