Tuesday, December 2, 2008

PETUA BUAT ISTERI

Kalini, erisya ingin berkongsi ilmu yang bagus untuk para isteri (read my lips : i.s.t.e.r.i.). Bukan untuk gadis yang masih meneropong lagi, ya? Lagipun tiada maknanya menerima cinta dari ramai lelaki sedangkan kita hanya perlukan SEORANG sahaja untuk dicintai. Petua ini diajar oleh ustazah Fatima az-Zahra agar para ibu sentiasa menjadi 'abqaro' (bermaksud perawan yang sentiasa perawan). Ianya elok untuk kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil segelas air. Baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Prof erisya juga telah berikan beberapa ayat untuk diamalkan. Antara lainnya , untuk

elakkan anak2 bergaduh bacalah s.al baqarah:102

Agar anak pandai belajar pula, bacalah s.al anbiyaa:79

Bagi anak2 yang liar bacalah surah ar-Rum :31 sebanyak 33 kali.

Hmmm kalau ayahnya yang liar? Ehhh ada doanya...bacalah surah al anbiya : 69 dan al Hasyr 22-24 . Takutilah doa isteri yang soleh! Jangan sampai isteri mendoakan pembalasan yang buruk buat kalian. Erisya teringat dulu masa kecil, opah pernah bercerita tentang seorang wanita di kampung. Sangat solehah. Tiap perbuatan tidak pernah kering dari menyebut nama Allah. Namun dia telah diuji dengan suami yang derhaka. Kaki judi! Tiap hari meminta wang dari isteri. Pada suatu hari, si suami telah terjumpa wang isteri dari laci. Si suami mencuri wang tersebut dan berpura2 meminta wang dari isteri. Bila dipinta, si isteri lantas membuka laci dengan kalimah bismillah. Aneh! masih ada wang di dalam laci tersebut! Si suami terperanjat....mana mungkin masih ada wang yang tersisa? Sejak itu, si suami bertaubat dan tidak menganiaya si isteri lagi!

Lagi satu kisah yang menjadi kegemaran erisya ialah tentang seorang sufi yang mempunyai beberapa kelebihan kurniaan Allah. Kisah ini diceritakan oleh bekas teman sebilik erisya iaitu kak Ila. Menurut kak Ila, makanan amat penting bagi suami dan anak2. Setiap kali menumis hendaklah membaca doa (maaf, erisya hanya ingat doa ini ketika memasak saja! ). Semoga dengan berkat doa itu, suami dan anak akan menjadi soleh. Berbalik kepada kisah sufi tadi, dia selalu bercerita kepada isterinya perihal kebolehannya boleh berjalan atas air. Suatu hari, ketika cuba berjalan atas air, dia terjatuh dalam air lalu basah! Sufi itu terkejut! Terus pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Rupa2nya si isteri telah terlupa baca bismillah ketika memasak hidangan yang telah dimakan tadi! Begitulah...rupanya selama ini si sufi mendapat kelebihan bukan kerana amalnya semata...tapi juga berkat hidangan yang halal yang disediakan oleh isterinya. Janganlah pandang remeh dengan isteri yang solehah!

6 comments:

  1. salam kak erisya...
    terima kasih kongsi ilmu.
    sama2 kita berusaha menjadi wanita dan isteri cerdik yg solehah. smg terus mendapat berkat dunia dan akhirat...insyaAllah...

    defina

    ReplyDelete
  2. Fina, sama2lah kita kongsi ilmu yang ada...semua tuh milik Allah. cuma sesetengah ilmu tu kena simpan takut ada org abuse lak...hanya beri pada yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  3. Wah hebat la erisya ini banyaknya ilmu, nampaknya akak ni kena kenuntut nak jadi anak murid arisya leh kan he he he

    ReplyDelete
  4. wauu..sedap petua tuu..semua orang mengimpikan kebahagiaan dan kenikmatan hidup.jika anda ingin mencari kebahagian anda haruslah tahu bagaimana memberi kebahagiaan dan begitulah sebaliknya.erisya ada belajar sains biologi ka?kalau ya,erisya mesti ingat enzim itu diumpamakan seperti kunci dan mangga kan?

    demikianlah kehidupan suami isteri yang saing melengkapi..hehe..macam dah kawin plak sy ni...teruskan menulis ya.

    ReplyDelete
  5. kak sakura,...akak lagi banyak ilmu tapi akak tak nak jadi sifu erisya ;)

    ajeem,

    baguslah walau masih bujangan tapi banyak pengetahuan rumahtangga...pasti akan jadi ketua rumahtangga yang baik :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah