Pak Karamu telah menurunkan ilmu via komen , surah al Hasyr :23-24 adalah asas perubatan segala penyakit. Terima kasih , pak! InsyaAllah samalah kita amalkan. Pesan Pak Karamu:
Ayat ni apabila nak dipraktikkan baca Al Fatihah dulu sekali, kemudian baca ayat ni 3,5 atau 7 kali, bacakan pada air dalam botol yang mana airnya jangan penuh sekadar 3/4 botol, sebaiknya biarlah air yang di ambil dari batang buluh yang di sulingkan, atau air hujan malam juma'at (tapi jangan bila hujan saja terus tadah tapi biarkan hujan berlalu 3 minit baru tadah) atau air zam-zam.
Masa membaca ayat tu rapatkan bibir kita pada mulut botol tu supaya selepas kita baca ayat tu kita akan nampak wap bacaan di dalam botol tu, maksudnya wap itu adalah wap bacaan, kemudian tonggeng terbalikkan botol tu supaya mesra air bacaan tu dengan air yang tersedia ada di dalam botol, kemudian baru bagi minum, dan ayat ini juga buat selusuh yang paling baik atau untuk kandungan yang songsang dalam kandungan insya Allah
Surah ini telah mengingatkan erisya pada kisah lucu ketika bergelar pelajar dulu. Erisya bersama beberapa orang rakan telah tinggal bersama di sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang guru cina. Rumah tuh memang selesa. Jiran2 yang terdiri pelbagai bangsa baik2 belaka. Selalu dapat juadah dari jiran melayu. Jiran india dan cina pula rajin beri buah2an. Ok....cukuplah mukaddimah tuh...erisya sambung citer , ya?
Suatu hari di pagi Jumaat, erisya terdengar bunyi suara ketawa. Kalau gelak manja, erisya tak kisah sangat...ni ketawa mengilai-ngilai ! Betul2 di belakang erisya. Allah jer yang tahu betapa terkejut dan seramnya erisya! Erisya tidak bergerak ke mana2....hanya memegang lutut yang menggeletar dengan kuat...lari? erisya tak boleh lari kerana sedang solat dhuha. Itulah rukuk erisya yang paling lama! Habis jer solat , erisya terus ambil al Quran dan baca surah al Hasyr. Erisya pun tak tahu naper surah tu jadi pilihan. Mungkin pernah org beri petua. Ntahlah...erisya pun tak ingat!
Kemudian, teman sebilik masuk. Dia terkejut lihat erisya berwajah pucat dan membaca al Quran. Hmmm...tak pernah2 baca al Quran jam 10 pagi! Tu kisah di hari Jumaat.
Esok paginya (hari sabtu) seperti biasa erisya dan teman sebilik bersantai atas katil. Alahhhh baru jam 7 pagi! Tetiba dengar suara rakan di bilik sebelah menghafal formula fizik! Alamak! Bisingnya! Macam dia sorang jer yang nak exam! Teman erisya yang agak bengken (garang) orangnya menerpa ke bilik sebelah. Aneh! Tiada sesiapa di dalam bilik tuh. Rupanya si gadis tersebut sedang mencuci pakaian di bawah! Sejak tuh, tiap kali gadis tuh nak masuk ke bilik erisya . Eisya suruh dia mengucap dulu huhuhu
Dua kejadian tersebut membuatkan kami semua buat mesyuarat tergempar. Akhirnya seorang demi seorang buka cerita. Rupanya selama ini mereka semua mendiamkan diri kerana tak mahu rakan2 serumah takut! Hasil mesyuarat tuh menarik! Gangguan berlaku mengikut karektor diri penghuni rumah. Misalnya, erisya seorang yang ceria dan suka ketawa. Sebab tu lah erisya dengar suara orang ketawa. Rakan sebilik pula kaki study...dengar orang hafal formula fizik. Kak Ani pula, yang paling rajin solat tahajud antara kami....pernah dengar bunyi air mengalir di bilik air seolah2 orang sedang berwudhuk...waktu tengah malam yang sepi! Kak long yang suka menyanyi pula dengar suara orang menyanyi di luar rumah ketika dia sedang bermenung di tepi tingkap bilik. Dan begitulah seterusnya....maaf dah tak ingat apa yang berlaku pada rakan2 lain.
Seterusnya, tibalah hari terakhir peperiksaan . Paper Tamadun Islam. Malam tuh, kami borak2 di beranda ...maklum, esoknya paper senang! Sedang sedap bergebang, tetiba semua orang terdiam. Hentikan percakapan. Kami dengar suara seorang wanita sedang membaca al Quran...sangat merdu! Kami terkedu, kami tinggal di kawasan bukan Islam. Jika ada orang Islam pun errrrrr..bukanlah jenis warak...tak mungkin mengaji di tengah malam! Kalau mengajipun, takkan sekuat ini! Tapi tak tahulah jika ianya radio atau kaset....pokoknya suara itu amat merdu mengalunkan pesan Allah! Kesalnya..., kami semua tak tahu berbahasa arab!
