Thursday, December 25, 2008

ANNIVERSARY

Hari yang panjang buat erisya. Jam 10 pagi keluar bersama bakal adik ipar untuk memilih cincin pertunangan. Kelakar lihat gelagat pekerja emas tuh. Sebut jer nak survey di kedai lain, kelam-kabut menekan2 calculator untuk turunkan harga. Rasa-rasanya lima enam kali lah mereka menekan2 calculator baru erisya setuju dengan harga yang diberikan. Hmmm kalau awal2 lagi dah beri diskaun, taklah penat tekan calculator! Seperti biasa, erisya selaku peneman mencuba2 menggayakan cincin terbaru. Tiada niat nak beli....saja jer gatal jari. Tanpa diduga, suami suruh beli sempena ulangtahun perkahwinan kami. Eh? Erisya terlupa 23hb adalah anniversari kami. Errr ...Betul ka nak beli? Rasa tak percaya lak....Oleh kerana mood suami tengah baik, erisya pun memilih sebentuk cincin serta gelang yang sepadan. Hmm..bukan senang nak dapat peluang begini! Alhamdulillah...moga bertambah murahlah rezeki suami! Erisya? Hmmm...seperti biasa tak beli hadiah ulangtahun buat suami....entahlah...masa mula kawin dulu, rajin gak belikan hadiah untuk suami....tapi semakin lama malas lak nak beri hadiah. Sebab tu erisya pun taklah kisah sangat jika suami tak belikan hadiah. Hmm...betul ka suami kata erisya ni tak romantik?

Pulang dari Nilai Square...kami bergegas ke rumah kakak pula. Ada majlis solat hajat , baca yasin dan tahlil. Merdu betul suara ustaz yang mengimami kami. Sejuk hati mendengar surah ar-Rahman dialunkan (my favourite surah). Sebelum solat hajat, sempat ustaz bercerita tentang solat hajat serta kaifiat2nya. Rokaat pertama baca ayatul Qursi 7 kali. Rokaat kedua pula baca s. al Ikhlas 7 kali, al Falaq 1 kali dan an Nas satu kali. Kaifiatnya untuk melindungi diri dari ilmu sihir dsbnya. Menjaga perhubungan agar aman tanpa gangguan. InsyaAllah erisya dan suami berazam nak amalkannya secara istiqamah....tak payah lah tunggu anniversari baru nak buat! Semoga rumah tangga kami aman damai....biarlah erisya menjadi isteri idaman suami dan... tak perlu wanita lain di sisi!

Selesai solat hajat, kami membaca yasin dan tahlilan. Entah naper sedang asyik bertahlil.....tiba2 rindu pada Aqil membuak-buak !


Hilang mentari
Di balik rinai hujan
Lena tidurmu
Hembusan doa bonda
Hingga ke langit tujuh

12 comments:

  1. tahniah atas ulang tahun perkahwinan..moga dipanjangkan jodoh ya

    ReplyDelete
  2. Tahniah Erisya, semuga hidup erisya sekeluarga akan bahagia sepanjang hayat. Taat pada pada suami, hormat orang tua, berbaik dengan jiran, kesihani anak yatim, berbaik sangka sesama insan akan membawa rahmat serta kenikmatan hidup kita.

    Itu sebab Rasulallah terlalu mengutamakan anak yatim danper saudaraan.

    ReplyDelete
  3. Puan : membaca dan menhayati cerita puan terasa betapa harmonis hidup bersama iman...rasanya tidak ada kata lain yg boleh saya simpulkan.....

    semuga Allah merahmati kita pada seluruh penglibatan kita didunia ini......

    ReplyDelete
  4. waah.. happy anniversary.. yang ke berapa 'ek?? akak doakan semoga akan terus berkekalan sehingga ke ujung nyawa.. seronok yer dapat hadiah.. suami suruh pilih cincin jer tapi erisya siap pilih gelang.. rantai tak de ker?? baru la lengkap satu set.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Tabah kak..
    Si kecil pasti bahagia dan gembira..
    Dia juga pasti merindui akak..
    Happy anniversary day to akak and suami..

    ReplyDelete
  6. salaams semua,
    Terima kasih di atas doa dan kata2 semangat dari kalian.

    Uncle, betul tuh...sebab tuh apa saja berkaitan anak yatim, erisya pasti tak ragu2 untuk involve. Memang terasa erisya ni murah rezeki....jika libatkan anak yatim.banyak perkara aneh yang berlaku...sesuatu yang tak logik..namun jika Allah kata jadi, maka jadilah!

    Tuan Jinggo...bukan mudah nak terima pasangan yang tiada ciri lelaki/gadis idaman...namun erisya yakin ngan kekuatan doa...alhamdulillah, kini kami lebih bahagia setelah hadapi pelbagai tsunami rumah tangga...semakin lama kami telah menepati ciri idaman masing2 :)

    Nurdaniella...alahhh rantai tuh kiv untuk anniversary thn depan lah.....jangan tamak huhuhu sian lak kat suami...kami bukan keluarga kaya :) kena ikut kemampuan suami juga ;)

    ReplyDelete
  7. hmm..romantik tu banyak sudut boleh dilihat..hehe...tak main la ngan hadiah2 tapi best juga kalau ada yg rajin beri hadiah...erisya dpat cincin baru..yehyehh...

    tak perlu wanita lain disisi?hmm..poligami menjadi mimpi ngeri rupanya ya...apa pun moga kalian terus berbahagia..

    ReplyDelete
  8. Ajeem, nampaknya Ajeem ama spesie ngan semua belas teman lelaki erisya...kedekut ngan hadiah hahahah...suami satu2nya lelaki yang rajin beri hadiah....paling tidak sekeping kad atau bunga mawar...adakala kenalah buat teman wanita hepi...tak perlu yang mahal...its the thought that count :)

    poligami memang mimpi ngeri kerana rata2 suami gagal laksanakan tuntutan suami yang berpoligami...nak kawin jer tapi tak nak pikut tanggungjawab yangturut berganda!

    ReplyDelete
  9. mungkin dia pun rindukan erisya kot. ;]

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah Farhana...insyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. hahaha...erisya perli saya la..huhuu..mungkin saya belum diuji kot..maklumlah budak baik ni tak kenal istilah 'couple'..tapi hati pompuan ni mudah tersentuh la..bagi gelang walaupun murah dan main2 dah perasan..lepas tu merapu nak luahkan hati...haha..pernah kena tau..tapi apakan daya..masa tidak mengizinkan.hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah