Friday, December 12, 2008

MAJLIS BERINAI

Jam 2259. Erisya baru pulang dari majlis berinai anak gadis teman tersayang. Majlis dimulai dengan marhaban. Memang merdu suara ketua kumpulan marhaban tuh. Entah kenapa, semasa mereka sedang bersalawat, erisya turut serta dengan hati yang sendu. Tetiba saja rasa kerinduan yang amat sangat kepada seorang lelaki yang tidak pernah erisya temui namun amat erisya kenali. Seorang lelaki yang amat menyayangi kita semua hingga ke akhir hayatnya. Seorang lelaki amanah yang membawa cahaya ke seluruh dunia...yang memberi syafaat kepada umatnya.
Ntah kenapa tiap kali mendengar nama rasulullah saw , hati pasti tersentuh. (Sampaikan ustaz yang memberi kuliah agama pun perasan...air mata erisya begitu mudah meluncur keluar tiap kali ustaz cerita sirah nabi. Tiap kali pulang , bila erisya menceritakan semula kisah nabi, air mata suamipun turut sama bergenang! )

Sebaik sahaja selesai marhaban, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin untuk ditepung tawar. Hati turut berbunga..tumpang gembira kerana teman tersayang telah bergelar ibu mertua. Hmmm....ntah bilalah giliran erisya pulak ya...tak sabar nak terima menantu! Teringat dulu, erisya pernah mengusik anak yang amat suka makan briyani kambing. .." wahhh nanti terpaksalah ibu melamar anak dara arab...sebab afiq suka kambing!" Jawab anak.." Tak pe...orang Johor pun pandai jugak!"
Ish!ish! nampak gayanya erisya bakal bermenantukan anak dara Johor....errr masih serba berdirikah lagi?

Dulu2, orang kata hantaran anak dara Perak ikut harga durian. Anak dara Kedah pula ikut harga padi. Hmmm....anak dara Johor ikut harga apa gamaknyerrr?

p/s: Teringat lak kata2 ni, "Tak dak proton saga merah jangan rapat, mami simpan dalam cermin sampai karat!" jangan mare!

28 comments:

  1. dari utara ke selatan ler nampaknyer ye kak...hehehe

    defina

    ReplyDelete
  2. Fina,Nampak gayanyer camtulahhh huhuhu. terima kasih fina kerana telefon akak tadi...kurang sikit rindu di hati! ehem! nak tunggu anak dara Fina, lambat lagi!

    ReplyDelete
  3. hahaa..saya kurang faham maksud p/s erisya tuu...erisya ni orang utara eloklah kalau bermenantukan orang selatan..bak kata orang kalau kutub utara dan selatan (magnet) bertemu maka bertambah melekat (hubungan) la ya...hehe..merapulah dulu diawal pagi ni...erisya, anak tu masih kecil la agaknya..hehe..jiwa erisya ni terlalu ke depan..tak salah pun.

    ReplyDelete
  4. salam erisya nor,
    orang johor rasanya mcm biasa kot...:)
    takde banyak syarat...kakak ipar saya org johor, baik..:)

    ReplyDelete
  5. Erisya, saya orang Johor . Tak de lah dengar org letak pelik-pelik. Kalau teringin org Jhor, bagitau aje.....kita bleh tlg risikkan.hehehehehehe

    ReplyDelete
  6. Ajeem, p/s tu gurauan di kalangan lelaki utara...takut nak pinang anak dara mami...maklum kan mami terkenal ngan barang kemas..., takut demand huhuhu

    anntaj, erisya pun ramai kawan org johor...sekarang ramai tak ikut adat lama dah...lagipun, ikut kawasan sesebuah negeri tuh...bukannya sama!

    arryani, anak saya kecik lagi lah...tu yg erisya ketawa dengar jawapan anak tuh....kecik2 dah tahu hargai anak dara Johor huhuhu (dia suka makan nasi briyani gam Johor! )

    ReplyDelete
  7. Tumpang promosi kek umah ekau...

    moh nyinggah sini sumo : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-kepada-reformis.html

    lepas tu sini jangan lupo - http://perisik-rakyat.com/2008/12/untuk-rujukan-reformis-18sx.html

    mekasih tuan.

    ReplyDelete
  8. anak dara johor ikut harga emas agaknya.. ehehe
    salam weekends akak nor itteww..

    ReplyDelete
  9. topengperak...ehem! tak dak komisyen ka promosi kat sini huhuhu gurau jer
    en_me....org johor ka?

    ReplyDelete
  10. puan punya blog - komisyen ada... 20% SEBAGAI TUAN PUNAH SIHAT...wakhakhakha...

    ReplyDelete
  11. dah nak dapat menantu....kalau orang perak hantaran ikut harga durian.kedah harga padi....johor apa yek...harga PASIR.....he....sebab kat Johor pasir kan mahal.....

    ReplyDelete
  12. nasib baik proton...kalu honda jazz,ke3....