Ok ...tutup kes tuh. Suatu hari kami telah memenuhi jemputan mami (bukan mami jarum...ni mami baik punya) yang tinggal di hujung taman. Anaknya kahwin. (lucu, orang menyangka kami kumpulan marhaban! maklum, tak pakai gelang meghelit!). Pulang dari rumah kenduri, kami jumpa bungkusan keropok lekor tersangkut di pintu! Wahhh makanan kegemaran erisya! Tapi, boleh kah makan? Tak tahu sape punya... Akhirnya kami telefon kak Ma. Maklum, kak Ma dan akhie baru pulang dari kampung. Rupanya betul telahan kami, kak Ma dan akhie datang ke rumah semasa ketiadaan kami. Menurut kak Ma, " Tadi kak Ma gi ke rumah. Tapi sunyi jer...cuma dengar suara ustaz Hadi dalam kaset. Akhie kata , budak2 tu terlena kot semasa dengar ceramah ustaz Hadi!"
Sekali lagi, kami terkedu. Errrr kami ni tak pernah beli kaset ceramah! Mana ada orang PAS di kawasan tuh! Nampaknya betullah kesimpulan kami, gangguan tu mengikut karektor individu kerana kak Ma dan akhi adalah ahli jemaah PAS...
Akhirnya kami sepakat nak buat eksperimen. Pada cuti semester, kami menjemput kengkawan yang tak pulang untuk menginap di rumah kami....FREE OF CHARGE! Syukur dapat sambutan! Kami tidak menceritakan kejadian aneh di rumah tuh. Habis cuti, kami semua tak sabar nak lihat keputusan eksperimen. Kami interview kengkawan....nampaknya tiada kejadian aneh. Mereka cuma pelik, bila letak CD lagu pop, radio kami tidak berfungsi....tapi bila letak CD al Quran, barulah berbunyi!
Begitulah kisah yang berlaku di rumah itu. Habis semester kami semua pindah kerana mendapat tempat di desasiswa. Tak tahulah apa citer rumah tuh...yang pasti, erisya takkan lupa kenangan lucu di sana.
hehe.. kelakar pun ada cerita erisya ni.. rasanya ni baru first time dengar hantu alim.. tak nak main lagu pop, tapi dengar bacaan al-Quran..
ReplyDeleteNurdaniella,
ReplyDeletekat rumah kawan erisya lagi best, 'orang' tu siap tolong mop lantai bila dia balik kampung! bagus juga ye...jika dapat yang jenis rajin!
Assalamu'alaikum Wr,Wb
ReplyDeleteBagi saya cerita tu memang ujud dan saya ada banyak pengalaman tentangnya, Ok! ayat ni apabila nak di praktikkan baca Al Fatihah duli sekali, kemudian baca ayat ni 3,5 atau 7 kali, bacakan pada air dalam botol yang mana airnya jangan penuh sekadar 3|4 botol, sebaiknya biarlah air yang di ambil dari batang buluh yang di sulingkan, atau air hujan malam juma'at (tapi jangan bila hujan saja terus tadah tapi biarkan hujan berlalu 3 minit baru tadah) atau air zam-zam
Masa membaca ayat tu rapatkan bibir kita pada mulut botol tu supaya selepas kita baca ayat tu kita akan nampak wap bacaan di dalam botol tu, maksudnya wap itu adalah wap bacaan, kemudian tonggeng terbalikkan botol tu supaya mesra air bacaan tu dengan air yang tersedia ada di dalam botol, kemudian baru bagi minum, dan ayat ini juga buat selusuh yang paling baik atau untuk kandungan yang songsang dalam kandungan insya Allah
Ok rumah yang Erisya tu adalah bunian, hanya bunian saja yang beragama islam dari kalangan Jin. bunian mempunyai tanaman sejenis limau yang di kenali sebagai limau lelang, ia tersangat mujarab untuk perubatan, harganya agak mahal dan ada juga minyaknya juga tersangat mahal (serba guna)
Terima kasih pak! ada kaedah yang tertentu rupanya...
ReplyDeleteteringin nak dengar kisah pengalaman kak karamu ngan bunian tuh....
Salam..
ReplyDeleteInsya Allah boleh!
nanti kita bincang bagaimana nak kita rundingkan hal ini, sebenarnya saya ni bukan bomoh, nanti orang silap sangka pulak
sebenarnya saya setiap minggu turun kat KL kerana ada kuliah di sana
InsyaAllah pak! seronok berkongsi pengalaman! kuliah? terbuka untuk semua ka atau ahli sahaja?
ReplyDeleteerisya,
ReplyDeleteAmalkanlah apa yang Pak Karamu berikan. Cukup baik dan barakah.
Tentang rumah itu, mungkin jin islam.
Syifa' pula memang bagus dibaca ketiga susah dan kesakitan. Insya Allah qabul.
Terimaaksih uncle. Tak sangka melalui blog dapat berkenalan ngan insan seperti uncle dan pak karuma...banyak ilmu yang erisya dapat...
ReplyDeletewauu..panjang plak kisah erisya kali nii..hehe..rajin ye menulis..sy tka habis baca seratus peratus sebab kediaman ni skrang mcm lain je..huhu..seram la kisah nii..
ReplyDeleteajeem,
ReplyDeleteada2 ajer ajeem ni...tu kisah lucu lah apa seramnya huhuhu
hahaa..nantilah bila saya dah balik kampus,saya akan habiskan..lucu dalam keseraman..hehee
ReplyDelete