    ReplyDelete
  13. Hi Erisya Nor, ha ha saya suka bacha your anak daras...what about anak dara Kuala Lumpur?
    Anak dara Toronto macham ayer batu, ha ha. Sejuk!
    Have a nice weekend, Erisya Nor....sukasaya pronounce your nama.
    Keep well, Lee.

    ReplyDelete
  14. bermenantukan orang johor la nampaknya. hehe~

    ReplyDelete
  15. erisya,

    Bagi uncle semua serupa. Asalkan Islam dan ikut ajarannya sudah cukup baik. Uncle tak kisah asalkan anak suka dan bercirikan di atas.

    erisya sebenarnya berasal dari mana?

    ReplyDelete
  16. hahaa...macam2 ada dalam komen nii..kepada rakan blogger yang masih bujang tu,jangan lupa hantar kad jemputan kalau dah nak mendirikan masjid alias makan nasi 'free' ye..hehe

    ReplyDelete
  17. Jinggo...anak erisya kecik lagi...huhuhu lambat lagi nak dapat menantu!

    Burung belatuk...kata2 tuh dikeluarkan masa zaman mesia mula keluarkan proton ..sampai sekarang jadi sebutan. mungkin ada yang pernah ditolak lamaran sebab tak ada kereta proton kot...maklum, mami tuh patriotik huhuhu

    Farhana...kalau selera anak tak berubah...anak dara Johorlah jadi pilihannya barangkali :)

    Uncle, erisya pun tak kisah asal-usul menantu..dari negara mana pun tak kisah...Afrika selatan ka, jepun ka, indonesia ka... janji muslimah yang baik. Erisya berasal dari Perak. Tapi dah lama sangat dok penang, lidah pun dah tergeliat cakap penang huhuhu


    Lee...I belum survey anak dara KL huhuhu why? masih ada anak yang single?:)

    ReplyDelete
  18. ehhh tertinggal lak...Ajeem pun jangan lupa jemput kalau diri kan 'church' :) Dah tiga kali kawan2 jemput ke church ..tapi tak berkesempatan lagi...tak dapat saksikan pernikahan mereka....nasib baik sempat gi dinner..makan free!

    ReplyDelete
  19. orang johor tak ikut ape2 pun haha..biasanya ikut mak ayah la...ada mak ayah letak sampai RM15k pun ada...agaknya anak dia mcm dewi kayangan kot..haha

    ReplyDelete
  20. Abdul Syakur, salam kenal...tak tahu lah huhuhu, kata2 tuh dilontarkan oleh pemandu teksi pada erisya..huhuhu

    PJM, betul tuh, ikut mak bapak. Tapi ada juga mak bapak yang tak mampu, maka wang hantaran tu buat belanja kenduri. Bagi yang mampu, wang hantaran tu semua diserahkan pada pengantin pompuan...

    Faqiha...erisya pun suka tgk marhaban ..terutama masa bersalawat dan semua org turut berdiri bersalawat sama2....perasaan yang indah!

    ReplyDelete
  21. Erisya,

    ehhh tertinggal plak....haha..lucu oh lucu..saya tak boleh bayangkan muka masa nak taip tuu..haha...(ketawa raksasa..).

    kalau kita tak 'lost contact' saya pasti akan memberi 'ganjaran' kepada rakan-rakan blogger yang setia bertukar-tukar idea dna penuh kemesraan.saya harap perancangan berjalan dengan lancar.nantilah buat 'suprise'..sabar jelah yer...hehee

    ReplyDelete
  22. akak,
    kalu tunggu anak dara fina, jadi "antertu" la anak bujang akak...hehehe

    defina

    ReplyDelete
  23. ajeem, harapnya kita semua tak lost contact :)

    fina, kawan akak dah 'booking' anak akak nak buat menantu...tapi dia sendiri belum kawin lagi kwang 3X...

    ReplyDelete
  24. nasib baik anak dara melaka tak ikut harga cencaluk.. hehehe.. tak kisah la orang johor ke, orang pahang ke, orang perak ke.. kita kan orang malaysia.. hehe.. macamana pertemuan ngan lin?? ok tak??

    ReplyDelete
  25. nurdaniella....hahaha tak teringat lak cencaluk ! tak jadi jumpa lin, dia ada urusan di kampung. tapi erisya dah sampaikan salam nurdaniella kepada lin :)

    ReplyDelete
  26. Salam Erisya

    Ok berhubung dengan terjemahan tu saya kira akan di ushakan, ini kerana anak murid saya Dr Ibrahim akan nak tentukan hal ni, bagi saya ia akan menjadi suatu yang di sukai di satu masa nanti, pada mulanya kami nak buat ceramah secara langsung tapi camera yang kami pesan dari Jepun nampaknya belum lagi sampai

    ReplyDelete
  27. ..kalau adik jemput akak?
    akak nak datang tak?
    i mean "KAHWIN"

    boleh masuk Church tak?

    mm..
    27/03/2009

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah